Bab 15

256 3 1
                                    

"Selamat Pagi Tuan, jarang-jarang nampak tuan datang pejabat. Ada apa-apa masalah?" Tanya Dato' Malik.

"Saya selalu berurusan dengan Dato' Idris, tapi sejak akhir-akhir ni saya tak dapat hubungi dia. Saya pergi rumah dia semalam dan dapat tahu dia di serang strok. Dah sebulan terlantar. Dan tiada sesiapa beritahu saya. Hari ni bila saya datang pejabat saya lihat ramai muka-muka baru. Dan yang peliknya Dato' melantik diri sendiri mengantikan Dato' Idris. Ada sebarang penjelasan untuk saya tahu?" Luq merenung tajam mata Dato' Malik.

Dato' Malik terdiam.

Luq menekan butang interkom. Terus menyambungkan kepada bahagian akaun.

"Saya nak awak hold semua proses jual-beli sekarang!"

"Siapa ni?"

"Buat sekarang atau saya akan pecat awak!" Bentak Luq.

"Awak jangan ingat awak akan terlepas Dato'" Kata Luq kemudian berlalu dari situ.

Luq pergi ke bahagian HR. Dia mencari semula contact pekerja-pekerja yang telah dibuang sebelum ini.

Hampir seharian dia meneliti dokumen dan report kewangan syarikat ayahnya. Perut dah berbunyi minta diisi. Luq pergi mengisi perut di sebuah restoran kegemarannya suatu ketika dulu. Selesai makan dia melihat handphonenya. Ada beberapa message di terimanya.

Satu daripadanya dari Azman, bertanyakan bila dia akan pulang semula ke kampung.

Luq:
Tak pasti lagi bila nak balik sana.

Azman:
Ada masalah ke?

Luq:
Lebih kurang macamtu lah.

Azman:
Ada orang rindu.. Asyik keluar masuk bilik abg.

Luq:
Sapa?

Azman:
Orang tu.

Luq:
😆

Luq:
Kirim salam kat mak & bapak.

Azman:
Orang tu?

Luq:
Semua lah.

Luq menyimpan handphonenya ke dalam jacket kulitnya kemudian bergerak ke kaunter membayar makanannya.

Dia pulang ke rumah ibu bapanya. Rumah itu kembali cantik selepas dibaikinya. Luq juga telah mengupah pengawal keselamatan untuk jaga rumah itu. Selain mengupah orang untuk membersihkannya setiap minggu.

Bilik tidurnya masih kelihatan sama seperti dulu. Dia membaringkan dirinya di katil. Oleh kerana keletihan, tidak sampai beberapa minit dia sudah terlena.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Pagi itu, awal-awal lagi dia dah terpacak di dalam meeting room. Dia panggil semua director turun meeting tergempar. Dia ambil semula pekerja-pekerja yang telah diberhentikan. Kekalkan semula cara-cara kerja bapanya dahulu.

Tengah hari itu dia pergi melawat kedai kereta miliknya bersama rakan baiknya satu ketika dahulu Jefry. Jefry melayannya dengan baik.

"Macamana hidup berkeluarga?" Luq bersuara tiba-tiba walaupun terasa pelik dengan soalan itu.

"Ermm? Bila aku kawin?" Jefry bertanya semula.

"Erk?! Hari tu bukan?" Luq teragak-agak..

"Inara tak sukakan aku.." Balas Jefry

"Habis tu mana Inara?" Tanya Luq

"Entah.. Aku rasa dia ikut Datin Marina ke UK. Mereka pergi rawat Dato." Balas Jefry..

"Aku datang nak tukar kereta ni.. Nak amik Storm. Kereta tu baru sesuai masuk kampung. Lasak!" Beritahu Luq.

"OK!" Jefry memberi isyarat bagus.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Petang itu.
Mak Senah, Pak Akop, Azman dan Ainul sedang menikmati minum petang di atas pelantar di depan sawah mereka.

"Siapa pula yang datang petang-petang macamni.." Kata Mak Senah.

"Abang Luqman lah mak.. Kereta baru.." Balas Azman.. Ketika melihat Luq keluar dari kereta. Terus dia berlari mendapatkan Luq.

Luq membawa dua kotak pizza untuk mereka.

"Jemput makan.." Perlawa Luq.

"Kereta baru?" Tanya Pak Akop.

"Tak lah.. Kereta kawan.. Kalau saya cakap kereta saya nanti ada orang cakap saya ni kerja jual dadah dan jual ayam pulak." Kata Luq sambil menjeling kearah Ainul.

Ainul terbatuk. Kemudian menjeling tajam Luq.

Pak Akop tergelak.

"Sejak kamu tak ada ni.. Ramai pula yang datang nak merisik kamu jadi menantu.." Beritahu Pak Akop

"Betul ke? Lain kali kalau ada lagi datang beritahu je saya dah bertunang." Balas Luq kemudian berlalu masuk ke dalam rumah.

"Man! Tolong ambil oven kat belakang kereta. Hadiah untuk Ainul. Ganti oven lama yang dah rosak tu." Jerit Luq dari dalam rumah.

Ainul yang dengar terus berlari ke kereta. Ada oven besar di belakang kereta itu. Matanya bersinar-sinar kegembiraan.

"Best la tu!" Ejek Azman ketika menolong mengangkat oven itu untuk kakaknya.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Sejak pulang dari KL hari tu Luq bertukar menjadi pendiam, dia banyak mengurung diri di dalam bilik. Dia hanya keluar untuk makan dan ketika pergi ke masjid saja. Luq juga kelihatan merokok lebih kerap dari biasa. Perubahan itu membimbangkan Pak Akop sekeluarga.

Hampir pukul 12 malam pintu rumah Pak Akop di ketuk seseorang. Ustaz Raihan membawa Luq pulang. Ustaz Raihan memberitahu yang dia terjumpa Luq mabuk dan tidak sedarkan diri di sebuah kedai minuman cina di pekan.

Mengucap panjang Pak Akop mendengarnya. Apa yang menganggu fikirannya sehingga dia hilang pertimbangan. Getus hati Pak Akop.

Hampir pukul 3 pagi.. Ainul bangun dan terus ke dapur untuk hilangkan dahaganya.. Rambut dilepaskan tanpa mengenakan tudung. Lagipun malam buta tentu semua orang tengah diulit mimpi.

Ketika hendak kembali ke biliknya semula. Satu tangan lembut menarik tangannya.

"Inara.. Don't leave me.. I love you" bisik suara itu..

Kemudian satu ciuman singgah di bibirnya.. Badannya dirangkul kemas. Ainul terkaku.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Pagi itu, Ainul termalu sendirian bila melihat Luq di meja makan. Bila teringatkan bibir lembut Luq menyentuh bibirnya pipinya seakan-akan panas membahang.

"Kenapa kamu tak makan?!" Ibunya menegur.

"Ye.. Nak makan lah ni.. Ermm.. Sedap!" Beritahunya..

Pelik melihat kelakuan anak daranya pagi itu..

Pak Akop mengajak Luq berbual-bual dengannya pagi itu..

"Kamu ada masalah besar ke Luqman? Walau besar manapun masalah kamu jangan hilang pertimbangan sehingga membuat perkara-perkara yang dilarang Allah." Nasihat Pak Akop.

"Ada orang yang nak saya mati. Mereka nak bunuh saya dan ambil alih bisnes arwah ayah." Tuturnya perlahan.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now