Bab 9

313 7 0
                                    

Suatu malam Luq solat berjemaah di masjid bersama dengan orang kampung. Kali pertama dia ke masjid setelah lebih seminggu tinggal bersama keluarga Pak Akop. Ramai yang bertanyakan tentang dia kepada Pak Akop, Pak Akop lebih senang memperkenalkan dia sebagai anak angkatnya.

"Luqman, ketua kampung kita jemput ke majlis kenduri doa selamat kat rumah dia. Kamu beritahu Man ikut sekali." Ucap Pak Akop.

Luq hanya mengangguk. Bila ternampak Man datang dia terus menyampaikan amanat Pak Akop tadi kepada Man.

"Jom lah kita pergi.." Balas Man.

"Jom.. "

Mereka menaiki motosikal berasingan dengan Pak Akop. Mereka pula pergi berkonvoi dengan beberapa lagi orang masjid.

Manakala di rumah ketua kampung..
Anak ketua kampung Intan Dahlia sedang menghendap-hendap para tetamu yang datang.

"Apa yang kamu terhendap-hendap ni? " Tanya ibu Intan, Mak Som. Isteri ketua kampung.

"Mengendap anak angkat Pak Akop. Ayah kata handsome macam pelakon drama Korea yang kita tengok malam - malam tu mak." Balas Intan lagi.

"Mana ayah kamu tahu?" Tanya Mak Som kepada anaknya lagi.

"Ayah jumpa dia kat rumah Pak Akop. Orang kaya mak. Naik kereta mahal." Balas Intan.

"Dah la tu.. Apa kata tolong mak hidang makanan kat dalam rumah tu. Kalau kamu nak jumpa dia sangat esok kita pergi tengok sendiri kat rumah Pak Akop." Mak Som memberi idea. Memang Mak Som dan Pak Rahman sangat manjakan anak perempuan bongsu mereka. Apa saja kemahuannya akan sentiasa dituruti.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

"Abang.." Panggil Azman suatu hari ketika Luq sedang membaca sebuah buku agama di pelantar depan rumah mereka.

"Ermm.."

"Abang.." Panggil Azman lagi tidak berpuashati bila Luq tidak menjawab.
"Kenapa?" Luq menutup buku dan memusing mukanya kearah Azman.

"Esok kakak nak balik. Apa kata Abang pindah ke bilik saya? Boleh kita tidur sama-sama.." Azman tersengeh menayangkan giginya..

"Isk.. Tak rela aku nak tidur dengan kau. Baik aku tidur kat lantai lagi OK.. Isk.. Geli!" Luq menunjal kepala Azman kemudian berjalan masuk ke dalam rumah. Manakala Azman hanya membuntutinya.

"Agaknya dia marah tak bila tahu abang duduk sini dengan korang?"
Tanya Luq kepada Azman sambil-sambil memuatkan barang-barangnya kedalam bag galasnya.

"Tak ada lah. Kenapa pula dia nak marah. Lagipun abang kan nak belajar agama dengan bapak. Kalau setakat 2-3 hari tak cukup tau. Paling cepat 2-3 tahun." Balas Azman lagi..

"Belajar apa tu sampai 2-3 tahun? Mengarutlah kau ni! Kau nak abang tingal sini terus ke?" Gurau Luq.

"Tingal sini terus lagi best. Tak pun abang kahwin je dengan kakak saya tu. Boleh terus jadi menantu Pak Akop! Hahaha.. " Gelak Azman.

"Kau ni mengarutlah! Macam kakak kau tu suka kat abang." Luq membawa bagnya keluar dari bilik. Azman pula hanya mengikuti saja kemana saja Luq pergi.

Kelakuan mereka di sedari Mak Senah yang sedang menyediakan kuih muih untuk minum petang.

"Luqman, kemana nak pergi dengan bag-bag ni?" Muka Mak Senah menunjuk riak cemas.

"Man kata kakak dia nak balik esok. Sebab tu saya keluar dari bilik tu. Dia suruh saya kongsi bilik dengan dia.." Balas Luq

"Tak usah kongsi. Mak cik dah kemaskan bilik hujung tu. Luqman boleh guna bilik tu. Mak cik ingat nak suruh Ainul guna bilik tu je tapi dah alang-alang Luqman dah berkemas, pindah je la ke bilik tu." Ucap Mak Senah lagi..

