[ETHAN POV]
"Nak cakap sesuatu?" Aku cuba tanya dia elok-elok.
Melanie diam. Dia geleng. "Tak ada. Nak cakap apa?"
"Mintak maaf ke jujur dengan aku ke..". Biar betul sundal ni? Dahlah tipu aku, lepas tu tak jujur. Apa nasib aku dapat isteri teruk seteruk dia?
"Mintak maaf? Jujur? Tak..saya tak faham. Awak tengah cakap pasal apa ni?" Melanie memandangku. Muka tu aku lempang sedap jugak ni.
Aku melangkah mendekatinya. Aku peluk dia. Rapat. "Kau keluar dengan doktor tu, kan? Baik kau jujur dengan aku sebelum aku-"
"Ye. Secara jujur memang saya keluar dengan Mike. Tapi dia yang ajak saya". Melanie lemas dalam dakapan aku. Kena peluk tak suka. Kena cium tak suka. Haih..nak jadi romantik pun tak nak.
Aku mengucup dahinya "Kau ikut dia, kan? Kenapa kau tak tolak?". Melanie cuba melepaskan pelukan.
"Aku cakap kenapa tak tolak?!!" Aku lepas lantas aku mencengkam rambutnya. "Agh..sakit.." Dia mengerang.
Aku tolak dia atas katil. Tangan aku ralit membuka tali pinggang. Perempuan tak malu ni kena ajar cara kasar baru faham. Cakap baik tak nak ikut. Aku melibas Melanie. Tak puas aku libas lebih 3 kali.
"Ethan..sakit!!" terjerit-jerit dia. Aku tau pedih. Tapi aku terpaksa, sayang. Kalau tak kau akan liar selamanya.
Aku melibas lagi sampai nafas dan suaranya tersekat-sekat. "E-Ethan..aaakit..ber..hen..t-ti.."
Tali pinggang aku campak. Aku merapatinya. Banyak birat di badannya. Melanie tidak habis lagi menangis.
"Shush..dah. Jangan nangis lagi. Aku sayang kau. Sebab tu aku buat kau macam ni". Aku biarkan dia ubat sendiri sakit tu.
Keluar dari bilik, masih terdengar sisa baki tangisan Melanie. Aku tahu dia terseksa tapi dia yang mintak aku buat. Lagipun ni untuk kebaikannya.
*****
"Kenapa tak makan?" Ethan menjerkah.
"Tak ada selera" Aku sekadar menguis makanan dihadapan mata.
"Makan" Dia paksa. Aku still tak makan. Ethan merenung aku tajam. "Aku cakap makan".
"Ethan, saya tak ada selera so please". Ugh. Boleh tak sehari kau tak paksa aku? Semaklah.
"Tak payah nak mengada. Makan!!" Dia jerit. Eee..laki ni pun. Susah sangat nak faham bahasa.
Aku diam. Malas nak bertekak. Aku tak lawan salah. Aku lawan lagi la salah.
Tak tau bila masa dia bangun, tangan dia menggenggam lengan aku. Pergh. Rasa macam nak retak tulang aku. Eh salah. Rasa nak patah terus.
"Kau kenapa degil sangat?! Aku cakap makan, makan jelah!!" Dia tengking aku.
"Ethan..saya tak nak makan". Aku cakap bukannya dia faham pun. Buat bazir air liur je.
Tak cukup dia genggam tangan, dia lempang aku. "Menjawab je kerja kau!! Aku suruh kau makan sebab aku tak nak kau sakit!! Tu pun kau nak kena ajar ke?!!".
"Isk..isk.." Apa aku mampu buat? Nangis lah. Dia punya kudrat tu macam 10 orang lelaki berotot.
"Kau ni kalau boleh setiap hari menangis. Ouh..aku tau. Kau memang nak masuk hospital sebab nak jumpa doktor tu, kan? Cakap!!" Kena lagi. Apa dia ni hah? Mental?
Aku tahan sakit. "T-tak..tak ada selera..betul..tak t-tipu". Setan ni. Aku penat la ulang benda sama.
