Bab 14

250 5 0
                                    

"Ni ke rumah Faiz tu Man?" Tanya Ainul di tempat duduk belakang kepada adiknya.

"Ye.. Saya pernah datang dulu. Tapi nampak macam tak ada..." Belum sempat Azman menghabiskan cakap Ainul dah pun keluar dari kereta bersama Luq.

Ainul memberi salam beberapa kali. Tapi tidak berjawab. Ketika mereka nak melangkah pergi, tiba-tiba jendela kayu rumah kampung itu terbuka. Ada seorang budak berumur lebih kurang 8 tahun berdiri disitu.

"Ibu tak ada kat rumah." Tuturnya perlahan.

"Abang Faiz ada tak.?" Tanya Ainul.

"Abang Faiz pun tak ada. Dia pergi kerja." Jawab budak itu lagi.

"Kakak tinggal dengan siapa?" Tanya Ainul lagi..

"Kakak tinggal dengan adik. Kakak kena jaga adik bila ibu pergi kerja." Balasnya lagi.

Sedang Ainul berbual-bual dengan Leesa. Ibu Faiz pulang dengan seorang gadis dalam lingkungan umur 13 tahun. Mereka menaiki sebuah moto yang sudah agak buruk sambil mengendong raga-raga.

"Assalamualaikum kak.. Saya cikgu Faiz. Minta maaf lah kalau kedatangan saya menyusahkan akak." Kata Ainul.

"Tak lah cikgu.
Jemput naik ke rumah." Kata ibu faiz.

"Tak payah susah-susah. Kita berbual kat sini dah la.." Balas Ainul..

*********

"Maknanya ibu dia pun tak tahu lah pasal dia ponteng sekolah?" Azman mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Aah..." Ainul mengangguk.

"Dia nak ringankan beban ibunya. Dia kan anak sulung. Lelaki pulak tu. Takkan nak tengok saja ibu susah payah banting tulang cari duit. Kira ok lah tu dia kerja bukan mencuri." Luq memberi buah fikiran.

"Kak.. Tu dia Faiz." Azman menunjuk ke arah seseorang.

"Kejap.. Man panggil dia." Azman berlari mendapatkan budak itu. Kemudian menariknya menyertai mereka.

"Minta maaf ustazah. Saya selalu ponteng kelas. Tapi tolong lah jangan beritahu ibu." Rayu Faiz.

"Saya dah beritahu pun. Kami semua dari rumah kamu. Ibu kamu yang beritahu, kamu kerja disini. Kamu kena pergi ke sekolah semula. Jangan buat dia risau lagi. Dia nak kamu terus pergi sekolah." Beritahu Ainul.

Faiz hanya mengangguk beberapa kali.

"Kamu nak jadi tokey gerai burger?" Tanya Luq kepada Faiz.

Semua mata terbeliak memandang Luq.

"Dia kan kerja kat gerai burger. Berapa lah sangat upah dia dapat. Kalau dia yang jadi tokey kan lagi bagus." Luq memberi pendapatnya.

"Masalahnya mana dia nak dapat modal?" Soal Ainul. Menunjukkan muka tak puashati pada Luq.

"Kalau awak sanggup. Abang boleh jadi share partner." Balas Luq sambil menjeling Ainul.

"Tapi dengan satu syarat.. Abang nak rasa dulu burger yang awak masak." Luq senyum.

"Boleh abang.. Tunggu kejap. Saya siapkan gerai dulu." Balas Faiz bersemangat.

***********

"Boleh tahan sedap juga burger dia." Beritahu Luq. Siap bungkus bawa balik lagi.

"Man, temankan abang lepas sekolah esok. Kita pergi ambil duit dan pergi tempah stall burger." Cadang Luq.

"Mana awak dapat duit? Kerja pun tak.. Kereta mewah. Duit banyak.. Awak ni jual dadah ke jual ayam?" Soal Ainul.

"Amboi mulut. Tak ada insuran ke?" Balas Luq

"Sekarang kat mana-mana pun boleh kerja." Balas Luq lagi.

"Abang dah ada tempat strategik ke untuk letak stall burger tu?" Tanya Azman.

Luq mengangguk..

"Kat mana?" Tanya Azman lagi.

"Kat depan masjid." Balas Luq.

"Burger tu abang nak bagi kat orang masjid rasa." Sambung Luq lagi sambil menjeling kearah bungkusan burger yang dibelinya tadi.

"Rasuah lah tu!" Ainul menyampuk.

"Kakak! Kesitu pulak." Marah Azman. Pelik sungguh perangai kakaknya. Macam sengaja hendak mencari gaduh dengan Luq.

Beberapa hari kemudian, Faiz pun memulakan operasi gerai burgernya. Bisnesnya mendapat sambutan dari orang kampung. Dia tidak lagi bekerja part-time malah mengambil kawan sekolahnya untuk bekerja bersama-sama. Waktu pagi gerai itu digunakan ibunya untuk menjual nasi lemak dan kuih muih. Waktu petang baru Faiz mula berniaga burger. Kehidupan mereka bertambah baik selepas itu.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Selepas kisah Luq menolong keluarga Faiz tersebar. Ramai pula keluarga yang mempunyai anak-anak dara datang untuk merisik Luq.

"Dah macam anak dara pulak si Luqman tu bapaknya." Kata Mak Senah kepada Pak Akop.

"Hahaha.." Pak Akop tergelak.

"Apa yang bapak gelakkan?" Tanya Ainul ketika menghantar seteko air kopi kepada ibu dan bapanya untuk minuman petang.

"Kami tengah cerita tentang Luqman tu. Ramai pula yang datang merisik nak jadikan dia menantu. Dah macam perempuan pula." Beritahu Mak Senah.

"Agaknya mereka nak tiru kisah Siti Khadijah dengan Nabi Muhammad kot." Kata Ainul.

"Budak baik macam Luqman tu bapak pun suka. Kamu tak suka dia ke?" Tanya Pak Akop kepada anak daranya.

"Langsung tak!" Balas Ainul kemudian berlalu masuk ke dalam rumah.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Dah dua hari dia tidak nampak kelibat Luqman Al Hakeem. Kalau ada rasa macam nak gaduh. Bila tak ada rasa macam rindu pula. Inikah cinta?

Dia buat-buat masuk ke dalam bilik Luq. Sah! Memang tiada penghuni. Cadarnya kemas tidak bersentuh. Dia memerhati sekeliling. Bag galasnya masih tersangkut di dinding.

"Eh.. Kakak? Buat apa kat bilik abang?" Tanya Azman.

"Tak ada apa-apa. Cuma sapu-sapu sikit. Rajin terlebih hari ni." Balasnya kemudian menutup semula pintu dan berlalu dari situ.

"Kalau rindu tu bagitau je lah!" Kata Azman.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now