Luq sendirian di atas pelantar di depan sawah yang sedang menghijau. Bagaikan hamparan rumput hijau padang golf yang selalu dikunjunginya bersama bapanya suatu ketika dahulu. Angin sepoi-sepoi menyapa wajahnya. Sungguh mendamaikan. Sampai bila dia akan terus disini? Detik hatinya.. Namun masih tidak menemukan jawapan.
"Nah.. Makan donut ni.. Sedap makan banyak. Tak sedap tak payah makan." Kata Ainul ketika meletakkan sepiring donut kepada Luq.
Kemudian diikuti pula dengan Azman yang datang sambil membawa seteko kopi o kaw..
"Sabar aje lah bang.. Hahaha.." Kata Azman..
"Sejak dia balik hari tu lagi macam tak suka je dengan abang.." Kata Luq sambil mengambil sebiji donut dan mengigitnya.. Deraian gula jatuh mengena baju dan kemudian di kuis-kuis jatuh ke tanah.
"Dia jeles lah tu. Tiba-tiba ayah sayang abang lebih.." Balas Azman..
"Isk.. Ke situ pulak." Kata Luq.
Malam itu, ketika Azman sedang mengulangkaji pelajaran. Kakaknya Ainul mendekatinya..
"Kamu kenal kan dengan Faiz Roslan?" Tanya Ainul.
"Kenal. Nape kak? Dia dulu satu pasukan bola dengan saya. Tapi lepas ayah dia meninggal terus dia tarik diri. Dia kata dia buat kerja part-time petang-petang." Beritahu Azman panjang lebar.
"Dia pun dah banyak kali ponteng kelas ni. Akak risau kalau dia kerap ponteng nanti kena buang sekolah.." Balas Ainul.
"Bagus lah kakak ni.. Baru je berapa hari jadi Ustazah ganti dah berlagak mengalahkan guru kelas pulak!" Azman mengusik Ainul..
"Eh.. Memang la akak jadi ustazah ganti je. Tapi untuk kelas dia orang akak jadi guru kelas." Ainul mengambil sebuah buku dan menghempas ke bahu Azman..
"Aduh! Sakit lah ustazah garang!" Azman mengaduh..
Kemudian Luq pergi mengambil tempat duduk di sebelah Azman sambil membawa laptopnya. Seraya itu Ainul terus berlalu dari situ. Luq terasa hati.
"Abang ada ganggu kau orang berborak ke?" Tanya Luq.
"Tak ada lah abang.. Cuma orang tu je yang alah dengan abang.." Balas Azman.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
"Man.. Kemana kakak kamu ni? Dari pagi keluar sampai dah isya tak balik-balik lagi." Tanya Mak Senah bila nampak saja muka Azman dan Luq ketika mereka pulang dari masjid.
"Entah lah mak.. Dia pinjam motor Man tadi kata nak pergi pekan kejap." Beritahu Azman.
"Mak cik jangan risau. Kami pergi cari dia." Kata Luq.
Luq dan Azman pergi mencari Ainul di pekan. Hampir setengah jam perjalanan ketika melewati satu jalan yang sunyi mereka ternampak sekumpulan mat rempit sedang mengepung seorang gadis di seberang jalan.
Luq terus memberhentikan kereta di tepi jalan.
"Call polis cepat!" Dia membuka pintu kereta dan membaling handphonenya kepada Azman. Kemudian berlari ke arah kumpulan mat rempit itu.
Luq pantas meluru kearah kumpulan yang mempunyai enam orang mat rempit itu dan menghalang mereka dari mengapa-apakan Ainul.
"Jangan berani sentuh perempuan ni?" Luq menarik Ainul ke sisinya. Wajah Ainul ketakutan. Dia kemudian menyembunyikan diri di belakang Luq sambil mengenggam erat baju sweater Luq.
"Kenapa?! Bini kau ka?" Kata sorang dari mat rempit itu meluru sambil menghayunkan penumbuk ke arah Luq. Luq mengelak sambil menyambar tangan dan mengilas tangannya ke belakang dan menolak mat rempit itu ke arah kawannya yang lain. Gedebuk. Beberapa orang mat rempit jatuh.
