“You can run, but you can't hide.”
━━━━━━━━━━━━━━━
Kedua belah tangan Hyung Joo digari ke belakang, juga hal yang sama dilakukan ke atas beberapa pegawai polis lain yang terlibat dalam pengkhianatan tersebut. Hari ini, perbicaraan akan dilangsungkan di mana Hyung Joo telah mengangkat sumpah yang dia akan menjujurkan semua penipuan tersebut, termasuk orang-orang yang terlibat dalam pelannya bersama Jongin. Yang jelas nyata, juga yang tersirat.
Dengan itu, pihak penghakiman akan meringankan hukuman ke atasnya, jika dia bersetuju untuk mendedahkan segalanya tentang Kim Jongin. Selain itu juga, keluarga Hyung Joo bakal menerima perlindungan sepenuhnya kerana berdasarkan pernyataan awalnya, dia mengatakan yang mungkin sahaja keluarganya akan berada di dalam bahaya jika dia mendedahkan semua itu.
Apabila bas penjara tiba di situ, mereka diiring oleh anggota polis, juga untuk sepanjang perjalanan ke mahkamah. Di hadapan dan belakang bas terdapat sebuah kereta polis yang mengawal laluan.
Hyung Joo mengambil tempat di tepi tingkap, pandangannya sentiasa terarah ke luar seakan-akan menantikan sesuatu. Dalam fikirannya masih bercelaru dengan keputusan yang dia ambil. Memikirkan keselamatan keluargnya lebih utama, jadi apa sahaja yang ditawarkan pada dia pasti akan diterima. Hanya dia ragu-ragu hendak mengkhianati Jongin. Meskipun hakikatnya Jongin sudah mati, namun ada ketakutan itu tidak akan pudar.
Lelaki tua ini merasakan yang Jongin masih lagi hidup, memerhatikan dia setiap masa. Disebabkan ketakutannya itu mulai menyerang, seluruh tubuhnya berasa dingin sejuk serta menggeletar. Ada perkara lain yang bermain di dalam mindanya yang menjadikan perasaan takut itu dua lipat ganda dari yang biasa.
Konvoi membawa banduan tersebut memasuki jalan yang sudah memang dikosongkan khas untuk kumpulan escort penjara lalu di situ. Kira-kira dua kilometer mereka bergerak ke hadapan, secara tiba-tiba muncul sebuah lori berkapasiti sepuluh tan meluru ke arah kereta polis di hadapan. Tanpa sempat mengelak lagi, kereta itu dirempuh dengan impak yang sangat-sangat kuat lantas diheret beberapa meter jauh.
Berikutan kejadian itu berlaku secara mengejut, pemandu bas banduan itu mencuba sehabis baik untuk mengelak namun gagal. Hasilnya bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dengan keadaan rebah ke sebelah kanan. Mujur sahaja kereta polis di belakang sempat mengelak dan menghentikan kenderaan serta-merta.
Beberapa anggota polis yang menghuni kereta tersebut mula bergerak keluar sambil menyediakan senjata masing-masing. Dua dari mereka menghampiri bas tadi bagi memastikan tidak ada banduan yang terlepas sementara dua lagi bergerak mendekati lori tersebut.
Baru beberapa meter mereka mendekat, tetapi apabila mendengar pintu pemandu dibuka langkah mereka hentikan. Menanti orang itu untuk menunjukkan diri. Hujung pistol sentiasa ditalakan ke hadapan sementara mata dibuka besar-besar untuk melihat serangan yang mungkin dilancarkan.
Seseorang berpakaian serba hitam menunjukkan diri dari sebalik lori, memegang senjata api jenis M16 di tangan. Walaupun wajahnya diselindungkan disebalik topeng muka, giginya yang tersusun kemas jelas kelihatan bila dia tersenyum.
“Boo.”
Tiada sebarang pergerakan yang dapat dibaca oleh dua anggota polis itu, tidak sempat untuk dielak, orang itu langsung melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka sehingga maut. Bunyi tembakan tersebut menarik perhatian dua lagi pegawai polis tadi lalu segera bergerak ke situ untuk memberi bantuan.
Tembakan yang dilepaskan tersasar, hampir mengenai tepi bahu orang itu. Jadi tanpa menunggu apa-apa lagi, dia terus menembak mereka sebelum sempat mereka mendekat lagi. Kedua-dua sudah fatal akibat peluru menembusi dada, membuat lubang di tubuh dengan banyak.
Setelah berhasil menewaskan anggota polis yang ada, dia bergerak pantas ke bas yang menempatkan para banduan. Jam tangan dikerling sekilas, masa yang dia ada hanya lima minit kerana pihak polis pasti sudah menghantar pasukan bantuan ke mari mengikut perkiraannya. Dan oleh itu, dia sudah lengkap dengan segala persediaan sebelum melancarkan serangan ini.
Dia seterusnya memanjat naik ke atas van yang berbalik ke tepi, memandangkan pintunya terhempap ke bawah. Mata mencari-cari seseorang.
Hyung Joo berusaha untuk bangun apabila dia terlihat orang itu memerhatikan dia dari luar tingkap. Tepi kepalanya cedera terhentak dimana-mana sewaktu bas terbabas. Dia memberikan isyarat yang mengatakan dia selamat, kerana beranggapan orang itu datang untuknya.
Tingkap tersebut ditembak menggunakan pistol, memecahkan ia supaya mudah untuk dia berkomunikasi dengan Hyung Joo.
“Mesti Jongin yang hantar kau, kan?” Soal Hyung Joo sambil dia berusaha untuk memanjat naik untuk keluar dari tingkap yang pecah itu.
“Iya,” Orang itu menarik picu pistol lagi, lantas hujung pistol ditala ke arah kepala Hyung Joo. “Bukan untuk menyelamatkan kau, tetapi untuk menutup mulut kau, pembelot.”
Bangg!!
Satu tembakan dilepaskan mengenai bahu lelaki tua itu, menyebabkan dia terjatuh semula ke bawah. Matanya bertembung dengan mata orang itu, sementara nafasnya seakan-akan tersekat di kerongkongan apabila pedih tembakan menular.
“K-Kau,” Hyung Joo bersuara terbata-bata. “T-tak, aku bukan menipu. Aku hanya—”
“Katakannya pada Jongin di sana nanti. Kerja aku hanya untuk menghapuskan kau sebelum kau membuka mulut,” Sebiji bom tangan dikeluarkan dari sebalik kocek jaket. Pin bom digigit untuk melepaskannya dari kuncian, lalu ia dilontar masuk ke dalam perut bas yang membuat mata Hyung Joo membuntang luas. “Farewell liar.”
Orang itu melompat turun dari badan bas, bibirnya terlihat mengukir satu senyuman lebar setelah berjaya menyingkirkan apa yang patut dia singkirkan. Beberapa tapak lagi dia menjauh ke hadapan, dalam fikiran dia membuat perhitungan masa sambil dia tertawa di dalam hati mendengar jeritan terakhir Hyung Joo.
Bboommm!!!
━━━━━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER