IL - 08

835 92 0
                                    


Author's POV

" Aww , cutenya kau ni-". Tangan Jungkook naik memicit pipi Suyeon yang memerah.

" Ee j-jangan la ! ". Cepat sahaja tangan Jungkook ditepis buatkan Jungkook tergelak.

" Kau kenapa ? Malu ? ". Jungkook senyum menyakat.

" Mana ada ! ". Bentak Suyeon. Nuh , jantungnya berdetak laju macam baru habis marathon.

" Ala alaa... Malu cakap je laa. Malu tapi mahu Hahah ". Sakat Jungkook lagi.

Suyeon menjeling Jungkook tajam. Kan , dah cakap. Lelaki ni memang ada je benda nak kena kan dia.

" Anyway , pasal cantik tu kalau kau percaya memang kau bodoh la. Kau fikir muka handsome macam aku ni logik ke nak cakap muka kau yang macam sajat ni cantik-"

Suyeon membulatkan matanya.

" -tapi pasal muka merah kau tu memang cute. Macam bontot monyet "

Sekali lagi Jungkook berdekah.

Naik merah muka Suyeon. Kalini bukan sebab malu. Tapi marah.

Berani kau mencabar Suyeon si ratu cantik 2018 kategori orang asli!

Ini tidak patut dibiarkan!

Satu penghinaan yang yang akan membawa kemusnahan pada cucu cicit akan datang!

Suyeon bangun. Niat nak keluar dari situ. Tapi pantas tangannya dipegang Jungkook.

" Marah ke ?? Aku gurau je ". Kata Jungkook diakhiri dengan tawaan kecilnya.

Suyeon menoleh.

" Tak lah ! Tak marah ! Saya suka ! Suka awak cakap muka saya macam sajat ! Suka dengar awak cakap muka saya macam bontot monyet ! SUKA sangat ! ". Marah Suyeon.

Jungkook terdiam.

Wajah bengis Suyeon dipandang.

" Lah.. kau suka ? ". Nada Jungkook bergetar menahan ketawa.

Dia masih dalam mood lawak hambar dia.

" Yah.. Jeon Jungkook ". Suyeon merentap tangannya. Apa lelaki ni gila ke dari tadi gelak tak habis.

" Apa ? "

" Awak nak apa sebenarnya ? ". Soal Suyeon sambil matanya memandang Jungkook atas bawah.

Pelik dengan perangai Jungkook.

" Aku nak kau ". Nadanya terus bertukar serious.

Suyeon mengangkat kening. Walaupun jantungnya kembali tak menentu tapi hatinya tetap kata itu satu lagi taktik Jungkook nak kenakan dia.

" A-apa awak cakap ni ? Demam eh ? ". Tangannya diletakkan di dahi Jungkook. Terus Jungkook menyambar tangannya dan menariknya sehingga badan Suyeon terdorong ke depan.

Terkedu gadis itu apabila wajah Jungkook kembali menghiasi matanya. Jungkook yang masih duduk diatas katil mendongak. Manakala Suyeon menunduk dengan mata yang keliru.

Mata bertentang mata~

" Mata kau... cantik ". Tanpa sedar , Jungkook menutur ikhlas dari sudut hati.

Seakan baru tersedar , Suyeon menolak bahu Jungkook sehingga tangannya terlepas dari genggaman Jungkook dan badannya terdorong beberapa langkah ke belakang.

" Cukup dengan jenaka awak tu. Tak kelakar- "

Suyeon pusing mahu beredar. Sampai di pintu dia berhenti.

" Cepat habiskan makanan awak. Saya tahu saya datang sini lagi , awak dah balik ". Terus sahaja pintu ditutup kasar.

Lama Jungkook merenung pintu itu. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

" Tak ada lah susah mana dia ni. Tch- "

***

Suyeon's POV

Aku berjalan meninjau kawasan sekolah sudah dekat setengah jam. Sejujurnya kaki aku penat. Pagi berlari. Petang jalan-jalan. kesian kaki aku.

Sempat juga aku bertemu dengan Suyeol yang melayan perempuan keliling pinggang.

Dia tu , aish.

Acah popular. Nak pergi supermarket mahu berteman jugak. Malang betul siapa yang jadi girlfriend dia.

Sampai sahaja dihadapan bilik kesihatan , langkah aku terhenti. Nak masuk atau tak ?
Pasti ke dia dah pergi ? Tak ke lawak kalau dia betul-betul dah balik. Ye la, macam anak yang mendengar cakap mak gitu.

Sreatt..

Perlahan aku buka pintu. Dan yes , katil itu kosong. Syukur. Pintu itu aku tutup semula dan kunci guna kunci tadi.

Aku pusing kebelakang.

" Omokamchagiya- Psh.. yahhh , sejak bila awak ada kat situ ? Terkejut saya tahu tak ".

Jungkook bersandar pada dinding dengan tangan yang berada dalam poket seluar tracknya. Matanya tak lepas pandang aku.

Dia ni hantu ke apa?

" Baru je ". Jawabnya singkat.

" Kenapa tak balik lagi ? Saya suruh awak balik kan ? "

Jungkook angkat kening.

" Kau mak aku ke sampai aku kena dengar cakap kau ? "

Aku memusingkan bola mata ke atas sambil mengeluh.

" Suka hati awak lah ". Aku melangkah pergi meninggalkannya di hadapan bilik kesihatan. Lantak dia sana lah. Aku kesah apa.

Sampai di bilik guru , terus aku pergi ke meja Mrs.Yongsun. Dia masih ada sedang menyemak fail sekolah.

" Yongsun seonsaengnim.. ". Dia mengangkat wajah. Senyuman manis diberikan kepada aku.

" Nae ? "

Aku hulurkan kunci padanya dan dia menyambut.

" Oh , nae terima kasih. Hara mana ? ". Soalnya lembut.

" Hara balik cepat. Ada emergency katanya-". Balasku.

" Ah... Oh ya Suyeon. Ni saya ada sesuatu ". Dua bungkusan dengan pembalut hadiah teddy bear dihulur pada aku.

" Apa ni ? ". Soal aku sebaik memegang dua bungkusan itu.

" Hadiah sempena awak menang tadi. Chukkahae! Ahh , yang lagi satu tu awak tolong passkan dekat Taehyung boleh ? "

" Em boleh-boleh. Terima kasih seonsaengnim ". Aku menunduk dan memberi senyuman manis sebelum melangkah pergi.

Laluan tadi aku ambil dan aku berhenti berjalan bila sedar Jungkook masih berdiri ditempat tadi.

" Awak buat apa ? "

" Berdiri ".

Aku memutarkan biji mata ke atas. Menyampah.

Aku kembali berjalan dan tiba-tiba sahaja rasa bahu aku berat. Macam ada benda duduk bertenggek atas bahu ni.

Aku toleh ke sebelah dan mata aku membulat bila wajah Jungkook ada di depan mata.

" Hantar aku balik ? "

TBC

A/N : Mianhae Mian Miann 🙏!! Mesti ada yang baca yang separuh jalan punya kan?? Saya ter-update tanpa check dulu (-,-||)
Sekarang natang oren ni dah pandai buat masalah dalam fon saya omh.

Sorry sangat-sangat

Kalau rajin saya akan update lagi. In sya Allah.

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now