Lapan Belas

1.8K 57 3
                                    


Setitis air mata jatuh ke riba. Cukup perit. Cukup sakit. Mana tak nya. Anak sendiri koma. Ada pendarahan pada otak.

"She's just a baby. Tak kenal dunia.."

Sebak hati. Kesal pun ada.

Bahu disentuh lembut. Dia menoleh. Daddy. Sentuhan itu membuatkan jiwanya tenang sedikit. "Melanie..dah la nangis tu. Kita makan jom" ajak si tua itu.

Dia masih membisu. Lesu. Nak makan? Sanggup ke nak makan sedangkan anaknya yang sakit belum mengisi perut?

"Mel. Dah dua hari perut tu kosong. Jomlah. Tak nak makan banyak, kita makan sikit."

Tangan ditarik. Melanie terpaksa mengakur. Melangkah lemah keluar dari wad menuju ke kafe di tingkat 1.

*****

"Feeling better?"

Aku mengangguk. Ya, benar kata daddy. Lepas makan pasti emosi lebih stabil. Aku tersenyum nipis sambil mengalirkan setitis air mata.

"Tapi daddy..Mel still rasa sedih tentang keadaan Charlotte."

Darren mengelap mulutnya sebelum bersuara. "I know. Tu tak perlu tipu." Tanganku dicapai lalu di genggamnya. "Daddy harap Mel tabah dengan segala apa yang berlaku."

"I hope so.."

Baru je nak minum, seseorang mendekati meja. Aku mengangkat muka. Terbeliak mataku. Secara refleks aku berdiri.

"Apa kau nak, ha?!!"

"I..I.."

Aku menengking kuat. "Apa I, I ha?" Lantak la ni hospital ke apa. Janji aku dah bayar mahal. Orang pandang pergi mampus!

"Dengar dulu." Ethan bersuara lembut. Huh! Nak ambik hati aku la tu. Jangan harap jantan tak guna.

"Hey! Aku nak kau berambus jauh dari aku dan keluarga aku! Kau memang tak patut hidup! Aku menyesal kenal dengan kau."

Bahu aku dipegang Ethan. Terus aku tolak sekuat hati sehingga terlepas. Aku melangkah setapak ke belakang.

"Jangan sesekali sentuh aku dengan tangan pembunuh kau tu! Berambus! Pergi!" Aku melarikan anak mata dari melihat lelaki yang masih bergelar suami.

"Tapi sayang-"

"Aku cakap berambus, bodoh!!!" Suaraku bergema kuat segenap sudut hospital. Selepas Ethan beredar, seorang jururawat bergegas menuju ke arahku.

"Pn. Melanie..anak puan.."

Sebut je anak, air muka aku terus berubah. Daripada marah kepada terkejut. "Anak saya? kenapa dengan anak saya? Dah sedar?"

Jururawat itu menggeleng. "Baik puan cepat ke wad."

Tanpa berlengah, aku dan daddy pantas melangkah. Tiba di wad, aku masuk melihat keadaan Charlotte. Denyutan jantung di monitor mendatar sahaja.

"Nooooo!!! Charlotte!!!" Aku terduduk dalam kesedihan yang tiada bandingnya. Rasa baru semalam dia lahir. Tiba-tiba hari ni dia dah pergi syurga meninggalkan abang dan ibunya di bumi.

Menambahkan kepiluan, Aiden menangis di sisi Charlotte merapati kematian kembarnya. Aiden memegang pipi Charlotte dan menepuk-nepuk lengan adiknya seolah-olah menyuruhnya bangun.

"Why did you leave me too early..?" Bisikku perlahan.

*****

Lengan Mike dipaut Melanie. Erat sekali. Lengan Mike sebelah lagi mendukung Aiden.

Mereka bertiga berjalan sekitar pusat membeli-belah menghilangkan kebosanan di jiwa.

"Emm. Mike. Saya nak pergi tandas sekejap."

Bidadari Dalam Neraka [ completed ]Where stories live. Discover now