Bab 18

266 5 0
                                    

Semestar baru bermula..
Kelas semestar kali ini banyak di sebelah pagi. Jadi untuk waktu petang boleh la dia membuat kerja sambilan.

Dia melayari laman web untuk mencari kerja sambilan yang sesuai untuknya.

"Arabic to English/Malay Translator required!" Ainul membaca satu iklan jawatan kosong.

"Yang ni boleh try minta. Ainul menyalin alamat email yang tertera kemudian menghantar email permohonan kerja."

"Minta-minta aku dapat kerja ni.. Aaminn.. "

Keesokkannya.. Habis je kelas dia ke library. Tujuan utama yang bermain di minda hanya untuk melihat samaada syarikat-syarikat yang dia hantar email itu membalas atau tidak emailnya.

Ada beberapa email dalam inbox. Dia teruja. Tapi bila tengok hanya email spam yang masuk dia muram..

"Ting"
Satu email masuk.

"Syukur alhamdulillah.. Aku di panggil interview. Eh.. Bila nak kena interview ni? Secepat mungkin?! Dia pun mengambil no phone yang tertera dan menghubungi no itu."

"Saya akan send location di WhatsApp." Kata suara itu.

Setengah jam kemudian, Ainul sampai di depan sebuah bangunan yang tinggi. Dia terus berjumpa dengan pengawal bangunan itu dan beritahu urusan ke situ. Dia mendaftar masuk sebagai pelawat dan diberi kad akses untuk masuk ke tingkat yang dikehendakinya.

"Cik Ainul Mardiah?" Tanya seorang gadis tinggi lampai ketika dia sedang tercanggak-canggak di tingkat 8 itu. Gadis itu kelihatan seperti kacukkan Arab.

"Ye saya.."

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Salima. Dia diberitahu mereka memang tengah mencari penterjemah bahasa Arab kerana syarikat mereka baru saja berkolaborasi dengan syarikat dari timur tengah. Dan kebanyakkan dari sana tidak berapa memahami bahasa inggeris.

Salima memberinya beberapa teks bahasa inggeris kemudian menyuruhnya menterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Melayu, dan beberapa lagi dalam bahasa Arab kemudian hendaklah di terjemah ke bahasa inggeris dan Melayu.

"Kacang saja ni!" Hanya beberapa minit digunakan untuk terjemahan. Dia pun memberi teks itu semula kepada Salima.

Salima kelihatan sangat gembira. Dia meneliti setiap terjemahan dan berpuashati.

"Bila boleh mula kerja?! Kalau hari ni boleh tak? " Tanya Salima kepada Ainul.

"Boleh-boleh." Jawab Ainul bersemangat.

"Jom!" Ajak Salima.

"Minta maaflah kalau saya terus ajak awak kerja hari ini juga. Sebab saya urgent kena siapkan dokumen-dokumen ni bulan ini juga." Terang Salima.

"Tak apa.. Kita buat sama-sama." Balas Ainul. Senang betul dengan sikap Salima yang berterus terang. Mungkin boleh jadi kawan baik. Siapa tahu?

"Dah pukul 6. Awak dah boleh balik sekarang. Ini gaji awak untuk hari ni. Untuk pekerja part-time awak boleh minta gaji dibayar secara harian, mingguan atau bulanan. Terpulang kepada awak nak dibayar macamana. Awak suka tak kerja kat sini?"

"Suka suka!"

"Kalau macam tu esok kita jumpa lagi k."

"Awak belum balik lagi?"

"Saya ada sikit lagi kerja untuk di siapkan."

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Keesokkannya..
Lepas kelas Ainul terus ke pejabat.

"Ainul, awak free tak lepas kerja nanti?" Tanya Salima.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now