"Uncle uncle! Ni siapa?"Michael mengalihkan pandangannya ke arah Aiden. Anak kecil itu menunjukkan seorang wanita di dalam album kenangan keluarga.
"Ouh. Itu mama Aiden. Melanie namanya." Balas Michael lalu meletakkan Aiden di atas ribanya.
Aiden menggaru kepala. "Mama tu apa? Yang Aiden tahu nama Aiden je. Mama tu cerita pelik yang uncle tengok hari tu, kan? Yang hantu tu, kan?"
"Eh bukan-bukan! Mama Aiden tu orang yang bawa Aiden datang dunia ni. Mama Aiden tu juga kakak uncle."
Aiden mengerutkan dahinya. "Aiden ada mama, eh? Cantiknya mama. Aiden ada kakak tak?" Jari telunjuk kecilnya seakan mengusap lembut pada rambut hitam Melanie.
"Ada. Nama dia Charlotte."
Michael sekadar tersenyum. Aiden bertanya lagi. "Tapi kan, uncle. Kenapa Aiden tak pernah jumpa mama dan kakak? Mana mama dan kakak Aiden?"
Terdiam seketika. Semua memori bersama kakak kandung dan anak buahnya itu kembali menerjah fikiran. Setitis air mata gugur mengenai rambut Aiden.
"Uncle, why are you crying?"
Michael cepat-cepat menyeka air matanya. "Uncle pun dah lama tak jumpa mama Aiden." Aiden bingkas dari riba pakciknya itu. Tangan Michael ditarik. "Jom uncle. Jom jumpa mama!"
Michael mengeraskan badannya. Aiden jadi geram. "Uncle!! Jom laa." Kuat benar suara kecil itu menjerit. Darren yang terkejut mendengar jeritan Aiden pantas mendapatkan anak cucunya.
"Kenapa ni, Aiden?"
Aiden berpeluk tubuh. "Uncle tak nak bawa Aiden jumpa mama dan kakak!" Darren tergamam. Dapat dia lihat terdapat sebuah album di atas lantai.
"Tak apa. Jom atuk bawa Aiden." Ujar Darren apabila sudah memahami situasi di situ. Michael menjegilkan matanya memandang Darren.
"Yeayy! Atuk bawa! Jom uncle!" Aiden sekali lagi menarik lengan sasa milik Michael. Pemuda itu terpaksa mengikut kehendak anak buahnya. Kalau tak, meraung lagi. Nasiblah sayang.
"Fine.."
****
"Atuk, kenapa kita pergi kubur? Kata nak jumpa mama dan kakak. Bukan ke kubur ni tempat orang yang dah meninggal?"
Darren mendukung Aiden. Rambut anak kecil itu diusap. "Salah tu. Kubur ni tempat orang tidur. Tapi tidur diorang lama. Lama sangat."
Aiden mengangguk tanda faham. "Mana mama? Kakak?"
Michael mengeluh. "Mari uncle tunjukkan." Aiden diletakkan ke atas tanah. Pantas saja kanak-kanak berumur 4 tahun itu berlari mengikut Michael.
"Tu mama. Sebelah mama tu kakak."
Kubur yang dihiasi kuntuman bunga mawar putih yang segar itu ditunjukkan. Aiden terpinga-pinga.
"Tapi kenapa dalam gambar tadi tak sama? Mama ada mata, hidung, mulut. Kakak pun. Ni huruf 't' warna putih je."
Michael meraup wajahnya. Darren merapati mereka. Tersenyum si tua itu melihat riak muka Aiden.
"Mama dan kakak Aiden ada kat bawah huruf 't' tu."
Aiden semakin tidak faham. "Atuk kata diorang tidur. Macam mana nak bernafas? Kan kita kena bernafas."
"Daddy please..." Michael berharap sangat Darren memberitahu perkara sebenar kepada Aiden. Dia tidak mampu lagi untuk berada di kubur itu. Bila-bila masa saja air matanya akan jatuh.
Darren mengeluh. "Aiden, listen here. Your mum and your sister have passed away 4 years ago." Bahu kecil itu dipegang.
Kereta mainan ditangan Aiden terjatuh. Matanya berkaca. "Tapi..tapi..Aiden tak pernah jumpa lagi.." Air matanya gugur membasahi bumi.
Suasana sunyi.
"Tak adil atuk dan uncle dah jumpa tapi Aiden belum. Aiden tak kira! Aiden nak jumpa mama jugak! Orang lain ada mama, ada kakak, Aiden pun nak jugak!"