Luq memberi isyarat kepada Ainul supaya bertenang dan menyuruhnya berlari ke seberang jalan dimana Azman sedang menunggu dalam kereta.
Seorang dari mat rempit datang menyerangnya dari belakang.
Dia menarik tangan dan menyiku muka mat rempit dan menendang perutnya. Seorang lagi mat rempit jatuh.Kemudian datang lagi seorang mat rempit menendang curi belakangnya. Luq tak sempat mengelak. Dia jatuh tersembam. Ketika dia memusingkan badannya untuk bangun mat rempit itu ingin memijak mukanya tapi sempat dia menangkap kaki dan menolaknya. Dia bingkas bangun. Salah seorang dari mat rempit itu mengeluarkan sebilah pisau ramboo, dia mengacu-acukan ke arah Luq.
Tanpa teragak-agak Luq menendang pisau itu. Pisau terpelanting entah kemana. Tiba-tiba kedengaran siren kereta polis. Mat-mat rempit itu bertempiaran lari.
Selesai urusan di balai polis Luq, Azman dan Ainul terus pulang. Sampai di rumah Ainul tidak banyak cakap. Dia terus berkurung dalam bilik. Azman lah yang bertindak sebagai pemberita kepada Pak Akop dan Mak Senah tentang kejadian tadi.
"Nasib baik kamu berdua sampai awal. Kalau tak entah apa jadi pada kakak kamu.." Mak Senah mengurut dada lega..
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Pagi itu, ketika bangun bersarapan semua orang kecuali Luq terkejut melihat pelbagai juadah di meja. Semuanya air tangan Ainul Mardiah.
"Jemput makan semua.. Minta maaf kalau Ainul buat semua risau semalam. Ainul janji tak buat lagi. " Kata Ainul sambil memegang bahu ibunya.
"Kak kena minta maaf kat abang Luqman sebab akak kan tak suka kat dia." Kata Azman.
Ainul menunjuk malu. Suasana sepi seketika bila Luq masuk ke dapur untuk bersarapan bersama.
"Kenapa diam je semua?" Luq memerhati semua orang di situ. Kemudian memerhati pula pakaian yang dipakainya.. Mungkin ada yang tak kena.
"Ada apa-apa tak kena? Handsome sangat kah saya hari ni?"
Azman tergelak. Dia menarik kerusi untuk lelaki itu duduk. Luq duduk di kerusi tersebut.
"Bapak patut tengok masa abang lawan dengan mat rempit tu. Dahsyat! Sekali dia tendang habis semua jatuh tergolek." Azman cerita bersungguh-sungguh.
Luq tersedak mendengar cerita yang ditokok tambah Azman itu.
"Jangan percayalah pak cik. Mengarut je tu. Kalau betul, tak la saya dapat lebam kat muka ni." Luq makan dengan berhati-hati. Mulutnya pecah akibat terkena tumbukkan mat rempit pada malam itu.
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
"Buat apa kat pekan semalam sampai lewat baru balik?" Tanya Luq ketika Ainul sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki. Ketika itu cuma mereka berdua sahaja di situ.
"Saya dapat info yang pelajar saya ponteng kelas dan bekerja di sebuah kedai makan di pekan. Semalam saya pun cari lah dia. Tapi tak jumpa." Ainul mengeluh.
"Kalau awak nak, saya dan Man boleh tolong awak." Luq memberi idea walaupun tanpa persetujuan Azman.
"Betul ke?!" Bersinar-sinar mata Ainul memandang Luq dengan penuh harapan.
Untuk kali pertama, Luq rasa berdebar-debar.
YOU ARE READING
Love Scenario
RomanceLuq hidup bersendirian setelah kematian ibu dan bapa dalam kemalangan. Luq mempunyai kekasih bernama Inara. Inara mengenali Luq sejak dari kecil sebab ibu Inara kawan baik kepada ibu Luq dan berhasrat untuk jodohkan mereka berdua. Ibu bapa Inara ing...