Bab 11

303 6 0
                                    

"Warghh!!"
Ainul menguap sambil mengeliat malas di depan serambi rumahnya..

Tingkahlakunya di perhatikan oleh ibunya Mak Senah.

"Astaga.. Tak senonohnya anak dara ni. Dah la bangun lambat. Lepas tu boleh pula keluar mengeliat dekat depan pintu ni. Dengan rambut dah macam hantu Kak Limah. Nasib baik si Luqman tak ada. Kalau tak mesti pengsan dia tengok kamu." Leter Mak Senah.

"Mana mamat kpop tu mak? Man pun tak nampak." Tanya Ainul.

"Man ikut Luqman balik KL kejap. Ada hal katanya." Balas ibunya..

"Apa?!  Mak benarkan Man ikut mamat kpop tu? Nanti dijualnya Man kat sindiket organ macamana?" Balas Ainul pula..

"Isk.. Kamu ni.. Mengarut tak habis-habis!" Marah Mak Senah

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Sementara itu, Azman dan Luq sudah sampai di pejabat Luq. Ramai yang terkejut dengan kehadiran bos mereka itu. Dia meninggalkan Azman di biliknya kemudian keluar ke meeting room. Dia memanggil kesemua staffnya turun ke meeting room segera.

"Maaf lah sebab buat kau orang tertanya-tanya ke mana aku pergi. Aku cuma nak berehat sekejap. Kau orang tahu kan musibah yang berlaku kat family aku?" Semua orang terangguk-angguk. Memang dia selalu membahasakan kau aku je dengan staff-staffnya.

"Tolong jaga syarikat ni baik-baik. Kalau kau orang jaga elok-elok balik nanti aku bagi bonus."
Semua orang bertepuk gemuruh..

"Ada soalan?"
Tanya Luq..

"Bos! Kalau ada orang tanya pasal bos. Nak jawab apa?"
Tanya seorang staff di bahagian HR.

"Kau ni! Cakap je lah boss pergi bercuti." Balas seorang lagi staff dari bahagian Design.

"So.. Kalau ada apa-apa masalah just drop me email. I'll reply soon." Balas Luq mengakhiri perbualan itu kemudian keluar dari situ.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Tengah hari itu, selepas makan di sebuah restoran Luq membawa Azman pulang ke bungalow ibu bapanya.

"Wah! Besarnya rumah.." Ucap Azman.

"Kita rehat sini dulu.." Beritahu Luq.

Bila sampai di hadapan rumahnya Luq terperanjat bila melihat kesemua tingkap dan pintu kaca di bahagian bawah habis pecah. Luq masuk kedalam rumahnya.. Habis barang-barang berselerakkan dan di penuhi cat merah. Ada tulisan besar dengan cat merah bertulis
"AKU AKAN KEMBALI".

Luq terus menelefon polis. Polis menyuruhnya membuat laporan mengenai kejadian ini. Polis mengandaikan bahawa sebenarnya kejadian pada malam itu memang dengan niat untuk membunuh kesemua orang dalam rumah itu. Namun, pada malam itu Luq tiada di rumah. Jadi, pembunuh kembali semula ke rumah itu untuk mencari Luq.

Kesemua cctv di banglow itu dirosakkan dengan sengaja oleh pembunuh itu pada hari kejadian. Dan polis menyuruh Luq tidak berada di KL sehingga siasatan terperinci di lakukan.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Risau akan keselamatan Azman, mereka pulang ke kampung pada malam itu juga. Azman yang masih belum tahu hujung pangkal cerita tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi.

"Kenapa ni abang? Kata nak bawa saya pusing-pusing KL? Tanya Azman.

"Panjang cerita ni Man, tak tau abang nak mula cerita macamana.." Balas Luq.

"Abang cerita je lah." Beritahu Azman.
"Cerita dia macamni.. Ayah, ibu dan adik abang di bunuh. Mula-mula ingatkan kes rompakkan. Tapi tadi bila dah tengok kejadian kat rumah, polis suspek ni bukan kes rompak tapi lebih kepada balas dendam. Dan sekarang pembunuh tu sedang cari abang. Sebab tu polis nak kalau boleh abang jauh dari KL sehingga dia orang dapat cari siapa suspek tu." Cerita Luq panjang lebar.

Mereka sampai ke kampung pukul dua pagi. Ketika sampai rumah gelap gelita. Oleh sebab tak nak ganggu sesiapa tidur mereka berdua pun tidur di dalam kereta.

Subuh itu mereka di kejutkan oleh Pak Akop yang kebetulan hendak ke masjid. Pak Akop mengetuk-getuk cermin kereta. Luq tersedar kemudian membuka pintu kereta.

