Aku terbaring kaku di sebuah kamar indah. Tiba-tiba datang lejaki bersut putih. Dia menghadiahku sebuah ciuman. Kemudian aku tersedar...
"Astagfirullah.. Aku bermimpi rupanya!" Ainul mengurut dada. Dia memegang bibirnya. Tersenyum sendiri.
"Apalah aku ni.. Dah angau ka?" Bebelnya sendirian.
Pagi itu di cafe resort. Ainul antara yang terawal merasmikan sarapan buffet di situ. Luq mengambil makanan dan duduk berhadapan dengan Ainul.
"Sanggup you bertarung nyawa demi nak selamatkan kucing tu.. Kalau I tak datang tentu you dah mati lemas." Kata Luq.
"Apa?! You ingat you malaikat maut ke yang boleh cabut nyawa orang sesuka hati?" Balas Ainul geram.
"I nak bagitau, benda yang you buat tu bahaya tau tak! You nak ke jadi tajuk berita mati lemas kat sini?"
"Kalau dah takdir I macamtu. Biar je la. Kenapa you selamatkan I kalau dah you rasa bahayakan you?"
"Sebab... Sebab.."
"I sayang you.."
Luq memandang tajam ke dalam mata Ainul. Ainul kehilangan kata-kata.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Keesokkannya mereka pulang ke KL. Luq pulang ke KL terlebih dahulu pagi itu kerana ada hal yang tak boleh dielakkan.
"Asyik tersenyum sorang-sorang je kawan aku ni sejak balik dari Melaka. Ada apa-apa ke?" Tanya Fikah.
"Tak ada apa lah.." Balas Ainul.
Ting!
Bunyi message masuk.
Ainul bingkas menatap skrin handphonenya.. Senyum meleret..Luq:
Jom teman I makan. I kat bawah.Ainul sarungkan shawl kemudian bergegas turun. Bila dah turun.. Tak ada pula gerangan si Luq ni..
Pin!
Satu bunyi hon menarik perhatiannya.. Dia memandang sebuah kereta yang agak familiar pada pandanganya itu. Sebuah Mitsubishi Lancer berwarna hitam.Kereta itu bergerak menghampirinya. Tingkap direndahkan.
"Jom temankan I makan.."
"Alamak!" Bisik hati Ainul.
"I pakai macamni je.."
"Tak apa."
Dengan hanya berselipar, berseluar track, berbaju T dan shawl lilit kebelakang Ainul jalan beriringan dengan Luq menjamu selera di Food Republic Pavillion KL.
Selesai makan-makan Luq memandu Ainul pulang.
"Perasan tak? Kereta hitam tu dari tadi ikut kita." Kata Ainul.
"Yeke? Kebetulan aje kot." Balas Luq. Dalam hati dah mula risau tapi masih cuba bersikap tenang.
"Sebenarnya I nampak sejak dari Pavillion lagi.." Beritahu Ainul. Mukanya cuak.
Luq menghubungi seseorang mengunakan hand free.
"Aku di ekori sebuah kereta jenis Honda CRV warna hitam. Lokasi aku kau boleh detect kan?"
"OK.."
Luq menghidupkan Waze dan mencari balai polis terdekat. Luq u-turn ke sebuah jalan. Kereta itu tetap setia mengikutnya. Bila kereta mereka masuk ke dalam kawasan balai, kereta itu terus sahaja melencong ke arah lain.
Luq berhenti seketika di dalam kawasan balai kemudian meneruskan perjalanan semula.
"I rasa you baik jangan balik rumah malam ni."
"Habis tu I nak tido mana?"
"Tido je rumah I.
"Gulp!"
Luq bawa Ainul ke sebuah kondominium mewah malam itu. Membuntang matanya melihat rumah itu. Design dalamannya sungguh rapi dan kemas. Bercirikan reka bentuk moden. Banyak mengunakan warna hitam dan putih. Memang sesuai untuk citarasa seorang lelaki muda seperti Luq.
"Cantik rumah you." Tutur Ainul.
"Terima kasih."
"You boleh guna bilik ni." Luq bawa Ainul ke sebuah bilik. Kemudian membukakan lampu.
"Terima kasih."
"Kalau you nak mandi, tuala kat dalam almari."
"OK."
Luq kemudian meninggalkan Ainul keseorangan di dalam bilik. Ainul berjalan mendekati tingkap. Dia menyelak tirai. Berderau darahnya melihatkan ketinggian rumah itu yang hanya memisahkan dengan sebuah kaca.
Dia menutup semula tirai. Lebih lama dia melihat kebawah. Terasa macam berpusing-pusing kepalanya.Pintu di ketuk dari luar. Ainul bergegas membukanya..
"You boleh pakai baju ni dulu." Luq menyuakan sepasang pakaiannya kepada Ainul.
"Terima kasih."
Luq menutup semula pintu. Ainul terus mengunci. Dia meneliti pakaian yang diberikan Luq tadi. Sehelai T-shirt dan seluar track yang panjang betul kakinya.
Lepas mandi Ainul hanya berbaju T. Baju itu agak labuh. Jadi, dia ambil keputusan untuk memakai baju itu sahaja.
Dah pukul 2 pagi, matanya masih belum mengantuk. Agaknya sebab berubah tempat tidur dia jadi susah untuk tidur. Di paksa juga matanya untuk pejam.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Dia terjaga bila terdengar bunyi alarmnya. Dia bangun mandi dan bersolat subuh. Kemudian keluar ke dapur. Sunyi sepi.
Dia membuka peti ais. Penuh barang-barang. Dia mula berfikir untuk memasak.
Bau harum masakkan memenuhi segenap ruang rumah. Luq datang kemudian menghidupkan suis kitchen exhaust fan.
"Lupa nak bagitau, kalau you nak masak kena turn on suis ni. Kalau tak habis satu rumah bau. I tak suka."
"OK. Sorry sebab busukkan rumah you."
"You masak apa? Sedap bau.." Soal Luq mengambil semula hati bila menyedari wajah Ainul tidak seceria tadi. Mungkin terasa dengan tegurannya tadi.
"I tengok ada ayam dalam freezer. Teringin pula nak makan kari ayam. Cicah dengan roti." Balas Ainul.
Luq duduk di meja. Tanpa di perlawa dia dah makan.
"Hmmm... Sedap!" Luq menunjuk isyarat bagus untuk Ainul.
Ainul tersenyum.
Lepas makan Luq menghantar Ainul balik. Tapi bukan dengannya. Dia menyewa sebuah teksi untuk menghantar Ainul pulang.
"You balik dulu. Kalau free petang nanti I jumpa you. Terima kasih untuk masakkan hari ni." Beritahu Luq.
![](https://img.wattpad.com/cover/164674991-288-k689293.jpg)
YOU ARE READING
Love Scenario
RomansaLuq hidup bersendirian setelah kematian ibu dan bapa dalam kemalangan. Luq mempunyai kekasih bernama Inara. Inara mengenali Luq sejak dari kecil sebab ibu Inara kawan baik kepada ibu Luq dan berhasrat untuk jodohkan mereka berdua. Ibu bapa Inara ing...