Persis orang gila, Ethan menampar muka dan menoreh kaki dirinya sendiri. "Sayang pergi mana?" Dia mengelap hingus yang mengalir keluar dari hidungnya."I miss you so much. Don't you see it?" Dia terus-menerus menoreh kakinya yang berbulu. "Aku cakap..aku rindu kau..sayang dengar tak?" Dia bertanya seolah-olah Melanie di situ.
"Aku cakap aku rindu kau!! Aku tanya kau kenapa kau tak jawab?!!" Suaranya yang sebak dirundum kecewa kini bertukar kuat seakan singa mengaum kelaparan apabila pertanyaannya tidak dijawab.
Pisau yang berdarah dibaling ke dinding langsung darah terpercik di situ. Benar. Biliknya kini kotor dan berbau hamis. Tapi ada Ethan kisah?
Tidak.
Dia hanya fikir tentang Melanie. Dirinya yang tidak terurus seakan gelandangan di tepi jalan. Dia dahulu yang menolak kasih suci Melanie kini meroyan menagih semula kasih yang telah luput ditelan kebencian.
Ethan bangun dari lantai. Dia tekad mencari cinta hatinya walau di mana saja. Dia berjalan keluar dari bilik tidur dan berhenti di hadapan cermin. Pantulan cermin menunjukkan badannya yang kurus, muka sedikit cekung, rambut kusut sekusut jiwanya dan pakaian sama yang dipakainya semalam.
Melihat dirinya sebegitu, terdetik juga untuk membersihkan diri. Tetapi niatnya terbatal apabila terdengar satu suara yang sangat halus di telinga. "Kenapa kau perlu mandi? Melanie pasti akan sayang akan kau tak kira macam mana pun diri kau."
Dia tersenyum. Betul. Melanie mesti sayang dia dengan seadanya. Ethan pantas mencapai kunci kereta lalu memandu seperti orang hilang arah. Dia tidak tahu Melanie di mana tetapi mahu juga mencari.
Ethan memberhentikan kereta di sebuah perhentian bas. Tingkap diturunkan lalu bertanya kepada seorang wanita yang tidak dikenali. "Kau nampak Melanie tak?" Wanita tersebut menggeleng. "Siapa Melanie? Saya tidak kenal. Maaf encik."
Ethan bengang. Dia keluar dari perut kereta lalu menghempas pintu dengan kuat. "Melanie tu isteri aku!! Jangan tipu!! Kau kenal dia kan?! Mana? Mana kau sorok dia?! Kau cakap sekarang!!"
Tamparan Ethan yang hinggap secara tiba-tiba di pipi wanita itu menggamatkan suasana di perhentian bas. Seorang lelaki mencampur tangan dengan menumbuk perut Ethan. Darah terhambur keluar membuatkan segelintir gadis di situ terjerit kecil.
Ada yang mahu menelefon polis dihalang oleh lelaki tersebut. "Dia kata dia tak kenal, kan? Kau punya masalah rumah tangga dengan bini kau jangan babitkan orang yang tak bersalah!!"
Ethan mengelap darah di mulutnya. Dia memandang lelaki itu dengan mata yang tajam. Lelaki tersebut menarik kolar baju Ethan lalu menjerkah. "Aku nak kau berambus dari sini. Aku cakap berambus!!" Ethan seperti kerbau dicucuk hidung, masuk ke dalam keretanya lalu memecut pergi.
Semua orang yang berada di perhentian bas menepuk tangan meraikan keberanian 'hero of the day' itu. Ada juga yang bertanya mengapa tidak perlu telefon polis? Lelaki itu tersenyum. "Tak perlu kerana di sini sudah ada polis." Dia menunjukkan lencana polisnya kepada orang ramai.
Wanita yang ditampar itu berterima kasih kepada polis tersebut kerana telah menyelamatkan dirinya daripada psiko gila yang sesat itu. Polis itu tersengih malu.
"Tak mengapa. Saya hanya menjalankan tugas seorang polis New York."
*****
Pintu klinik ditolak dari dalam. Mike membantu Melanie untuk berjalan. Masakan dia boleh berjalan betul apabila kepalanya telah dihantuk benda yang keras dengan kuat. Apabila ditanya, Melanie hanya menggeleng tanda tidak tahu.
Melanie terpaksa menipu. Dia bukan sayang. Cuma dia kasihan akan Ethan. Ya. Dia mudah kasihan akan seseorang. Walaupun seseorang itu telah membunuh bayi perempuannya.
YOU ARE READING
Bidadari Dalam Neraka [ completed ]
Random"..dia tu macam setan yang menarik seorang bidadari ke dalam neraka buatannya". ✨🌸 Kisah bermula apabila berlakunya pertemuan antara dua insan berbeza hati. Sakit. Tapi dialah suami. Harus penuhi segala kemahuan. Cemburunya tidak bernoktah. Sabarny...