"Mana sial perempuan tu?!!" Aku menjerkah membuatkan pelanggan di meja sebelah tersembur air.Aku pandang dia. Tak. Aku jeling dia. Tak ada masa nak layan beruk. Sendiri tersembur air, aku pulak dia nak marah.
Jam di tangan dikerling. Tadi ibu mentua aku janji punya manis pukul 8 sharp! Tapi ni dah 8.45!
Aku mendengus. Terdengar gelak tawa. Menyampah so aku letak kepala atas meja.
Tak tahan sangat bila gelak tawa tu makin kuat. Biasanya orang gelak aku tak kisah langsung.
Tapi yang ni..mengganggu! Jiwa, raga, hati, otak, fizikal, rohani, mental.. semua diganggu.
Aku angkat kepala, nak tengok siapa empunya suara. Mata terbeliak. Aku pantas meninggalkan meja menghampiri pemilik tawa itu.
Ada budak main tengah jalan aku tolak je ke tepi. Nangis tak silap. Mampus la kisah apa aku. Bukan anak aku pun.
"Sayang.." Aku menegur. Wanita itu terkejut sangat-sangat bila melihat wajahku. Stroller disebelahnya aku intai.
Ah..anak ayah..rindu..
"Sayang..dah tak ingat abang, ke?" Lembut sahaja aku menutur kata. Tak nak sakitkan dia.
"Mana mungkin aku lupa. Please. Jangan kacau aku lagi. Aku cakap baik-baik ni. Pergi la".
Terasa jiwa ni di toreh-toreh menggunakan pisau yang dibakar. Perit, pedih, sakit!
"Sayang..please. Don't be like this. Ki-Kita mula hidup b-baru, nak?"
Melanie diam. Aku bertindak menarik lengannya. "J-Jom lah". Mike bangun menahan dadaku.
"Wowowo..not so fast, b***h. Kau tak dengar ke dia cakap apa tadi, huh? Dia tak nak means dia tak nak. Apa ke degil sangat kau ni?".
Aku rasa panas. Bengang aku tak surut sejak dari aku kenal dia. Memang mencabar kesabaran setiap sel aku.
"Jangan ganggu boleh?! Kau tak ada haklah nak tahan aku!! Kau ni siapa sangat hah?!! Setakat doktor perubatan, bersepahlah!!".
Dia tersengih. "Aku bakal husband dia. And she's my future bride". Aku terkesima.
Wait. Apakah? Sorrylah. Sel-sel otak tidak memberi kerjasama pada masa begini.
Mike tersengih macam kambing lagi. Geli la aku tengok. "Kenapa? Terkejut? Kira aku ada haklah nak tahan kau, kan?".
Hati aku rapuh bila tengok Melanie hanya tertunduk. "F**k!!". Meja customer di belakang aku sepak.
Suasana sunyi menyepi. Masing-masing melihat adegan yang sedang berlaku. Pisau telah aku keluarkan dari poket.
Terus aku acu pada leher Melanie. Satu jeritan berkumandang. Aku menjerkah. "Shut up or you'll be the next target!!".
Mike pada mulanya agak cuak. Tapi lepas tu tenang je. Haa..aku pulak cuak ni.
Dia mengambil secawan kopi di atas meja. Aku meninggikan suara "Kau nak buat apa, hah?!!".
Mike menjongket kening. "Aku nak minumlah. Tu pun nak kecoh". Aku diam.
Secara pantas, Melanie ditarik ke dalam dakapan Mike setelah air kopi itu disimbahnya tepat pada muka hensem ini.
Pisau terlepaslah sebab pandangan mata diganggu. Alah. Korang pun tau, kan?
"Melanie..why..kenapa sayang curang? Abang tak pernah curang. Kenapa?". Ya. Aku perlukan penjelasan.
Dia diam lagi. "Hei perempuan!! Aku tanya, kan?!! Jawablah!!". Kali ni aku bertindak memegang pipinya.
"Lepas..lah..sakit!!" Melanie meraung. Tanganku pantas ditepis Mike. Dia menikam anak mataku.
"Don't you ever touch my future wife with your dirty hand. Not even my future children. So get lost".
Sakit mata ini memandang. Korang suka ke orang lain selain family peluk isteri atau suami korang? Gila la kalau suka.
"Shh..Melanie, dear. Sayang okay?" Mike mengusap pipi wanita agung milikku. Melanie mengangguk.