"Tak nak ikut pak cik ke masjid?" Tanya Pak Akop.

"Tak rasanya.. Pak cik pergi dulu lah.. Nak masuk subuh dah ni.." Luq melihat jam tangannya.

"Masuklah dalam. Pintu pak cik tak kunci." Kata Pak Akop kemudian berlalu dengan menaiki motor kapcainya ke masjid.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Pagi itu ketika Mak Senah, Luq dan Azman sedang bersarapan. Ainul bergopoh gapah ke dapur datang bersalaman dengan Mak Senah.

"Mak.. Ainul pergi dulu. Sayang mak!" Cupp satu ciuman di beri kepada pipi Mak Senah.

"Kamu tak makan dulu?" Tanya Mak Senah.

"Tak sempat la mak. Saya bawa bekal ni. Rugi kalau tak makan sebab masakkan mak sedap.. Pergi dulu yer semua.." Ainul berlari keluar. Ada kawannya datang ambil dengan kereta.

"Kakak pergi mana mak?" Tanya Azman.

"Dia jadi ustazah sementara kat sekolah kamu. Ustaz Raihan kata ada seorang ustazah cuti bersalin." Beritahu Mak Senah.

"Oo.. Tak tahu la pulak sebab kelas saya Ustaz Raihan yang mengajar. OK lah mak.. Saya pun dah nak pergi ni." Azman bersalaman dengan ibunya..

Luq pun bangun mengikut Azman keluar.

"Jom.. Abang hantar. Boring pula tak tahu nak buat apa kat rumah.." Kata Luq.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Lepas hantar Man ke sekolah dia pulang ke rumah. Ternampak Pak Akop sedang membawa jentani di dalam sawahnya. Nampaknya pesawah-pesawah dah mula sibuk memulakan tugas masing-masing.

Pak Akop berhenti sekejap bila nampak Mak Senah datang membawa makanan. Dia pun berjalan perlahan-lahan melalui batas bendang kemudian sampai ke pelantar depan rumah mereka. Luq pun turut serta bersama mereka.

"Pak cik tengah buat apa tu?" Tunjuk Luq kearah jentera yang di bawa Pak Akop tadi.

"Itu lah jentani. Pesawah kat sini guna untuk membajak sawah. Orang yang berada sikit guna trektor. Pak cik guna yang ni ja.." Beritahu Pak Akop.

"Nampak macam best ja pak cik.. Boleh saya belajar memandu? Nanti boleh la tolong pak cik. Pak cik boleh rehat." Luq memberi idea..

"Teruk kerja ni. Berpanas, berhujan, kotor,  busuk. Tahan ke kamu?" Tanya Pak Akop lagi..

"Belum cuba. Belum tahu." Balas Luq.

"Pergi la tukar baju. Pastikan pakai baju yang kamu dah tak nak.." Beritahu Pak Akop.

Luq berlari ke rumah.. Kemudian datang kembali dengan pakaian yang telah di tukar.

Dia memakai cap di bawah hoodie dengan seluar jeans yang terkoyak di lutut.

"OK.. Dah siap!" Kata Luq bersemangat.

"Belum lagi.. Kena pakai kasut ni." Pak Akop memberi satu kasut boot getah separas betis kepadanya.

Luq memakai kasut itu.. Dah bersiap sedia untuk turun ke sawah. Luq cepat belajar. Hanya dengan melihat demo dari Pak Akop memandu jentani dia dah boleh memandunya sendiri. Dapatlah Pak Akop berehat seketika.

Bila matahari berada terpacak di atas kepala Pak Akop memanggil Luq untuk rehat.

"Macamana? OK tak kerja sebagai pesawah?" Tanya Pak Akop.

"Sungguh mencabar!" Balas Luq kemudian meneguk air yang di letakkan Mak Senah di atas pelantar itu.

"Sudah lah dulu.. Petang nanti sambung pula." Beritahu Pak Akop.

Selesai mandi Luq pergi menjemput Azman di sekolah. Dia naik motor kapcai Pak Akop sahaja.

"Ala.. Kenapa naik motor ni? Tak de la orang nak pandang Man kalau macamni." Kata Azman.

Luq tersengeh..
"Naik moto cepat. Naik kereta lambat. Sesak orang ramai. Dah.. Jom balik..." Balas Luq.

Petang tu hujan turun agak lebat.
Pak Akop tak turun ke sawah. Dari jendela kayunya dia lihat Luq bersemangat menghabiskan kerja membajak walaupun dalam hujan lebat. Azman turut kagum dengan Luq.

Love ScenarioTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang