Bab 6

353 6 0
                                    

Luq kecewa. Dia membawa diri ke sebuah tempat peranginan. Dia pergi berkhemah disebuah air terjun untuk menghilangkan tekanan. Handphonenya dimatikan untuk mengelak dari gangguan.

Suatu hari dia masuk ke dalam hutan untuk mengambil gambar. Dia menandakan jalan yang telah dilaluinya dengan mengariskan pokok dengan beberapa pensel warna yang dibawanya. Luq tidak sedar bahawa cuaca telah berubah. Hujan turun dengan lebat. Hujan telah memadamkan tanda tanda jalan yang dibuatnya ketika masuk ke dalam hutan tadi. Akibatnya dia tersesat. Beberapa jam perjalanan dirasakan dirinya makin sesat jauh ke dalam hutan.

Matahari mula hilang. Hutan kian gelap. Hanya berbekalkan lampu suluh dia jalan meredah kegelapan. Tiba-tiba kakinya tergelicir saat menuruni tebing. Badannya terguling-guling. Lampu suluhnya terlepas dari tangan. Kepalanya terhempas pada sesuatu.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Bau harum nasi lemak menyedarkan Luq dari pengsan. Terus perutnya berbunyi minta diisi. Dia melihat sekeliling. Dia berada di sebuah bilik yang dinding dan lantai hanya berpapan. Kakinya berbalut dan agak berat untuk diangkat. Dia teringat kembali peristiwa dia terjatuh dari tebing curam itu. Dia meraba kepalanya yang juga berbalut. Perit. Dia bangun perlahan-lahan dari katil itu. Dia berjalan terhincut - hincut ke jendela.

Pemandangan sawah padi menghijau memukau perhatiannya. Sungguh mendamaikan.

"Man pergi sekolah dulu ye.. Assalamualaikum.. "

Ada seorang budak lelaki dalam lingkungan 17 tahun sedang bersalaman dengan ibunya.. Tiba-tiba matanya terpandang ke arahku.

"Mak! Abang tu dah sedarkan diri.."
Jeritnya sambil menunjukkan jari ke arahku..

Ibunya juga turut memandangku..

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dari luar. Ada seorang tua dalam lingkungan setengah abad membukanya. Aku lihat rambut dan janggutnya dah banyak yang putih.

"Anak kat rumah pak cik. Pak cik jumpa anak dalam hutan tak sedarkan diri. Kaki anak terseliuh tu, jangan banyak berjalan nanti bengkak. Kepala anak cedera sikit mungkin terkena sesuatu masa terjatuh."

Ucap Pak Akop panjang lebar.

"Terima kasih sebab selamatkan saya. Kalau tak, tak tahu la apa jadi. Saya sesat masa tu."

"Dah dua hari anak tak sedarkan diri. Risau jugak pak cik. Jom kita mandi dulu, lepas tu sarapan."

Ajak Pak Akop sambil cuba memimpin Luq berjalan. Agak janggal tapi terpaksa merelakan sebab dia tak mampu berjalan sendiri.

Itu lah kali pertama dia di mandikan seseorang. Terpaksa menebalkan muka. Ayahnya pun tidak pernah memandikannya seperti itu.

Selesai mandi Luq hanya memakai kain pelekat dan bert-shirt. Cara pemakaian kain pelekat itu pun diajar oleh Pak Akop. Seumur hidupnya tak pernah dia memakai kain pelekat.

Dia duduk di meja makan bersama Pak Akop. Manakala Mak Senah sedang melipat kain tidak jauh dari situ.

"Jemput lah makan. Nasi lemak saja yang ada." Perlawa Pak Akop.

"Tak apa. Lebih dari cukup dah ni.."
Balas Luq.

Mereka berbual panjang di meja makan. Bersembang tentang diri masing-masing.

"Nama saya Luqman Hakeem."
Beritahu Luq

"Nama pak cik, Yaakop. Tapi orang panggil Pak Akop je. Kat rumah ni ada tiga orang je. Pak cik, mak cik dan anak lelaki pak cik, Azman. Anak sulung pak cik duduk kat KL sana masih belajar."
Cerita Pak Akop panjang lebar.

"Kamu dah dua hari tak sedarkan diri. Dah beritahu ayah dan ibu kamu? Nanti dia orang risau pula."
Sambung Pak Akop lagi..

"Saya dah tak ada sesapa pak cik. Keluarga saya meninggal dalam kemalangan. Saya tinggal seorang diri je pak cik.." Balas Luq perlahan..

"Minta maaf lah kalau buat kamu terasa.. Duduk lah sini sampai bila-bila kamu suka."
Pak Akop bangun sambil menepuk-nepuk bahu Luq.

"Pak cik nak ke sawah. Nanti kita borak lagi." Kata Pak Akop sambil tersenyum.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now