"Sekolah kami nak buat kem bina jati diri hujung minggu ni. Ustaz Raihan suruh saya ajak abang. Pelik jugak, macamana dia kenal abang." Kata Azman.
"Abang kan femes."
"Abang nak join tak?"
"Malas.."
Azman kecewa.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Luq sedang menikmati ABC ketika dia menyapa Azman dan kawan-kawannya yang sedang mundar mandir di sekitar kawasan pantai.
Gembira melihat abang angkatnya datang. Dia mengajak kawan-kawanya sekali lepak bersama.
"Aktiviti tak mula lagi ke?" Tanya Luq.
"Belum lagi.. Sekarang aktiviti bebas. Pukul 6 nanti baru berkumpul. Belanja la kita orang makan ABC juga bang.." Rayu Azman."Order lah.." Beritahu Luq
Azman menyuruh semua kawannya duduk dan order makanan. Sementara menunggu makanannya sampai dia mencedok ABC Luq terlebih dahulu.
Tiba-tiba Intan and the geng pula datang menyapa.
"Hai abang.. Tak belanja Intan sekali ke? Intan pun nak jugak.." Rengek Intan.
"Kalau nak order lah." Balas Luq.
Intan sengaja menarik kerusi kosong dan meletakkan di tepi Luq walaupun sudah tiada tempat kosong disitu.
"Abang join juga ke aktiviti nanti?" Tanya Intan
Luq hanya mengeleng.
"Abang menyewa kat resort tu ke?" Tanya Intan lagi
Luq mengangguk.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Ainul sekadar melihat kelibat Luq dari jauh. Tapak perkhemahan mereka dengan resort tidak berapa jauh. Hanya ada pagar berdawai yang memisahkan kawasan resort dengan kawasan public. Bilik Luq terletak berhadapan dengan pantai dan ada sebuah meja untuk santai. Luq bersama dengan beberapa orang rakan sedang berborak di situ. Ada tiga orang rakan bersamanya, seorang wanita dan dua lagi lelaki. Ainul tak pasti apa yang diborakkan mereka, semuanya kelihatan serius dengan laptop masing-masing.
"Terima kasih semua sanggup datang jauh untuk tolong." Luq memulakan kata.
"Kami okay je. Kita kan kawan. Kawan mesti tolong kawan." Balas Rykal.
"Minta maaf aku tak dapat hadir masa keluarga kau meninggal hari tu. Aku kat German. Sebab tu aku rasa bersalah sangat kalau tak dapat tolong kau kali ni.." Ujar Damien pula.
"Sharon, aku nak kau tolong check semua document ni. Listkan apa-apa yang kau rasa pelik. Aku tak boleh tengok document account.. Ngantuk." Luq mula menguap."Rykal, aku nak kau siasat nama-nama company ni sebab lepas je Dato' Idris sakit. Dato' Malik batalkan contract syarikat sebelum ni kepada syarikat-syarikat ni walaupun harga mereka berkali-kali ganda mahal dari syarikat sebelum ni." Luq memicit-micit dahinya. Fikirannya sungguh berserabut sejak dia pulang dari KL hari tu. Sharon dan Rykal adalah kawan baiknya sejak di kolej.
"Kau suspek Dato' Malik yang nak lingkupkan syarikat ayah kau ke?" Tanya Damien.
Luq mengangguk.
"Dia juga yang telah bunuh keluarga aku. Dan sekarang dia nak bunuh aku pula.." Beritahu Luq.
"Aku mesti cari bukti untuk dakwa dia. Sebab tu aku perlukan penyiasat seperti kau. " kata Luq kepada Damien. Damien seorang penyiasat persendirian. Mereka berdua kenal ketika masing-masing menyertai kelas taekwondo suatu ketika dahulu.
YOU ARE READING
Love Scenario
RomanceLuq hidup bersendirian setelah kematian ibu dan bapa dalam kemalangan. Luq mempunyai kekasih bernama Inara. Inara mengenali Luq sejak dari kecil sebab ibu Inara kawan baik kepada ibu Luq dan berhasrat untuk jodohkan mereka berdua. Ibu bapa Inara ing...