Dua Belas

2.1K 79 4
                                    


"Bangun" Ethan mengejutkan Melanie. "Mm..". Melanie merengek kecil.

Tangan kekar itu menampar lembut pipi Melanie "Wake up. Open your eyes".

Melanie menutup wajahnya menggunakan selimut. "Hei!! Bangunlah!! Pekak ke?!!" tengking Ethan.

"Hish! Kecohlah..nak tidur pun susah.."

Rambut wanita itu ditarik. Apa yang seronok sangat tarik rambut orang pun tak tahu lah.

"Tidur je kerja kau, kan?!! Pemalas!!" Tempelak Ethan. Melanie memegang kepalanya yang pijar-pijar.

"Awak ni dah kenapa?! Bising je!!"

"Aku nak pergi kerja" ujar Ethan. "Pergi je lah!! Nak pergi mati pun saya tak kesah!!". Melanie meninggikan suara.

"Mulut tu..eish!!" Tangan diturunkan. Tak baik ikut hawa nafsu dipagi yang indah dan cerah. Langkah dibuka ke pintu bilik.

Melanie mengerling ke arah baby cot. Kenapa anak-anak masih ada kat sini? Kenapa tak bawa sekali? "Why the kids still here? Don't you need to bring along?".

Ethan mengeluh. "Hari ni kau jaga. Pengasuh diorang kemalangan. Bersyukur sikit aku bagi peluang. Kalau ikutkan nak je aku hantar kat rumah mummy".

"Asal tak hantar je? Takut? Takut mummy tanya banyak benda?" Melanie senyum sinis. Heh. Kecut.

"Kau jaga je boleh tak?!! Jangan banyak bunyi!!". Ethan mendengus kasar lalu meninggalkan mereka.

"Choi!!". Melanie bingkas dari katil seraya melangkah ke baby cot. "Hey, babies! I miss you so much!".

Dia mengelus lembut pipi gebu anak-anaknya. Terletus tawa dari bibir kecil insan muda itu. Melanie senyum. Satu titisan jatuh tepat pada hidung Charlotte membuatkannya tertawa.

"Hmm. Since now 8 a.m., why don't we bath? Nak tak mandi sekarang?". Aiden tergelak. Apa yang kelakar pun tak tahulah.

"Ibu ambil tu sebagai yes, ok? Charlotte nak tak nak kena ikut mandi sekali. No excuses!" Kembar tersebut senyum seakan faham kata-kata ibunya.

*****

"Melanie!! Where's the food?!! I told you to cook it for me!! Are you deaf?!!" Ethan bercekak pinggang. Kalah nenek aku.

"Awak tak cakap pun". Aku menekur lantai yang berkilat.

"Kau jangan nak menjawab!!" Ethan menajamkan matanya.

Aku mengangkat muka. "Memang betul pun. Lagi satu. Saya kan tengah pantang, mana larat nak masak untuk awak. Dah lah selera awak tu pelik".

"Kau tu isteri aku. Isteri buat cara isteri. Layan aku sebagai suami kau!!" Pandangan mata kami bertaut.

"Oh. Awak suami saya? Awak nak saya layan awak? Habis saya? Awak yang kena layan saya sebab keadaan saya yang tak berapa nak larat ni. Awak sendiri cakap saya ni isteri awak, kan?" Giliran aku pulak nak bercekak pinggang.

"Kau ni kenapa hah?!! Aku cakap layan aku, layan je lah!!" Tengking Ethan.

"Shut up your filthy mouth!!"

Tamparan penuh kemarahan dilepaskan Ethan. "Kurang ajar kau ni!! Ini kau kata kau tu ibu?!! Nanti habis anak-anak aku tak ada adab sebab kau!!".

Aku cuba menggapai lengan sasanya tetapi ditepis. "Tepilah!! Balik office lagi bagus dari cakap dengan kau!!". Ethan keluar dengan amarah yang meluap-luap.

Tubuh aku ditolak kasar kerana menghalang laluannya. "Blah kau!!". Sakit benar pinggang dan punggungku. Kereta mewah Ethan dah hilang dari perkarangan rumah.

Aku bangun untuk mendapatkan cahaya mataku. Melihat wajah comel dan putih itu, terdetik satu idea. 'How about aku keluar dari rumah ni dengan baby naik teksi pergi rumah mummy? Tak tahan duduk dalam neraka buatan setan'.

