Bab 8

310 5 0
                                    

Mereka ke kawasan Air Terjun Sri Cahaya dengan sebuah Toyota Hilux. Pemandunya Pak Rahman, Ketua Kampung, Kampung Nyior Sebatang.

"Stop! Stop! Berhenti kat sini.."
Beritahu Luq tiba-tiba.

"Dah nampak kereta kamu?"
Tanya Pak Rahman.

"Ye.. Kat situ."
Luq menunding jari ke arah sebuah kereta bewarna hitam berkilat.

"Whoa.. Mitsubishi Lancer tu bapak! Bapak boleh bawak ke kereta tu?"
Balas Azman.

"Sama je kereta apa pun."
Balas Luq pula ketika turun dari kereta.
Luq dah boleh berjalan tanpa bantuan orang dengan gunakan tongkat. Tongkat itu milik anak Pak Rahman yang pernah patah kaki beberapa tahun dulu.

Luq menuju ke keretanya. Dia membuka pintu untuk pemandu dan menyuruh Pak Akop masuk. Kemudian dia masuk dan duduk di tempat duduk penumpang.

"Tempat perkhemahan tak nak pergi ke? Kot kot ada barang yang tertinggal."
Tanya Pak Akop.

"Tak payah lah.. Ada khemah dan perkakas memasak je kat situ. Lagipun jauh juga nak jalan ke sana."
Balas Luq. Dia membuka dashboard kereta kelihatan wallet dan handphonenya masih tersimpan rapi disitu. Bag hikingnya pula ada di seat belakang. Dia mengambil wallet dan menyimpan ke poket belakang seluarnya. Manakala handphonenya kembali disimpan di dalam dashboard.

Pak Akop memandu dengan berhati-hati keluar dari kawasan air terjun itu. Ketika melalui kawasan kampung banyak mata yang memerhatikan. Mungkin sebab jarang-jarang nampak kereta mewah lalu. Tidak lama kemudian mereka pun sampai ke rumah. Kereta Mitsubishi Lancer Luq di parkir cantik di halaman rumah Pak Akop.

Ketika sampai di rumah azan maghrib pun berkumandang. Pak Akop mengajak Azman Dan Luq bersolat jemaah. Selalunya dia akan bersolat jemaah di Masjid tapi disebabkan sudah terlambat dia pun mengambil keputusan untuk berjemaah di rumah sahaja.

Azman mengetuk pintu bilik Luq untuk mengajak Luq bersolat jemaah bersama. Tapi Luq memberi alasan dia sakit kaki. Dia tidak memberitahu perkara sebenar yang sebenarnya dia tidak tahu bersolat.

Suatu petang, dia duduk di pelantar depan rumah Pak Cik Akop sambil mengambil angin sawah. Tiba-tiba di sapa oleh Azman yang baru balik dari sekolah.

"Oi.. Menung apa ni? Teringat awek kat bandar ke?"

"Hahahaha.. Tak ada lah. Man, duduk sini kejap. Abang nak cakap sikit dengan kau. "

"Apa dia?"

"Ermm... Tak ada apa apa lah.. Lupakan.. "

"Eh.. Macamtu pulak.. Bagitau la apa dia." Paksa Azman kepada Luq.

"Jauh tak pekan terdekat dari sini? Jom pergi shopping. Abang nak beli baju la. Baju yang ada macam tak sesuai."

"Pekan yang terdekat tu tak ada kedai baju. Apa kata kita pergi pekan yang jauh sikit. Pekan tu best sikit."

Selepas meminta keizinan dari Mak Cik Senah mereka pun pergi. Kakinya yang terseliuh dah semakin pulih sejak diurut oleh Pak Akop.

"Wah!  Smart gila kereta abang ni."
Tanya Azman.

"Yeke? Kawan abang yang buat. Dia ada kedai aksesori kereta. Kereta ni selalu jadi model kat sana." Balas Luq.

"Abang dari mana? Kenapa tiba-tiba boleh sesat dalam hutan tu?"

"Abang dari KL. Datang sini bercuti untuk release tension."

"Abang kerja apa kat KL?"

"Macam-macam kerja abang buat.Photographer, Graphic Designer, App Developer, Website Designer."

"Mesti abang anak orang kayakan? Kereta mewah. Boleh cuti lama-lama makan angin."

"Tak lah. Cukup makan saja. Abang ada syarikat iklan sendiri."

"Bestnya.. Habis tu sekarang sapa yang jaga syarikat abang?"

"Staff"

"Boleh percaya ke?"

"Eh.. Kenapa tak boleh pula? Tak suka abang duduk sini lama-lama ke?"

"Bukan macamtu.. Suka sangat abang ada sebab dah lama saya teringin nak ada seorang abang. Tambah-tambah abang saya ni pulak segak macam kpop. "

"Hahaha.. Kpop lah sangattt!" Luq tergelak kuat

"Bilik yang aku duduk tu bilik kakak kau ke?" Tanya Luq.

"Ye. Dia study kat KL. Rasanya cuti semester nanti balik lah tu."

"Ooo.. Kira kau dua beradik je lah?"

"Ye.. Abang pula berapa beradik?"

"Dulu berdua. Sekarang tak ada adik beradik. Dah meninggal dalam kemalangan." Dada Luq tersebak.

"Owh! Minta maaf.. Man tak tau.. "

Mereka berdua kehilangan kata-kata.
Agak lama mereka berdua mendiamkan diri.

"Rasanya kita dah sampai.. Kat mana ada jual baju melayu? " Tanya Luq tiba-tiba.

"Baju melayu? Untuk apa? Lambat lagi nak raya. "
Balas Azman.

"Untuk pergi masjid." Jawab Luq kembali

"Tu.. Kat sana.. Azman menunding jari ke arah sebuah butik pakaian."

Luq pun memberhentikan kereta di depan kedai tersebut. Mereka berdua masuk dan memilih beberapa helai baju yang sesuai. Bila hendak membayarnya di kaunter. Juruwang enggan menerima kad debitnya. Semua urusniaga hanya dengan tunai sahaja. Luq terpaksa pergi mencari mesin atm terdekat untuk mengeluarkan duit kemudian datang semula untuk membayar pakaian tersebut.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Malam itu ketika Pak Akop sedang berehat - rehat sambil menghisap rokok daun di pelantar depan rumahnya. Luq menghampirinya..

"Pak cik.. Saya nak mintak tolong pak cik sikit boleh?"

"Apa dia? Kalau mampu tolong insyaallah pak cik tolong."

"Saya nak belajar solat. Saya dah lama tak solat. Boleh tak pak cik bimbing saya."

"Insyaallah.."

Lapang dada Luq selepas berjaya meluahkan hajatnya pada Pak Akop. Bermulalah sesi pembelajaran agama bersama dengan Pak Akop.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now