Arleennur merupakan seorang sainstis teknologi.
Dia selalu melakukan eksperimen yang gila yang selalu membawa bahaya tetapi keuntungan untuk syarikatnya iaitu Vamp Lab.
Rakan kerjanya iaitu Dr Shamini merupakan sainstis yang separuh gila tetang sains yang pakar dalam genetic engineering.
Arleennur mendapat satu projek dan perlu bekerjasama satu kumpulan sainstis yang boleh tahan kebolehannya iaitu BTS untuk menjalankan projek tersebut dan projek tersebut adalah untuk menghidupkan manusia yang telah mati.
Dr Shamini yang obses dengan cerita vampire lalu dia menamakan projek tersebut sebagai projek Vampire 24.Dia memerlukan seorang Vampire untuk projek tersebut. (Ini idea gila Shamini😂😂).
Arleennur ditugaskan untuk mengimplan seorang manusia yang mati kerana organnya telah dicuri dan Valentine merupakan bos yang suka mengambil kesempatan ke atas bakat dan kebijaksanaan Arleennur.
Arleennur akan melakukan segala arahan bosnya itu tanpa mengetahui niat sebenar bosnya itu.Arleennur menurut sahaja arahan bosnya kerana dia telah lama menyimpan perasaan terhadap bosnya itu dan dia selalu mengorek tentang kehidupan bosnya melalui sahabat sehidup sematinya iaitu Taehyung kerana Taehyung merupakan adik Valentine.
Sepanjang pelaksanaan projek tersebut,Arleennur sentiasa memerhati subjek projeknya iaitu manusia yang telah mati itu kerana Arleennur sudah tertarik dengan keshomelan Jimin😍😍.Setelah selesai projek tersebut Jungkook ahli BTS dan juga abang Arleennur ingin menamakan subjek itu sebagai Mochi kerana bagi Jungkook subjek itu pendek dan chubby😂😂,tetapi Arleennur menamakan subjek tersebut sebagai Jimin dan dipersetujui Valentine.
Arleennur diarahkan oleh Valentine untuk membawa pulang Jimin untuk menyesuaikan diri dengan sekeliling.
Berbulan kemudian,Arleennur mendapati dirinya sudah jatuh cinta dengan Jimin.Begitu juga Jimin kerana Core yang berfungsi sebagai hati di dalam tubuh Jimin memberi perasaan tersebut kepada Jimin setelah mempelajarinya dari Jungkook makna cinta.
Jungkook suka mengusik Arleennur dan Jimin dengan menganggap Jimin sebagai adik iparnya.Kadang kala Jungkook akan berasa sedih dan rindu akan teman wanitanya yang hilang secara tiba-tiba iaitu Dr Suraya setelah melihat kemesraan Arleennur dan Jimin.
Dr Suraya seorang neuronologist(pakar otak) yang terhandal dan terkenal.Dia sebenarnya telah diculik oleh Valentine untuk dijadikan bahan ujikajinya kerana Dr Suraya merupakan salah satu subjek yang bagus.
Arleennur diberi tugasan yang agak berat iaitu berkahwin dengan Jimin untuk memerhati fitrah Jimin sebagai manusia masih ada atau tidak dan mendapatkan contoh manusia kacukan Cyborg.Arleennur tiada bantahan untuk perkahwinan tersebut kerana Arleennur cinta akan Jimin.Dr Shamini ditugaskan untuk memastikan kacukan itu berhasil dan dapat menghasilkan bayi walaupun ianya agak sukar kerana Dr Shamini pertama kali melakukan kacukan atas manusia dan Cyborg.
Sebulan kemudian,Arleennur mengandung tetapi gugur kerana rahimnya terlalu lemah untuk menampung janin yang mempunyai genetik yang lain daripada manusia.Arleennur berasa sangat kecewa akan kehilangan bayinya. Jimin hanya tabah dan tidak menyalahlan Arleennur.Jimin menjaga Arleennur bagai menatang minyak yang penuh sepanjang tempoh pantang kerana bagi Jimin Arleennur merupakan permata hidupnya.
Valentine merupakan orang yang paling kecewa kerana eksperimenya gagal dan bercadang untuk menghapuskan Arleennur kerana Arleennur sudah tidak berguna untuk dirinya lagi.
Dia merancang untuk menculik dan membunuh Arleennur dengan bantuan subjeknya.
Jimin dan Jungkook segera mencari Arleennur setelah Arleennur hilang selama sehari.
Jimin dan Jungkook ke Vamp Lab kerana Jimin mendapat mesej daripada subjek Valentine iaitu Dr Suraya.
Jimin datang ingin membawa pergi Arleennur dengan bantuan Jungkook tetapi Dr Suraya secara tiba2 datang menyerang Jimin dan Jungkook.
Berlaku pertempuran antara Jimin dan Dr Suraya.Jimin hampir kalah kerana Dr Suraya merupakan Cyborg yang jauh lebih maju dari Jimin.Jimin mati setelah Dr Suraya mencabut dan menghapus Core yang menjadi sumber kehidupan Jimin .
Jungkook menjumpai sistem yang meghidupkan Dr Suraya lalu menghapuskan sistem tersebut sebelum Dr Suraya membunuh Arleennur adik kandung Jungkook yang paling Jungkook sayang.
Arleennur mengambil Core Dr Suraya lalu diletakkan pada Jimin tetapi ianya gagal.Arleennur sangat kecewa akan kehilangan suami setelah kehilangan anaknya.
Pada masa yang sama Dr Shamini telah menyelamatkan anak Jungkook dan Dr Suraya daripada terus menjadi bahan uji kaji Valentine lalu memberi bayi itu kepada Jungkook.
Jungkook menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang kerana anaknya merupakan satu2nya kenangan dan pemberian terakhir yang terindah daripada Dr Suraya.
Jasad Dr Suraya telah direlakan untuk dikuburkan dan mencabut segala yang telah diimplan di dalam tubuhnya.Manakala jasad Jimin di simpan tanpa pengetahuan Jungkook dan Arleennur kerana BTS dan Dr Shamini ingin menghidupkan kembali Jimin.
Setelah 2 tahun kehidupan Arleennur berubah sedikit demi sedikit.Dia telah dinaikkan pangkat serta setelah Valentine ditangkap atas penyalahgunaan sains.Manakala BTS dan Jungkook serta Dr Shamini sebagai sainstis tersohor di dunia.
Pada pagi yang indah kedengaran bunyi tangisan bayi di rumah Arleennur.Bayi itu anak Jungkook yang diberi nama Suga kerana mukanya yang manis.Apabila Arleennur hendak bangun untuk melihat keadaan anak sedaranya,terasa ada sesuatu yang menghempapnya dan apabila dia menoleh kelihatan Jimin yang sedang tidur nyenyak memeluk Arleennur.Arleennur mencium bibir Jimin dan memeluknya.Dia berharap agar Jimin kekal bersamanya hingga akhir hayatnya.
Yang ni dengan idea asal takde perbezaan so saya akan update bahagian original dan edit sahaja😃
Sesiapa yang nak request untuk next story rajin rajinlah komen ye😄.So nnti kami akan bermain game berdasarkan idea awk✌.
YOU ARE READING
BTS Oneshot
Fanfictiononeshot ini adalah idea gabungan daripada kawan2 saya serta saya ianya berpunca daripada satu game😂😂 Banyak mengarutz dan itu wajib😂. saya akan buat 2 versi untuk satu oneshot -original (banyak mengarut punya) -edit atau idea asal(untuk mengurang...