Kakinya menghentak-hentak tanah dengan kuat. Darren dan Michael menggaru kepala. Tak tahu macam mana nak hadap.
Anak kecil ini masih belum mengerti. Umur setahun dah jadi yatim piatu. Tak sempat nak kenal apa itu kasih sayang seorang ibu. Tak sempat nak rasa pelukan hangat wanita yang membawanya ke dunia.
Darren menjadi kelu melihat cucunya yang teresak-esak mahukan ibu dan kakaknya. Michael tersenyum. Satu idea muncul. Dia melutut ke tanah lalu memegang bahu Aiden.
"Aiden, can uncle ask you a question?"
Aiden yang menangis tiba-tiba terdiam. Air matanya diseka. Dia mengangguk perlahan-lahan.
Michael menarik Aiden secara lembut dan meletakkan Aiden di ribanya. "Aiden sayang mama dan kakak?" Anak kecil itu menangis semula apabila Michael menyebut mama dan kakak. Hatinya terlalu tisu.
"I ask you one more time. Aiden sayang mama dan kakak?" Darren hanya memerhatikan mereka. Tidak mahu mencampur tangan. "S-Sayang." Tersedu-sedan Aiden menjawab. Mana tak nya menangis je dia dari tadi.
"Kalau Aiden sayang, Aiden tak boleh macam ni. Mungkin Aiden tak nampak tapi diorang nampak Aiden. Mama mesti tak suka tengok Aiden menangis. Kakak pun sama. I'm sure they want you to be happy."
Aiden terdiam seketika. Air mata yang membasahi pipi dan tubir matanya diseka sekali lagi. Bibir kecil cuba dibentuk menjadi senyuman walaupun hatinya masih rapuh.
Darren menarik nafas lega. "Ni baru cucu atuk yang atuk sayang!" Aiden dipeluk oleh Darren. Suasana kini ceria kembali. Michael berdiri lalu memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.
"Nice work, son!" Bisik Darren kepada Michael membuatkan pemuda itu tersengih. Persis sengihan kambing. "Tengoklah siapa hehe."
Malas mahu melayan perangai Michael yang suka perasan itu, Darren berlalu dan mendukung Aiden. "Are you okay, sweetie?"
Aiden tersenyum. "Yes, i am." Tiba-tiba dahinya berkerut. "Tapikan atuk. Mana papa?" Darren terkesima buat kali kedua mendengar soalan itu.
"Aaa..papa eh? Hurm.."
"Is he dead too?" Pintar anak itu. Boleh membaca fikiran orang lain. Michael menyampuk. "Unfortunately, yes dear. He's..dead. I'm sorry for making you sad."
"Ouh, that's okay." Aiden turun dari dakapan Darren. "Kenapa uncle sedih? Bukan ke uncle yang cakap kita tak boleh nangis? Aiden tak nak papa nampak kita semua sedih. So, cheer up!"
Terkejut beruk Darren dan Michael. Sumpah budak ni boleh jadi kaunselor. Tak pun motivator ke. Baru 4 tahun tapi pemikiran tersangat matang.
"Jom kita berdoa untuk mereka bertiga." Ajak Darren. Dia memulakan doa dan diikuti oleh anak serta cucunya.
Aiden tersenyum sendiri. 'Mama, papa, kakak, tunggu Aiden kat syurga tau!' Hatinya berbisik. Ketika air mata tidak dapat ditahan, dia mendongak ke langit biru yang terbentang luas.
'Tunggu Aiden!!'
*****
YEAYYY HABISS !!!
Finally tamat jugak buku ni. Walaupun hanya ada 21 chapter je, tapi sis bahagia. Tak tahu kenapa :')
Thanks to all yang support sis hehe even jalan cerita macam entah apa je. Maaflah sis buat pun sebab i have nothing to do.
InsyaAllah maybe after this sis akan buat sambungan buku ke-2. Overall sis ingat nak buat tentang Aiden. Tapi entah la.
I'm sorry for late update cause srsly sis kekeringan idea. Ni pun baru je dapat tadi. I love u guys! Thanks! ❤️
YOU ARE READING
Bidadari Dalam Neraka [ completed ]
Random"..dia tu macam setan yang menarik seorang bidadari ke dalam neraka buatannya". ✨🌸 Kisah bermula apabila berlakunya pertemuan antara dua insan berbeza hati. Sakit. Tapi dialah suami. Harus penuhi segala kemahuan. Cemburunya tidak bernoktah. Sabarny...