"Ah, kau!! Bohong je!! Bila nak berubah jadi jujur?!!". Ethan tolak kepala aku masuk dalam pinggan.
Aku ingat dah habis. Rupanya tak. Dia tendang kaki kerusi yang aku duduk sampai patah. Aku jatuh terbaring. Kepala tu aku cuba elak dari terhentak.
"Mampus je kan senang. Menyusahkan hidup aku" Ethan blah. Dia biarkan aku. Aku menangis seorang diri. Melayan jiwa yang meronta.
*****
Aku ambil telefon lalu mendail nombor mummy. Nak cerita masalah rumah tangga. Hope mummy sanggup tolong aku keluar dari neraka ni."Mummy.." - Melanie
"Hey..baby. What happened? You're sound sad" - Jennifer
"Boleh tak Mel mintak cerai dengan Ethan?" - Melanie
"What?!! Are you mad?!!" - Jennifer
"No. Mummy, Mel terseksa duduk dengan Ethan" - Melanie
"Tak boleh!! Sekali lagi Mel call mummy nak cakap pasal ni, siap Mel!!" - Jennifer
Mummy hang up. Tak sangka. Ini perangai mummy yang sebenar. Bila dah tiap bulan kena suap 198$, anak sendiri pun dia buat tak tau.
Siapa lagi aku boleh mintak tolong? Michael? Dia sambung belajar kat London. Daddy? Mummy control. Jane? Aku selalu susahkan dia.
Arghhh serabut kepala otak aku!! Tangan mencapai beg dan cardigan cream. Lepak luar lagi bagus.
Bukak-bukak je, Ethan. "Kau nak pergi mana?!!" Weyy..sejak bila dia balik? Bukan lambat lagi ke?
"S-saya nak ke-keluar" Aku tunduk. Tak nak hadap amarah Ethan.
"Kau nak keluar jumpa Mike, kan?!!" Ethan menengking. Biasa tu biasa. Tapi kita ni perempuan. Hati tak sekuat akar pokok.
"Haah. Memang!! Asal?!! Kau cemburu?!!". Pergh. First time aku lepas cakap. Aku mimpi ke sekarang ni?
Ethan berpeluk tubuh. "Oh. Dah pandai melawan, menipu, berlakon. Siapa ajar ni? Mike?".
"Kau ni sikit-sikit Mike. Dah cemburu cakap jelah". Tu dia. Bak kata nenek punya moyang, bila hati perempuan menjerit. Tapi aku rasa versi aku ni macam tak kena je.
Satu lempangan tak mesra hinggap di pipiku. Aku tak duga. Aku tak kesah. Ni tak sakit berbanding kena libas.
Dia heret aku. Sampai depan satu bilik, dia kuak daun pintu lepas tu dia tendang aku. F**k you.
"Kau duduk diam dalam ni. Aku tak sampai hati nak kurung kau, tapi kau yang merayap sesuka hati. Terima padah kau. Bye sayang~". Ethan mengunci bilik dari luar.
Aku melihat sekeliling. Gelap. Hanya diterangi lampu dari bawah pintu. Kipas tak ada. Begitu juga dengan lampu dan tilam empuk.
Rasa macam dalam penjara. But this is the worst.
"Ah..sorry lambat bagitahu. Welcome to the hell, my lovely b***h". Ethan meninggikan suaranya.
Aku serabai. Kusut masai. Macam orang tak ada tujuan hidup. Sungguhlah aku menyesal sangat-sangat sebab kahwin dengan setan malaun dayus tak guna bebal semualah.
Kalau boleh diputarkan balik waktu, aku takkan dan tak nak kenal dengan Ethan. Aku akan elak seberapa banyak kemungkinan tentang dia. Kalau bolehlah...
YOU ARE READING
Bidadari Dalam Neraka [ completed ]
Random"..dia tu macam setan yang menarik seorang bidadari ke dalam neraka buatannya". ✨🌸 Kisah bermula apabila berlakunya pertemuan antara dua insan berbeza hati. Sakit. Tapi dialah suami. Harus penuhi segala kemahuan. Cemburunya tidak bernoktah. Sabarny...