Tujuh Belas

1.8K 64 8
                                    

"M..ma..mma"

Aku mencelik. Suara siapa? Ah..khayalan saja. Aku cuba untuk tidur semula. 

"Mmaa..mamamm"

Erk! Bunyi lagi. Aku bangkit. Melangkah ke baby cot. Alalalaaa comelnya anakku. Dah pandai bercakap. Pejam celik pejam celik diorang dah masuk 9 bulan.

"Siapa panggil mama tadi?". Aku bertanya. Aiden membalas girang. "Ma..mmma!". Rasa nak nangis je tau sekarang ni. Punya terharu tu..pergh!

Aku memandang ke arah Charlotte. Dia masih diam bermain air liurnya. Tidak seperti abangnya yang sedari tadi berbunyi. Lambat-laun pandailah dia bercakap.

Ting!

Serentak itu aku memandang telefon yang berbunyi. Menandakan ada pesanan ringkas masuk. Aku mencapai lalu membaca mesej itu.

From : Dr. Mike Walker

Hey, babe! Good morning! Hari ni saya free. So, saya ingat nak bawa awak jalan-jalan. Macam mana? Setuju tak?

Reply to Dr. Mike Walker :

Kenapa saya je? How about babies?

Pelik! Bukan ke dia suka kat budak-budak tu? Ada apa-apa ke yang dia nak buat hari ni? Ish. Jangan-jangan.. Tak mungkin. Dia tu baik. Dia takkan buat benda teruk kat aku. Perhaps..? Telefon bergetar.

From : Dr. Mike Walker

Alaaa boleh lah..pleaseeee. Saya nak bincang satu benda yang amat penting. Tak boleh bincang kat rumah. Saya dah pilih tempat yang sesuai. About the babies, huh? Minta la Michael jagakan. Saya ambil awak kat rumah tepat pukul 8 pagi. No excuse! Bye!

Aku mendengus. Ni yang tak suka ni. Suka mengarah-arah orang. Hmmph! Tak apa. Kita tengok apa yang dia nak bincang. Kalau menyakitkan hati, aku campak masuk longkang. Tak pun aku cincang buat makanan ikan.

Jam dikerling. Mataku membulat. Pukul 7.50? Ada 10 minit lagi. Aku pantas menggapai tuala dan mandi. Pakaian aku main rembat. Tepek-tepek bedak. Sembur-sembur perfume. Calit lips balm perisa ceri sikit kat bibir.

Done! Melihat jam semula. 7.55 pagi. Good! Masih ada masa nak sumbat sarapan. Kaki pantas menuruni tangga. Michael kelihatan sedang membokoh salad buah-buahan.

"Hey, sis". Dia menegur. "Sup?" Aku membalas. Tangan lincah menyapu jem pada roti. Michael berdehem. "Kau pakai-pakai macam ni nak pergi mana?".

Aku diam. Mulut di sumbat roti. Dia bertanya lagi. "Kau cantik-cantik ni nak pergi mana?". Saja ditekan perkataan cantik.

 Aku tersenyum. "Nak keluar. Mike ajak. Jangan tanya dah. Aku sendiri pun tak tahu apa dia nak".

Jam Grandfather mengeluarkan bunyi sebanyak lapan kali. Itu tandanya masa menginjak pada angka 8. "Aku kena gerak dulu. Charlotte dan Aiden ada kat bilik, belum mandi. Kau jagalah diorang. Buat apa yang patut".

Aku melangkah laju ke pintu utama rumah. Michael melaung "Beres, bos!". Aku tak membalas. Kasut disarung dan terus menapak ke pagar. Tak perlu tunggu lama. Satu minit je, kereta Mike sudah tersadai dihadapan pagar.

Aku masuk ke perut kereta tanpa banyak bunyi. Kereta dipandu Mike pantas menyusuri celah-celah kenderaan lain.

Tak sampai 10 minit, kami tiba di sebuah tasik. Aku mengerut dahi. Sejak bila tasik seindah ini wujud di kota New York? Setahu aku, setiap pelusuk kota New York ni aku dah teroka. 

Mike diam sejak dari rumah. Aku tak berani tegur sebab muka dia sangat-sangat serius. Mana dia pergi aku ikut. Bukan takut, tapi..

"Melanie.." Mike memanggil. "Sit here". Dia menepuk-nepuk disebelahnya. Aku teragak-agak sebenarnya. Kaki ni yang ikut segala kehendak Mike.

"M-Mike". Aku memberanikan diri. Dia memandang. "Awak nak bincang apa dengan s-saya?". For the first time in forever, aku terasa situasi ni agak janggal walaupun kitorang dah banyak kali keluar sama-sama.

