Empat

3.3K 98 11
                                    

[ETHAN POV]

Tersedar. Aku tersedar dari ulitan mimpiku. Aku bangun lantas mencapai tuala melangkah ke bilik air.

Setelah itu, aku turun ke dapur. Lapar. Aku tercari-cari makanan. Melanie tak masak ke? Susah betul dapat isteri pemalas ni.

Aku menapak ke setiap ruang di rumah. Tiada. Aduuuu perempuan ni nak main sorok-sorok ke? Aku melaung namanya. Ish..mana dia ni?

'Semalam aku last nampak dia kat mana ek?' soal hatiku. Selepas 5 minit memutarkan memori, baru aku ingat. "Kolam". Terus aku melangkah.

Setibanya di kolam, kelihatan tubuh Melanie terapung-apung di atas air. "Hey, Melanie". Tak jawab. "Woi sundal!! Bangunlah!!" Still no respond.

Biar betul ni? Dah pengsan ke? Ah..tak mungkin. Aku terjun ke dalam kolam mendapatkan Melanie. Aku meletakkannya di tepi kolam.

Muka dia pucat. Bibir biru semacam. Aku menyepak-nyepak badan Melanie. "You pretty a**h***! Jangan ingat aku percaya lakonan kau".

Asal dia masih kaku? Aku mencangkung. Menampar-nampar wajah pucatnya perlahan. "Kau ni memang attention seeker, kan? Setakat pasal semalam, terus nak berlakon pengsan. For your information, I'm not stupid like you".

Ish..dah kenapa perempuan ni? Dah-dah lah. Bangun. Aku tak keruan. Aku memeriksa nadinya. Perlahan. Ah..sudah. "B-baby..wake up. D-don't play with this kind of s-situation".

Arghhh!! Apa aku dah buat? Aku hampir bunuh dia. Kalau dia mati, polis akan suspek aku. End up aku masuk penjara. No..no..dia tak mati lagi, kan?

Aku ambil fon. Nak call siapa? Doktor peribadi? He's on vacation. Aku meraup mukaku. Tak ada pilihan. Aku kena bawa dia pergi hospital. Tanganku pantas mencapai kot dan mengangkat tubuh Melanie.

Wajahnya semakin memucat. Bibirnya membiru. Nadinya makin perlahan.

*****

Dr. Mike keluar dari wad Melanie. Dia menapak ke arah Ethan. "En. Ethan, kan?" Ethan mengangguk. "Come, follow me".

Mereka jalan beriringan ke bilik pensendirian milik Dr. Mike. Sampai sahaja, mereka berdua duduk berbincang sesuatu. "Dr. Mike, how's my wife condition?" Ethan bertanya.

"Oh..she's fine" Dr. Mike menatap wajah Ethan. Risau nampak.

Ethan terasa lega. Dia meraup mukanya. "So, bila dia boleh keluar?"

Dr. Mike bersandar sambil mengeluh. "Pn. Melanie kena tahan wad selama 3 hari". Mata Ethan terbeliak. "What? But why? You just said she's fine!!" Tengkingan Ethan sedikitpun tidak menggetarkan rusuk doktor bertubuh kekar itu.

"Memang keadaan dia ok..tu saya tak tipu. Tapi dia tertelan banyak air klorin. Kandungan klorin dalam badannya agak tinggi dan boleh membahayakan kesihatannya. Oh, ya. Dia tak sedarkan diri lagi." ujar Dr. Mike sambil melihat laporan kesihatan Melanie.

"Shit!!" tu je yang keluar dari mulut Ethan. Dr. Mike menoleh sekilas ke arah Ethan lalu berkata "Mohon bersabar, En. Ethan".

Ethan menjegil. "Kau suruh aku sabar? Kepala otak kau!! Kau tahu dia isteri aku, kan? Aku tengah risau gila-gila ni!! Dahlah tak sedar lagi!!".

Ok, memang dia risau. First, sebab nanti dia lonely (huhuh sedihnya hidup kau Ethan). Second, sebab kalau family dia atau family Melanie tahu, mampus dia.

"Saya tahu dan saya sangat memahami situasi encik. Tapi, kalau encik marah-marah macam ni, takkan ubah keadaan". Sabar, Mike. Kau tu doktor. Tunjuk sahsiah terbaik kau.

Ethan mendengus. "Apa yang kau faham?!! Isteri pun tak ada. Aku tahulah kau tak kahwin lagi. Pergi kahwin. Lepas tu baru kau akan faham situasi aku!!" Ethan bangun lalu keluar dari bilik itu.

