Bab 19

260 3 0
                                    

Salima gembira bila melihat Ainul kembali ke bekerja. Begitu juga dengan Raihan. Raihan juga ceritakan tentang kejadian di resort itu kepada Ainul. Ainul lega dengan penjelasan Raihan.

Petang itu ketika di dalam lrt yang sesak. Dia berdiri sambil merapatkan dirinya ke dinding train untuk mengelaknya dari jatuh. Tiba-tiba seorang lelaki berdiri rapat dengannya. Kepalanya hanya separas leher lelaki itu. Bau perfume dari lelaki itu seperti familiar. Tapi dia takut untuk mendongak ke atas untuk melihat mukanya.

Train kemudian laju membelok ke kanan sehingga menyebabkan dia tersembam ke arah lelaki itu kerana hilang imbangan.

"Excuse me!" Ucapnya sambil menahan malu. Mukanya panas. Mesti lelaki tu nampak mukanya yang bewarna merah seolah-olah memakai blusher ni..

"It's OK.." Suara yang juga familiar..

Ainul mendongak ke atas.

"Awak!" Ainul tersipu-sipu.

Luq turun di stesen yang sama dengan Ainul. Bila ditanya kenapa, dia kata dia nak hantar Ainul pulang dengan selamat.

Mula-mula rasa rimas. Tapi bila dah hari-hari berteman bila Luq tiada dia rasa sesuatu pula. Inikah rindu?

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

"Siapa yang selalu temankan kau balik tu?" Tanya rakan serumahnya suatu hari.

"Kawan.."

"Kau kan cantik. Cari lah kawan yang berduit sikit. Paling tak boleh jemput kau pakai kereta ke ni tak hari-hari berhimpit naik train. Muka handsome tak menjanjikan apa-apa sekarang ni Ainul." Nasihat Fikah

Ainul dah memang masak dengan perangai Fikah yang materialistik itu. Fikah berwajah cantik, jadi untuk mencari calon boyfriend memang agak mudah untuknya. Sebab itu dia menetapkan standard tertentu untuk lelaki-lelaki yang ingin menjadi kawannya.

"Aku ikhlas berkawan dengan sesapa pun. Asalkan mereka baik." Balas Ainul.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

"Sabtu dan Ahad ni free tak?" Soal Salima kepada Ainul.

"Free ja.. Kenapa?"

"Big boss ajak kita melawat resort share partner di Melaka. Nak join tak? Semua syarikat sponsor."

"Ramai ke yang pergi?"

"Luq, Raihan, ada juga orang dari bahagian finance."

"Luq? Siapa Luq?" Soal Ainul.

"Big bos kita la.. Nama penuh dia Luqman Hakeem. I dengar staff-staff lama panggil dia Luq je. I pun nak panggil dia Luq." Beritahu Salima.

Hari yang dinantikan telah tiba. Nampaknya ada orang luar bersama mereka. Sharon. Mereka menaiki sebuah Toyota Vellfire. Raihan duduk depan bersama driver. Sharon dan Luq di tengah manakala Ainul dan Salima di belakang. Ini kali kedua Ainul melihat Sharon, kali pertama dahulu ketika di resort. Gadis itu memang cantik, berkulit putih dan bermata sepet. Keturunan cina barangkali.

Ketika perjalanan Ainul melihat Luq dan Sharon sibuk buat kerja masing-masing. Maklum lah Luq jarang masuk pejabat. Entah kenapa dia tak suka ke pejabat. Kalau ada perkara penting dia lebih suka berjumpa di luar dari di pejabat. Sejak bekerja di situ baru sekali dia nampak Luq ke pejabat.

"Luq, kita berhenti makan tengah hari sini dulu. Saya nak ke toilet la. Sakit perut." Driver bersuara.

Baru Ainul perasan semua orang lebih senang pangilnya dengan nama berbanding gelaran bos!

"Betapa rendah hatinya dia!" Detik Ainul.

"Beli makanan simpan resit ya. Nanti boleh claim." Balas Luq.

Sharon turun dari kereta, kemudian diikuti oleh Salima dan Ainul.

"Bos, tak makan?" Tegur Salima.

"Saya kenyang lagi." Balasnya sambil menyambung kerjanya menyemak dokumen-dokumen yang memerlukan tanda tangannya.

Selesai makan mereka terus ke surau untuk menunaikan solat zohor. Raihan dan Luq pula baru sahaja keluar dari surau ketika itu.

Perjalanan di teruskan. Mereka sampai ke destinasi beberapa jam kemudian. Menurut Raihan, tempat yang mereka kunjungi ini adalah sebuah resort lama yang telah dibeli oleh Emerald Group Berhad. Setelah itu ia diubah suai untuk lebih menarik. Resort itu luas, berhadapan dengan laut yang luas terbentang, ada juga air terjun yang mengalir deras sesuai untuk aktiviti sukan extreme air. Ada juga kawasan dusun buah-buahan, kolam mandi, kawasan berbukit untuk jungle trecking.

Petang itu tiba-tiba hujan lebat. Luq duduk di serambi sebuah chalet sambil melihat rintikkan lebat hujan. Matanya tertangkap pada sesorang yang telah basah kuyup mencari sesuatu di bawah hujan.

"Apa yang dia cari dalam hujan tu?" Bisik hati Luq. Kemudian dia turun ke bawah meredah hujan sambil membawa payung bersamanya.

Belum sempat Luq sampai ke tempat itu, tiba-tiba perempuan itu terjun kedalam air terjun yang laju itu.

"Ainul!" Jeritnya

Perempuan itu menoleh kearahnya. Dia memeluk seekor kucing.

"Tolong!" Mukanya resah. Air yang laju membuatkan badannya tenggelam timbul.

Luq lantas terjun ke dalam air dan berusaha menyelamatkan Ainul. Dia berenang menghampiri Ainul, kucing yang dipeluk Ainul di ambil dan dibaling ke tebing. Kemudian menarik Ainul pula ke tebing. Ainul tidak sedarkan diri. Tiada sesiapa disitu. Jadi terpaksa dia melakukan bantuan pernafasan sendirian kepada Ainul.

Luq mengangkat dagu Ainul ke atas. Dia meletakkan telinganya ke mulut Ainul untuk mendengar bunyi pernafasan. Diam.. Tiada apa-apa gerakkan di dengarnya..

Luq membuka mulut Ainul. Dia memicit hidung Ainul dengan jarinya, kemudian menghembus nafas dari mulut ke mulut. Sekali.. Masih tiada bunyi pernafasan.. Kedua..

Tiba-tiba Ainul terbatuk. Lega! Luq kemudian mengiringkan badan Ainul. Dia pun terbaring ditepi melepaskan keletihan. Kedua-dua mereka berbaring di bawah hujan yang masih lagi lebat mencurah.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now