Mike diam selama 2 minit. "Okey. Saya nak cakap ni. Awak jangan potong, cantas, menyampuk, mencelah atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu proses untuk saya bercakap. Ada faham?".

Aku sekadar mengangguk. Dia tarik nafas. Kemudian hembus. Dekat 30 saat dia buat benda tu je. Gemuruh sangat ke?

"Saya dah lama taruh hati kat awak. Sejak awak masuk hospital lagi. Saya tertarik pada kecantikan awak, personaliti awak, semua saya suka. Kalau awak nak tahu, saya ni dah kahwin sebenarnya. Tapi isteri saya mintak cerai dan dia sekarang ni jadi isteri untuk sepupu saya. Pada mulanya saya tak nak kahwin lagi. But now, it's a miracle for me. Saya tengok awak ni baik je tapi dapat suami teruk macam Ethan tu. So, saya tekad akan dapatkan awak dan jaga awak. Dalam erti kata lain, saya nak jadi suami kepada Melanie Kingsley dan ayah kepada Aiden McWilson serta Aiden McWilson. Saya dah lama nak tanya soalan ni" Lembut sahaja Mike menyusun dan menutur kata.

Aku memerhati gerak-geri pemuda dihadapanku. Dia tercari-cari sesuatu di dalam poketnya. Dia tersenyum.

"Would you be my angel? I choose you cause I love you so much, dear. Please accept my propose although I'm not sweet as honey".

Aku terpempan. Sejauh inikah dia mahukan? Oh god. Patutkah aku terima lamarannya? Aku takut Ethan akan sedih dan tertekan. 

Walaupun Ethan tu teruk perangainya, aku masih tak nak sakitkan dia. Tapi dalam masa yang sama, anak kembarku perlukan ayah yang baik dan menyayangi sepanjang tempoh mereka membesar.

Aku memandang cincin permata bertatahkan berlian. Ya. Aku dah buat keputusan. Keluarga mesti diutamakan.

"Yes, I would like to be your angel"

*****

Pisau dikeluarkan. Aku mendekatkan bilahnya ke hidung. Walaupun darah pada pisau itu sudah kering, bagiku teramat segar.

Sekali pandang dah macam orang ketagih gam. Tapi aku ni ketagih bau darah.

Mata tertancap pada pasangan kekasih di tepi tasik. Padanlah pun. Melamar rupanya. Eh jap. Aku mengecilkan mata memfokuskan pandangan.

Is that..my..wife? Isteri aku..kena lamar? T-Tapi aku tak ceraikan dia lagi. F**k la. Satu idea timbul. Aku menyeringai lalu memandu kereta ke rumah Darren.

Aku melangkah masuk senyap. First, cari anak aku. Second, culik. No ambil anak aku. Third, lari ke tempat lain tanpa dikesan.

Kat mana ek? Ah! Tangga! Semestinya diorang kat atas. Tidak berderap sedikit pun.

Pintu bilik aku kuak secara random. Kalau betul tepat bilik Melanie, bagus. Kalau kena bilik Darren atau Michael, alamatnya balik kaki tempanglah.

Aku melihat isi bilik tersebut. Aku dapat rasa ini bilik dia walaupun tak pernah tau.

Mataku tertarik pada baby cot. Aku berjalan perlahan-lahan. Yes. That is my children. Huaaa rindu rindu rinduuu.

Hmm tidur pun comel. Persis wajah Melanie. Aku mendukung lembut Charlotte. "Hey baby. Remember me, your father?".

Tiba-tiba Aiden menangis. Aku dah gelabah. Apa silapnya aku pegang, Charlotte pun nangis.

Sh*t. Macam mana ni? Aku dah lama tak pegang bayi. Taram je lah. Aku tekup mulut Charlotte guna tangan kekarku.

Menggelupur budak tu. Argh!! Apa aku dah buat? Aku cuba dodoikan. Tak menjadi.

"Charlotte, Aiden! Uncle coming right-" Michael terkedu melihat situasi itu. Aku terlepas Charlotte dari dukungan akibat terkejut.

"Charlotte!!!"

--------------------------------------------------

Vote la ini cerita. I know cerita ni dah makin hambar. Byk sgt dah lari dri plot.

Tpi takpe. Author cuba utk elokkan balik jln cerita.

Btw spoil kejap. Ade lagi 3 chapter dan 1 ending.

Tak nk buat byk sgt nnti korang dh jemu n author takde idea. At last, terkubur mcm tu je cerita ni.

Anyway, please vote! ✨

Bidadari Dalam Neraka [ completed ]Where stories live. Discover now