Enam Belas

1.9K 70 1
                                    



------------------------------------------------------------------------------------------


"K-Kau tipu aku?" Ethan terkesima. Sungguh tidak menyangka. Susah payah dia dapatkan duit yang banyak, dengan harapan dia akan dapat Melanie semula.

Tawa Jennifer meletus. "Aku tak tipu kau. Kau yang terlalu bodoh percayakan aku". Apa Jennifer tau? Kebas duit orang lepas tu lari. Tak pernah dihimpit kesusahan memang macam ni la jadinya.

"Bak balik duit aku la setan!!" Meja dihempas kuat. Terhenjut bahu Jennifer. Jelas kemarahannya menghampiri had.

Jennifer menjuih bibir. Menjongket keningnya separuh. "Kalau aku tak nak?". Ethan meraup wajahnya yang merah. "Kau tahu tak mana aku dapat duit tu?!!".

Rasa nak lempang-lempang je muka ibu mentua dia ni biar jadi lempeng. Jennifer senyap. Dia pun mungkin agak curious.

"Aku ambil duit syarikat bapak aku!! Semata-mata nakkan Melanie!! Tapi kau. Kau yang hancurkan segala-galanya!!" Ethan menunding jari ke arah wanita lewat 50an di hadapannya.

Jennifer masih tenang. "Sebab tu aku cakap kau tu bodoh. Murahnya kepercayaan kau, kan? Sikit pun tak pernah nak selidik apa sebenarnya yang aku rancang". Ethan terdiam.

Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan. Bijak jugak dia pilih tempat duduk yang agak privasi. Jennifer kembali memandang menantunya.

"Rancangan aku adalah mengaut harta kekayaan Darren Kingsley selepas aku bunuh isterinya, Lilly Brown. Aku tak expect pun yang Melanie nak kahwin dengan orang kaya. So, why not aku kebas duit laki dia sekali, kan? Ye lah. Semua lelaki dalam dunia ni bodoh. Mudah sangat tunduk kat perempuan. Lagi-lagi macam aku. Bila aku dah kumpul duit yang aku rasa cukup, aku akan bunuh Darren dan Michael. Aku tak sampai hati nak bunuh Melanie sebab kau kan perlukan dia. Lagi satu, nanti aku nak kau jadi my partner-in-crime. Aku akan selamatkan kau daripada dikesan polis".

Ethan pantas mengangkat kepala "Are you serious?". Jennifer melihat telefon pintarnya. "Asal? Kau nak ke tak nak? Tawaran aku ni untuk hari ni dan waktu ni je".

Pemuda itu senyum. Penyakit psikonya datang menyinggah. Pisau lipat dikeluarkan. "Pandai kau memanipulasi otak aku, kan? Cukuplah aku dipermainkan sekali".

Jennifer menelan liurnya. Kedua belah tangannya direntap. Kemudian, Ethan menoreh perkataan 'STUPID' dan 'F**K' pada lengan wanita itu.

Ethan bertambah suka apabila Jennifer tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Mulut perempuan itu seakan terkunci sendiri. Lepas toreh kat tangan, Ethan toreh huruf 'X' pada kedua belah pipi mangsanya.

Jennifer menahan sakit. Habis lengan dan wajahnya dikerjakan Ethan. Pisau lipat kembali ke dalam poket. "Not bad huh my arts?". Sempat lagi dia menilai hasil kerjanya. Ethan bangun.

"Untuk pengetahuan kau, aku ni ada skill dalam bidang seni. Bukan atas kertas atau kanvas. Tapi atas kulit manusia. Nanti aku datang jumpa kau lagi. Biar aku buat kat belakang, kaki, aset kau, semua aku hiaskan. Aku guna pisau lagi besar. Lagi besar lagi sedap, kan? Oh ya. Aku tak kisah pun la pasal rancangan kau. Pergi mampus la dengan segala angan-angan kau tu".

Ethan meninggalkannya dengan deraian ketawa. Ketawa yang amat menyeramkan. 