Dr. Mike sekadar melihat kelakuan Ethan. Dia menarik nafas sedalam-dalam yang dia mampu lalu menghembus sekuat-kuat kudratnya.

"Kau yang tak pandai jaga isteri nak salahkan aku sebab tak faham kau. Bagi aku je lah yang jaga bini kau". Dr. Mike senyum sinis sambil menggeleng-geleng kepalanya.

*****

"Melanie..bangunlah. Kenapa selalu biarkan I sorang-sorang? Tak kesiankan I, ke?" Ethan mencapai tangan Melanie lantas mengucup lembut.

Tanpa Ethan sedar, Dr. Mike masuk ke wad tersebut. Dia berdehem membuatkan Ethan berpusing ke arahnya. "Boleh encik keluar sebentar? Saya nak periksa tahap kesihatan Pn. Melanie".

Ethan mengerut dahi. "Asal? Kenapa aku kena keluar? Buat je lah kerja kau. Aku nak tengok. Mana tau kau nak cuba bunuh dia ke".

Dr. Mike melihat anak mata Ethan. "Tolong faham. Encik nak isteri encik cepat sembuh, kan? So, please do as I said".

Ethan berpeluk tubuh. "No, I don't trust you". Dr. Mike merenung wajah Ethan. "Fine, I'll go. Tapi kalau apa-apa jadi kat dia, jangan panggil saya atau doktor lain". Dr. Mike melangkah pergi.

Tangan Ethan pantas menarik lengan doktor itu. Dia mengeluh. "Okay, do it. But I give you 10 minutes only. So, make it fast".

Dr. Mike melepaskan genggaman Ethan. "Yeah..yeah..whateves. Saya pun tak inginlah nak duduk lama-lama dalam tu". Kakinya pantas mengatur langkah ke wad Melanie. Ethan membiarkannya.

"Haih..poor you, Melanie. You're beautiful as an angel but unfortunately, you've got wrong guy as your husband" Tangannya ralit menukar air. Kemudian dia memeriksa tekanan darah Melanie. Matanya tidak beralih dari melihat wajah polos perempuan itu.

Siap kerjanya, dia duduk di tepi katil. Terus mencapai tangan putih Melanie. Bibirnya pantas bermain di belakang tapak tangan milik bidadari tersebut.

Tangannya sebelah lagi mengusap rambut Melanie. Tak pernah dia jumpa wanita secantik Melanie. Lantas dia meluahkan isi hati "I've fall in love you".

*****

[ETHAN POV]

Aku melihat jam di pergelangan tangan. Dah lebih 10 minit. Tak apa, aku bagi 2 minit lagi. Kalau tak keluar jugak, memang aku terjah.

2 minit berlalu dan kelibat Dr. Mike tidak muncul-muncul di pintu wad. Aku dah buat keputusan. Aku pantas membuka pintu. Mulut nak je tengking tapi aku dengar sesuatu.

"Saya tahu agak pelik. Baru 2 hari saya rawat awak, tapi saya dah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan rambut awak, bibir mungil awak, wajah cantik awak..semualah saya suka".

Kenapa aku rasa cemburu bila Mike cakap macam tu kat Melanie? Tak..tak mungkin. Aku tak sayang dia so buat apa aku nak cemburu. Mengarut, kan?

"Saya teringin nak jaga awak dan jadikan awak sebagai suri hati saya. Lagipun, dari keadaan awak ni..saya tahu awak tak happy malah awak sengsara bila hidup dengan Ethan. For your information, saya tengok Ethan tu sangat tak sesuai untuk awak. Dia tu macam setan yang menarik seorang bidadari ke dalam neraka buatannya".

Panas telinga aku. Dia cakap aku ni setan? Sepanas-panas telinga, lagi panas jiwa aku ni. Dahlah gelarkan aku setan, lepas tu ada hati nak ambik isteri aku. Bod** sungguh tindakan doktor ni.

Tak tahan nak dengar lagi, aku terus mengorak langkah keluar dari bilik tersebut. "Cakap nak buat kerja. Tapi pergi kacau isteri orang. Shit!!" Bergema suara.

Jururawat suruh perlahankan suara. Kesah apa aku. Aku ada hancurkan barang-barang hospital ke? Kalau ada aku boleh bayarlah. Memang aku akan campak kat muka doktor tak tau malu tu.





















Bidadari Dalam Neraka [ completed ]Where stories live. Discover now