Selepas kejadian itu, Luq bertukar menjadi seorang pendiam. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Dengan Inara pun dah jarang-jarang jumpa.
Satu hari dia kembali semula ke rumah ibu bapanya. Rumah yang dulunya ceria kini suram. Dulu kepulangannya sentiasa di iringi dengan bau masakkan ibunya. Kini tiada apa-apa yang menyapa kepulangannya..
Dia melangkah menuju ke biliknya. Pintu dibuka. Keadaan bilik sama seperti waktu terakhir dia pergi. Dia menghempaskan badan ke katil. Mata memandang ke arah syiling. Kemudian di satu sudut dinding yang tergantung pingat dan piala pencapaiannya dalam sukan taekwondo. Fikiranya menerawang..
"Hebat anak mama.. Kecil-kecil dah dapat tali pinggang hitam.. Nanti boleh la selamatkan mama dari orang jahat. "
"Tahniah dapat pingat emas. Ayah boleh la harapkan Luq jaga ibu dan adik lepas ni.."
Masih ternyiang-nyiang kata-kata ibu dan bapanya suatu masa dulu. Dia melepas desah. Tiba-tiba hati menjadi sayu mengingatkan ketiadaanya ketika ibu bapa dan adik sangat memerlukannya.
"Abang... To long!.. "
"Luq.. Selamatkan papa.. "
"To long mama Luq.. "Dia tersedar dari tidur. Mengucap panjang apabila tersedar. Peluh memercik di dahi. Hidung menangkap bau masakkan di dapur. Dia bingkas bangun dan menuju ke dapur.
Kelihatan Inara sedang bertungkus lumus memasak. Mungkin perasan dia diperhatikan, dia menoleh ke belakang. Seraya senyuman manis di hadiahkan untuk Luq.
"Macamana tahu I kat sini?"
"Jefry yang beritahu. I pergi rumah you tadi. I terserempak dengan dia. Dah lama I tak jumpa you. Rindu.. "Inara menghampiri Luq, dengan lagak ingin memeluk tapi Luq mengelak dengan duduk di meja makan.
"You masak apa ni? Sedap bau.."
Tanya Luq.Inara menghidangkan sup campur, ayam goreng kunyit dan nasi panas di hadapan Luq. Kemudian duduk berhadapan dengannya.
Tanpa diperlawa terlebih dahulu dia dah pun menyudu sedikit kuah sup ke dalam mulutnya.
"Sedap!"
Luq memuji. Dan Inara tersenyum.
"Jom lah kita makan!"
YOU ARE READING
Love Scenario
RomanceLuq hidup bersendirian setelah kematian ibu dan bapa dalam kemalangan. Luq mempunyai kekasih bernama Inara. Inara mengenali Luq sejak dari kecil sebab ibu Inara kawan baik kepada ibu Luq dan berhasrat untuk jodohkan mereka berdua. Ibu bapa Inara ing...