Bab 10

301 4 0
                                    

"Man, boleh Intan duduk di seat depan tak? Intan pening lah kalau duduk kat belakang.." Kata Intan bila Azman membuka pintu duduk belakang untuknya..

"Ok." Kata Azman kemudian dia duduk di belakang bersama Faizah.

Hati Intan berbunga bunga riang dapat duduk di tempat duduk hadapan bersama pujaan hati.

Luq memandu dengan penuh hati-hati. Mereka semua hanya menyepi. Intan sibuk menjeling Luq yang sedang memandu.

Putih mulus kulitnya.. Kalah kulit wanita. Apa skin care yang dia pakai. Apa vitamin yang dia ambil? Dia inject ubat putih ke? Pelbagai persoalan bermain di minda Intan.

"Apa yang kamu tengok?" Tanya Luq tiba-tiba. Nampaknya dia perasan yang Intan sedang menjeling ke arahnya.. Merah muka Intan menaham malu..

"Tak ada apa apa. Saya tengok kat luar tu.. Pemandangan sebelah sana lagi cantik berbanding sini.." Intan tersengeh. Nasib baik juga datang idea yang bernas.

"Abang.. Abang buka cermin. Saya terkentut!" Beritahu Azman tiba-tiba.

Baunya mengembak satu kereta..
Luq membuka semua cermin.

"Kamu sakit perut ke? Tanya Luq.
"Tak lah.. Perut berangin. Ni pun rasa macam ada lagi.." Balas Azman.
"Kamu ni pengotor lah.." Balas Faizah pula sambil menutup hidung.

Tiba-tiba kereta mereka di pintas sebuah kereta jenis Toyota hilux. Kereta itu berhenti mengejut di hadapan membuatkan Luq turut membrek kereta secara mengejut.
Semua penumpang tersentak.

Ada dua orang berbadan sado berjalan menghampiri kereta mereka.
"Siapa mereka tu? Kau orang kenal ke?" Tanya Luq

"Abang saya.." Intan mengerut muka cemas.

Lelaki itu semakin hampir ke kereta mereka. Bila sampai dia mengetuk-getuk bumbung kereta bahagian pemandu menyuruh Luq membuka pintu. Bila Luq membuka pintu dia terus mencekak baju Luq dan menyuruh dia keluar dari kereta. Seorang lagi lelaki yang bersamanya menyuruh penumpang - penumpang lain pula keluar.

"Kau baru jejak kaki kat kampung ni kau jangan dok jadi playboy pulak. Dok angkut anak dara orang ke hulu ke hilir." Serentak dengan itu sedebuk penumbuk mengena mulut Luq. Bibirnya pecah dan berdarah.

Intan menghalang abangnya..
"Bukan salah dia.. Intan yang tumpang mereka tadi.." Balas Intan..

"Kau diam! Kau pergi naik kereta aku.Yang tumpang orang yang tak kenal ni kenapa?!" Jerit Rahim kepada adiknya, Intan.

Man meluru ke arah Rahim.
"Tak kenal apanya.. Dia kawan sekelas saya. Bukannya kami yang ajak dia tumpang tapi dia yang nak tumpang. " Jelas Azman. Kemudian Rahim pun melepaskan tangannya dari Luq. Dia berjalan pergi ke keretanya tanpa sepatah kata..

"Kurang ajar punya samseng!" Marah Azman..

"Abang tak apa-apa ke?" Tanya Azman kepada Luq.

Luq hanya mengangguk. Kiri mulutnya dah timbul warna lebam kebiru-biruan. Mereka pun memandu pulang ke rumah dengan sebal.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Di rumah, Mak Senah terkejut melihat lebam pada muka Luq. Azman menceritakan yang terjadi. Luq pula menonong masuk ke dalam rumah dia membuka pintu biliknya. Terpana dia melihat seorang gadis sedang tidur di katilnya.

Comel! Berambut panjang. Kulit putih kemerahan. Bibir pink. Wajah natural tanpa sebarang make up.