Terus dicapai beg baju lalu disumbat sebanyak yang mungkin. Tak ada masa nak lipat-lipat. Nanti tak pasal-pasal Ethan tu balik, mahu dibelangkung aku.

Setelah siap mengemas baju, aku mengendong Aiden dan Charlotte. Tunggu teksi dihadapan rumah mengambil 5 minit. Tu pun aku pandang kiri kanan mana tahu Ethan balik rumah awal.

"Encik, hantar saya kat Pittsburge Street, rumah nombor 13. Bawa selaju yang encik mampu" aku mengarah. "Baik, puan" pemandu teksi itu mengangguk.

"Shh..kejap lagi kita sampai rumah nenek atuk tau" ujarku kepada kembar tersebut. Faham tak faham lantak la.

Lepas 30 minit mereput dalam teksi, akhirnya sampai juga. "Puan, harganya 39$". Aku menghulur wang kepada pemuda itu. "Terima kasih, encik".

Dengan pantas aku keluar bersama anak-anak dan beg baju disisi. Punat loceng rumah ditekan. Pintu di buka. Aku menangis. "Mummy.."

*****

Pintu kereta dikuak. Udara di kawasan rumah dihirup. Mulut sedaya upaya mengukir senyuman. Nak jernihkan balik keadaan.

"Melanie!! Abang dah balik!!" Aku melaung. Tiada sahutan. Tak apa. Mungkin dia masih berkecil hati. Dapur dijenguk. Kosong. Kolam ikan. Kosong. Ruang tamu. Kosong.

Tempat terakhir yang aku yakin dia berada di situ. Senyap-senyap aku melangkah ke kamar tidur. "Sayang-"

Kosong juga. Sunyi sepi. Aku tak keruan. Baby cot pun tiada isi. Ah, sudah. Dia pergi mana? Hati tergerak nak buka almari.

Buka je aku tengok hanya sehelai dua sahaja baju Melanie yang tinggal. Baju Aiden dan Charlotte hilang. Tak tinggal satu pun. Dia lari ke?

"Shit!! Argh!!" Aku menjerit sepuas-puasnya. Melanie..mana kau pergi? Kenapa tinggalkan aku? Air mata berjujuran. Tak tahu kenapa jiwa ni rasa sedih sangat. Padahal aku sendiri tak suka dia.

Aku baring atas katil. Meraup wajah berpeluh akibat terlalu risau. Tak lama lepas tu aku tertidur. Tidur tanpa anak dan isteri disisi.

Esoknya, aku membuka mata perlahan-lahan. Menoleh ke sebelah. Masih kosong. Aku bangkit. Melihat diri dari biasan cermin. Tak terurus. Tuala dicapai lambat lalu berlalu ke tandas.

Siap mandi, aku keluar dari kamar mandi. Tiba-tiba terdengar esakan bayi. Serupa bunyinya dengan tangisan kembar sepasang milikku. Aku menoleh ke katil. Seakan tidak percaya. Mata digosok berkali-kali. Ya, dia di situ!

Aku pantas berlari mendapatkan Melanie yang sedang mendodoikan Aiden dan Charlotte. Aku mengucup ubun-ubun wanita itu dengan penuh kasih. "Sayang..I thought I've lost you, dear".

Melanie tergelak kecil. "Abang..apa abang cakap ni?". Aku menangis dalam kegembiraan. "Akhirnya sayang dan anak-anak kembali ke pangkuan abang". Aku terus-menerus mengucup dahi Melanie dengan mata terpejam. Nak menikmati lah katakan.

Aku menarik Melanie ke dalam pelukan. Dahiku berkerut. Mata dibuka. Memandang sekeliling. Mana Melanie? Mana Aiden? Mana Charlotte? Tadi ada kat sini. Ah, itu hanya khayalan.

But why? Why does it feel so real? Mata aku kembali menghamburkan air. Beginikah rasa keseorangan dalam berumah tangga? Pedih. Sangat pedih. Setiap saat menikam jiwa aku kerana terlalu rindu akan mereka.

"Melanie..please come home. I need you, sayang. Aiden, Charlotte..daddy miss you guys so much.."

Bidadari Dalam Neraka [ completed ]Where stories live. Discover now