silent \ prologeu

738 78 24
                                    

“Don't you dare to touch her, that's my rules then

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Don't you dare to touch her, that's my rules then. Repeated, don't touch my Yeonhwa.”

━━━━━━━━━━━━━━━

Byun Baekhyun menghentikan langkahnya untuk memasuki kelab itu apabila telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Melihatkan tingkah Baekhyun, Jongin juga turut menghentikan langkahnya bertujuan untuk menunggunya.

Baekhyun memalingkan tubuhnya lalu panggilan dijawab. Telefon ditekup pada telinga seraya tangan menutup telinganya lagi sebelah berikutan bingit kelab tersebut sudah kedengaran meskipun mereka masih di luar.

Yes, my love?

Errr. . .” Suara seorang gadis kedengaran janggal dihujung talian. Mendengarkan ia sahaja, dia seolah-olah dapat membayangkan reaksi gadis itu. “Awak masih kerja?

“Iya, aku terpaksa pergi ke suatu tempat untuk berjumpa dengan seseorang. Ada apa?”

“Hmm. . . awak tak lupakan janji awak hari ini?” Yeonhwa menggigir bibir menantikan jawapan dari Baekhyun. Meja yang sudah terhias dengan lilin-lilin dan bungaan segar dipandang sayu.

Di sisi lain pula, Baekhyun mula berasa gusar dan serba salah. Sepatutnya dia sudah balik awal, namun pada saat-saat akhir ada pula klien yang ingin berjumpa. “Aku takkan lupa, Yeonhwa. I'll be back soon, I promise you my love.

“Okay, I'll be wait here for you then. Stay safe, love you.”

Selepas panggilan ditamatkan, Baekhyun melepaskan satu keluhan yang berat. Telefon diselipkan semula ke dalam poket seluar lalu dia berjalan mendekati Jongin. Wajahnya dipaksa untuk beriak tenang, padahal Jongin sudah dapat mengagak apa yang berlaku.

Dengan itu, Jongin menepuk bahu Baekhyun sambil menggelengkan kepala. “Sebaiknya, dielakkan sesuatu hubungan yang agak rapat. Itu tidak digalakkan. Rasanya sebab kau baru dalam kerja ini. .aku pun pelik macam mana kau boleh dipilih.” Ujar Jongin sebelum tersengih sinis. Baginya Baekhyun masih muda dan masih mentah dalam kerja-kerja gelap seperti itu.

Byun Baekhyun hanya mempamer riak selamba untuk itu. “It is not about lust or obsession, sir. Its totally a possession, she is mine. Same goes with a murder. I have to own it as much as I have to own her.

Awalnya Jongin agak terkelu dengan jawapan yang dilontarkan oleh Baekhyun itu, tetapi tidak lama kemudian dia tertawa halus. “Sekarang aku sudah boleh agak kenapa Eagle ambil kau masuk dalam team ni. You're fearless, dude.

Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now