*****

Tersembur air teh dari mulut Darren. Aku dah agak. Pasti dia akan terkejut.

"Mel pasti ke dia yang bunuh. Mel tak ada-"

Aku memintas kata "Bukti? I know you want an evident so I.." Aku mencari-cari telefon di dalam beg. "..record this video. Take a look".

Video yang berdurasi 3 minit itu ditonton Darren dengan penuh khusyuk. Tamat sahaja rakaman itu, dia terlopong.

"Selama ini daddy kahwin dengan pembunuh mummy. Teruknya. Bodohnya. Butanya daddy".

Aku sedih. Aku ni jenis tak suka tengok orang yang tak bersalah salahkan diri sendiri padahal bukan salah dia pun. Faham tak?

Darren pantas bangun lalu mengambil pisau. Dia mengacu pada lehernya.

Aku merampas. "Daddy!! What you want to do?!!". Dia menangis.

"Please. Give me the knife. Let me kill myself. Daddy ni tak layak untuk hidup".

Dia terus merayu. "Daddy, stop it!! I can't let you kill yourself!!". Aku menyimpan pisau ke dalam laci.

Darren menyeka air mata. Aku mendapatkannya. "Mel nak tanya. Do you love me? Do you love Michael? Do you love your grandchildren? And..do you love your wife, Lilly?".

Dia mengangguk perlahan. Aku memeluknya. "So, don't be a suicide. Please. Do it for your family".

Michael mengelek Aiden seraya datang menjenguk. "What happened here?".

Aku menggeleng. Dia memandang Darren yang menangis. "Don't lie to me. Aku dengar daddy nak bunuh diri. Betul ke?".

Aduu soalan cepumas. Ye ke cepumas? Tak kisahlah. Aku memandang Darren.

"Daddy, take a rest". Dia berjalan tidak bermaya ke biliknya. Terdengar pintu dikunci. Maybe he needs time.

Michael menarik kerusi. Aiden disuakan kepada aku. "Apa cerita yang aku terlepas tadi?".

"Kau tengoklah dulu video ni. Tak faham, tanya aku". Dia mengambil telefon ditanganku.

Aku sibuk main dengan Aiden. Charlotte mesti tengah tidur.

Hmm. Macam mana lah bila diorang dah besar nanti, kan? Dengan tak ada ayah, nenek. Keluarga tak sempurna.

"F**k!!" Michael mencarut. Aku tak suka bila orang cakap benda tak senonoh depan anak aku.

"Mind your words".

"Sorry. Hehe".

Michael kembali mengerut keningnya. Macam nak bercantum pun ada. "Is this true?".

Aku malas nak layan. Soalan bongok dia pergi tanya apa hal? "Eh tak lah. Tipu je semua tu".

"Mana kau dapat?" Dia bertanya. Alahai. Kenapa soalan bodoh kau tanya? Dah terang-terang aku yang ambil. Tak cam ke tempat dalam video tu?

"Aku beli kat kedai ikan. Dapat diskaun 30%. Murah tau".

Michael bengang. "Jangan main-main boleh tak?". Aku menjeling. "Orang tu yang tak serius nak salahkan kita pulak".

"Apa yang tak serius nya? Aku tanya sahih ke tak video tu? Mana kau dapat?". Eh, dia jeling kita balik.

Pikir cantiklah mata kau tu? Aku korek buat bebola mata celup tepung baru kau tahu.

"Wahai adik manis. Dah terang lagi bersuluh bahawa kakakmu yang cantik serta comel yang merakam itu video. Jadi kesimpulannya adalah video itu sahih lagi benar. Telah diisytiharkan bahawa-".

Michael mencelah "Dah dah. Cukup. Tak payah nak isytiharkan. Nanti meleret-leret sampai esok pagi pun tak habis".

Aku tersengih. Dia memulangkan telefon itu. "So, kau nak buat apa dengan video ni? Nak buat kenangan ke?".

"Kenangan? Kenangan yang menyakitkan? No of course. Aku cadang kita buat..."

Bidadari Dalam Neraka [ completed ]Where stories live. Discover now