Bab 12

291 5 0
                                    

Pagi itu semua orang bersarapan bersama-sama kecuali Luq. Mak Senah pun menyuruh Azman pergi memanggil Luq di biliknya. Dia membuka pintu bilik Luq. Luq masih lagi tidur. Siap berselimut sehingga menutup kepala.

"Abang.. Bangun la.. Jom sarapan sama-sama." Dia menyentuh badan Luq.

"Uish.. Panasnya badan. Abang demam ni." Dia meluru ke luar memberitahu ayahnya..

Pak Akop dan Mak Senah datang melihat. Pak Akop menyelak selimut. Luq bingkas bangun bila terasa sesuatu menarik selimutnya. Kepala dan muka Luq dilindungi dengan hoodie. Pak Akop dan Luq masing-masing terkejut. Luq menarik hoodie bajunya ke belakang menampakkan wajahnya yang kemerah-merahan.

"Terkejut pak cik! Ingatkan hantu tak de muka.." Kata Pak Akop.

Luq tersenyum hambar.

"Kamu demam ni." Kata Pak Akop ketika memegang dahi Luq.

"Tu lah.. Anak manja. Tak pernah buat kerja berat! Sekali buat demam terus.. Hahahaha" Terdengar suara Ainul yang menyampuk dari luar.

"Ainul! Ada pula kamu cakap macamtu pada Luqman.." Marah Mak Senah kepada anaknya..

"Maknye.. Tolong ambilkan saya air sejuk." Kata Pak Akop kepada Mak Senah.

Sebentar kemudian Mak Senah datang dengan membawa sejug air. Pak Akop mengambilnya dan membaca sesuatu dan meniupkan ke air tersebut. Pak Akop menuangkan air itu kedalam gelas dan memberikannya kepada Luq.

"Minum air ini."

Luq minum air di dalam gelas itu sehingga habis.

"Jom lah keluar sarapan dulu. Tak elok biar perut kosong." Kata Pak Akop lagi.

Ketika keluar dari bilik. Dia terdengar sayup-sayup suara orang bergaduh..

"Patut lah aku cari pen aku tak jumpa.Rupanya kau yang curi. Bagi balik!"

"Kedekut. Pen kau banyak. Bagi la aku sebatang."

"Tak boleh! Bagi balik!"

Sampai di dapur dia melihat Ainul dan Azman sedang bertegang urat. Bila ternampak dia, Ainul cepat-cepat berjalan keluar dari dapur sambil membawa bekal makanan.

"Mak!  Ainul pergi dulu.." Terdengar suara Ainul di belakangnya..

Perangai mereka berdua mengingatkan dirinya kepada Laura suatu ketika dulu. Laura degil, suka membuatnya marah tapi perbuatannya itu supaya dia memberi lebih perhatian padanya. Dia akui memang dia jarang luangkan masa dengan adiknya itu setelah dia mula bekerja. Tiba-tiba dia menjadi rindu kepada keluarganya yang telah pergi.

"Apa yang kamu menungkan ni?" Kata Pak Akop. Entah dari mana datangnya Pak Akop yang tiba-tiba menyedarkan Luq dari lamunannya.

"Tak ada apa-apa." Balasnya sambil menyuap bihun goreng Mak Senah kedalam mulutnya.

"Pak cik.. Apa kita nak buat kalau kita rindu kat keluarga kita yang dah tak ada." Tanya Luq tiba-tiba.

"Kita boleh baca Al Quran. Buat kenduri tahlil untuk arwah, sedekah Al fatihah selepas solat ataupun buat wakaf atau sedekah atas niat untuk arwah. Insyaallah niat dan pahala itu akan sampai pada mereka." Beritahu Pak Akop panjang lebar.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

"Abang... Rajin Haji Akop tu buat kenduri sekarang ni. Hari tu kat masjid. Hari ni dekat rumah pula." Kata Mak Som kepada suaminya Pak Rahman.

"Biar lah.. Kenduri kan boleh mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung. Kamu tak pergi menolong ke?" Tanya suaminya.

"Kejap lagi. Tengah tunggu anak kita bersiap. Entah apa yang dibuatnya dari tadi." Beritahu Mak Som.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now