Baru sahaja aku nak bertindak lebih agresif, tubuhku ditarik oleh pegawai keselamatan. Aku cuba melepaskan diri tetapi mereka lebih ramai.
"Melanie!! Aku akan kejar kau sampai aku dapat!! So get ready to meet me, sugar!!". Aku menyeringai. Persis psiko. Aku kan memang psiko walaupun tak declare.
"Psiko akan dapatkan apa yang dia nak. Ingat tu!!".
*****
Jennifer memandang kiri dan kanan. Sambil itu disumbatnya duit ke dalam beg. Duit yang diterimanya daripada Ethan.
Huhuh. Tak sangka. Lelaki macam dia mudah dipermainkan. Tersenyum-senyum aku tatkala menghidu bau duit. Ah! Wangi! Puas!
"Mana awak dapat duit sebanyak tu, hah?". Jennifer mendengus. Sibuklah jantan ni.
"Adalah" Pendek jawapan yang dia berikan. "Ethan, kan?". Darren meneka. Jennifer diam.
"Awak ni. Mata duitan betul. Mula-mula duit saya awak kebas. Lepas tu duit menantu pulak. Apa jenis setan dah masuk badan puaka awak ni, hah?".
Dia menutup zip beg. "Jangan sibuk nak jaga tepi kain orang boleh tak? Just mind your own business".
Dijelingnya Darren sepuas-puas hati. "Kau buat apa kat sini? Blahlah. Ni bilik private aku".
Tak sedar diri betullah betina ni. Dahlah duduk rumah aku. Duit aku semua dia nak kebas. Ada hati nak halau-halau aku pulak.
"Awak nak pergi mana? Tak boleh ke sehari duduk kat rumah?" Darren menahan Jennifer. "Aku cakap jangan kacau life aku. Kau tak faham ke?!!". Jennifer menengking Darren.
Perempuan itu melangkah keluar. Si suami menggeleng. Haih. Apa nasib aku dapat bini kedua degil nak mati?
Melanie memasuki perkarangan rumah. Dapat dilihat Jennifer sedang membebel ditelefonnya. "Michael, take your niece and nephew inside. I need to take care of something".
Dia menyerahkan anak-anak kepada Michael yang muncul di pintu pada masa yang tepat. Michael mengangguk tanpa banyak soal.
Melanie mengambil peluang untuk mencuri-curi dengar setiap bait-bait perbualan ibu tirinya. Nampak serius je. Tergerak pulak hati ni nak on video recorder. Mana tahu boleh guna nanti.
"Kau diam!!"
"Aku cakap aku buat, aku buatlah!! Aku tak janji boleh buat dalam masa terdekat!!"
Peliklah. Buat? Buat apa? Melanie ingin tahu siapa gerangan yang berbual bersama Jennifer.
"H-Hei. Mana kau tahu? Cakap!! Siapa bagitahu kau?!!"
Sudah. Tadi buat. Ni tahu pulak. Mengarut sial ibu tiri dia ni. Patutlah. umur dah 50 lebih. Dah nyanyukss.
"Memanglah aku yang bunuh. Tapi kau diam-diam jelah"
Uish. Bunuh?
"Kan aku dah cakap!! Aku yang bunuh Lilly Brown!! Apa yang kau tak puas hati?!!"
Aku menekup mulut. J-Jennifer yang bunuh? Seriuskah ini?
"Baik kau tutup mulut. Kalau tak, aku takkan tolong kau"
"Ok, kita deal. Kau diam tentang pembunuhan Lilly Brown, kau akan dapat dia. Kau bukak mulut, aku takkan teragak-agak untuk bunuh dia. Faham?!!"
Melanie menamatkan rakaman itu sebaik sahaja Jennifer meletakkan panggilan. Jennifer keluar dari perkarangan rumah.
Kaki Melanie pantas melangkah ke dalam setelah melihat perempuan itu hilang. Pintu dikuak.
"Daddy!! I know who is mummy's killer!!".
YOU ARE READING
Bidadari Dalam Neraka [ completed ]
Random"..dia tu macam setan yang menarik seorang bidadari ke dalam neraka buatannya". ✨🌸 Kisah bermula apabila berlakunya pertemuan antara dua insan berbeza hati. Sakit. Tapi dialah suami. Harus penuhi segala kemahuan. Cemburunya tidak bernoktah. Sabarny...