"OK. Terima kasih mak cik.."
Kata Luq sambil membawa bag galasnya ke bilik yang di sebut Mak Senah.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

"Assamualaikum.. Mak ooo Mak!"
Ucap satu suara..

"Waalaikumusalam... Anak mak Ainul dah balik.." Mak Senah datang mendapatkan anak gadisnya Ainul Mardiah.. Ainul bersalam sambil mengucup tangan ibunya. Kemudian memeluk ibunya serta mengucup kedua belah pipi ibunya.

Ainul Mardiah seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti. Seorang yang cantik, bijak, bertudung litup dan pandai menjaga batas dalam pergaulan.

"Kereta siapa kat luar tu mak?" Tanya Ainul.

"Kereta anak angkat bapak kamu. Dia jumpa dalam hutan. Nasib baik tak dibaham harimau." Jawab Mak Senah

"Haish.. Bapak ni jumpa orang ja bawa balik rumah. Entah sapa la dia bawa balik tu." Balas Ainul lagi. Sedia maklum tentang sikap ayahnya yang suka membawa orang pulang ke rumah.

"Budak tu baik Ainul. Dia tengah belajar agama dengan bapak kamu." Balas Mak Senah lagi..

"Kalau baik takkan lah baru belajar agama mak.. Entah-entah dia tu tokey dadah yang orang pukul kat mana-mana pastu buang kat hutan tu. Bapak pula kutip dia bawa balik.. Tak pun Tokey dadah yang tengah lari dari polis..."

"Isk.. Kamu ni.. Jangan lah fikir yang bukan-bukan..." Pintas Mak Senah sebelum Ainul mengarut dengan lebih panjang lagi.. Faham benar dengan sikap anak gadisnya yang kuat berleter ni.. Saling tak tumpah dengan sikapnya yang juga gemar berleter..

"OK lah mak.. Ainul masuk bilik dulu yer.. Nak rehat kejap.. Penat naik bas." Beritahu Ainul.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Sementara itu di sebuah kedai buku di pekan. Azman mengajak Luq menemaninya ke kedai buku untuk membeli beberapa buah buku rujukkan. Di sana dia terserempak dengan Intan Dahlia. Azman dan Intan adalah rakan sekelas.

"Hai man.. Datang beli buku jugak ke?" Sapa satu suara dari belakang ketika mereka sedang sibuk memilih buku.

Azman memaling muka ke belakang, tersentak dia bila terlihat gadis impian yang sedang menyapanya.

"Oww owh.. Intan.. Ye ye.. Ka.. Kami tengah beli buku.." Tergagap-gagap Azman membalas.

"Ni lah anak angkat Pak Akop tu ye? Hai.. Saya Intan.." Intan tersenyum meleret sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan Luq.

"Luqman.. " jawab Luq ringkas kemudian membalas salam Intan.

Senyum Intan meleret lagi bila tangannya dalam genggaman Luq. Luq melepas tangan Intan kemudian menghulur tangannya untuk bersalam dengan kawan Intan pula..

"Hai.. Yang ni sapa nama?" Luq tersenyum.. Baru Faizah nak menyambut salam Luq tangannya di tepis oleh Intan.

"Yang ni kawan saya.. Faizah.. Kami rakan sekelas dengan Man." Terang Intan.

"Ooo.. Kau orang dah makan? Kami nak pergi makan ni. Nak join tak?" Perlawa Luq.

"Nakkk!" Balas Intan.

Mereka menjamu selera di sebuah kedai makanan Thai. Sambil menjamu selera mereka berbual-bual. Luq lebih gemar mendiam diri sambil melayan mobile game.

"Boleh saya panggil Abang Luqman, abang? Macam Man panggil abang?" Tanya Intan.

Luq hanya mengangguk. Sambil menyuapkan bihun tom yam nya ke mulut sambil matanya tak lepas memandang skrin hand phone.

"Man datang dengan apa?" Tanya Intan kepada Azman pula bila Luq kurang memberi perhatian kepadanya.

"Dengan abang lah.. Kau orang datang dengan apa?" Tanya Azman kembali.

"Dengan bas.. Boleh kita orang tumpang balik tak? Macam dah lambat lah.." Balas Intan

"Abang.. Dia orang nak tumpang kita balik boleh tak?" Tanya Azman kepada Luq.

Luq hanya mengangguk. Kemudian menyedut air orennya sehingga kering.

"Dah.. Jom balik!"
Dia bangun lalu pergi ke kaunter untuk membayar makanan mereka.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now