Tiba-tiba terlintas di fikirannya..
Ini bukan biliknya lagi.. Hampir terlupa dia dah berpindah ke bilik belakang. Dia pun menutup balik pintu dan menonong ke biliknya sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

Tidak jauh dari situ Azman dan Mak Senah hanya memerhati Luq dari jauh. Telatah Luq agak mencuit hati.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Malam itu selepas pulang dari masjid mereka semua berkumpul di meja untuk menikmati makan malam.

"Ni la anak sulung pak cik. Ainul namanya." Beritahu Pak Akop.

Ainul yang sedari tadi hanya memandang Luq. Dia tertanya-tanya sama ada apa yang dilihatnya petang tadi adalah mimpi atau kenyataan.

Dia teringat semula mimpinya petang tadi, dia sedang berlari-lari di sebuah taman bunga. Tiba-tiba muncul seorang jejaka kacak persis pelakon korea Lee Jong Suk.

"Pap!" Adiknya Azman menunjal kepala Ainul. Habis rosak semua anganannya. Agaknya sebab itu lah orang tua-tua tidak galakkan tidur selepas Asar. Boleh jadi gila..

"Sudahlah.. Tengok orang ka nak makan orang? Tau la Abang tu handsome. Korean mix kot." Balas Azman kepada kakaknya..

Kemudian Ainul membalas jelingan tajam kepada Azman. Kepala Azman pula di tunjalnya..

"Dah la tu.. Kau orang ni dah besar panjang pun bergaduh macam budak-budak. Depan makanan tak boleh bergaduh." Kata Mak Senah.

Luq hanya tersenyum. Gelihati melihat telatah mereka berdua. Ingatannya kembali mengenang kepada arwah adiknya..

"Tambah lagi nasi Luqman?" Perlawa Mak Senah

Luq hanya mengeleng kepala. Dia bangun dan pergi mencuci pingan di sinki kemudian terus masuk ke bilik tanpa banyak cakap. Tidak seperti selalu.

"Kenapa bapak tengok lain macam je Luqman hari ni Man?" Tanya Pak Akop kepada Azman.

Azman mengangkat bahu.

"Si Rahim tu pukul Luqman petang tadi.." Beritahu Mak Senah

"Kenapa pula?" Tanya Pak Akop

"Dia salah sangka, dia ingat anak kita bawa adik dia tu meronda ke pekan. Walhal, adik dia tu yang terhegeh-hegeh nak tumpang mereka ni." Beritahu Mak Senah lagi.

"Si Rahim tu sapa tak kenal. Suka cari gaduh dengan orang. Samseng kampung taik minyak!" Marah Pak Akop.

Semua orang di meja makan tertawa mendengar kata-kata Pak Akop.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Luq menghampiri Pak Akop yang sedang mengulung daun rokok di pelantar depan rumah.

"Kamu merokok tak?" Tanya Pak Akop bila Luq duduk di pelantar itu.

"Ada juga." Balasnya..

Kemudian dia menghulurkan sepuntung rokok daun yang telah siap digulungnya kepada Luq.

"Cuba ni.."

Luq mengambilnya kemudian menyalakan api di hujung dan mula menghisap dan menghembus asap keluar dari mulut.

"Ermmm.. Sedap!" Balas Luq. Pak Akop hanya tersenyum. Kemudian dia mengajar Luq teknik-teknik membalut rokok daun.

"Saya nak bagi ni pada pak cik." Luq ambil tangan orang tua itu kemudian meletakkan beberapa not seratus kedalam genggamannya.

Dia terkejut dan enggan menerima duit itu.

"Pak cik tak boleh terima duit banyak-banyak ni." Balas Pak Akop.

"Saya ikhlas pak cik. Lagipun dah lama saya tinggal di sini. Makan pakai saya semua Mak Senah yang buatkan. Pak cik pun dah ajar agama kat saya. Ajar saya solat. Dari kosong sampai dah pandai sekarang. Saya terhutang budi. Tak tahu macamana nak balasnya." Ucap Luq panjang lebar.

"Pak cik tak minta di balas. Pak cik ikhlas." Balas Pak Akop lagi.

"Saya pun sama. Tolong terima pemberian ini pak cik." Luq memegang tangan Pak Akop. Akhirnya Pak Akop akur.

Saya nak balik KL kejap esok. Saya nak bawa Azman sekali. Lagipun esok dia cuti.

Love ScenarioWhere stories live. Discover now