IL - 30

691 82 6
                                    

Author's POV

Suasana bertukar janggal. Suyeon dan Suyeol sesekali melirik satu sama lain.

" Betul kamu tak nak tinggal dengan appa ? "

Suyeon menggaru kepalanya.

" Suyeon tak ada lah nak membantah , tapi sebab appa pun tinggal dekat luar negara. Kitorang pun tak biasa.. nak tinggal dengan appa "

Encik Han mengangguk faham.

" Tak apalah kalau macamtu. Tapi sebagai ganti , appa nak sumbangkan duit buat keperluan harian kamu berdua. Dan kamu berdua wajib terima , tak boleh menolak ". Tegas Encik Han.

Mahu tak mahu Suyeon hanya mengangguk tanda setuju.

" Dan lagi satu , kalau Suyeon atau Suyeol dah bersedia untuk tinggal dengan appa , appa alu-alukan sahaja kedatangan kamu. Okay ?? "

Suyeon tersenyum.

" Naee , gomawo appa "

***

Seminggu sudah berlalu. Memang setiap hari setiap kali balik sekolah Suyeon akan melawat ibunya. Cuma dia tak boleh lama sebab Suyeol masih ada dirumah.

" Hello~ baby girl~ ". Suyeon menoleh ke sebelahnya sambil kening diangkat pelik.

" Buat ape tu~ "

Suyeon melihat ke arah air mineral yang baru diminumnya tadi dan memandang Hyunjin kembali.

" Berak ". Langkah diatur pergi. Hyunjin sudah terkebil-kebil. Terus dia mengejar gadis itu dan berjalan disebelah.

" Weh weh wehh. Kasarnya bahasaa. Kenapa kau savage gila dengan aku ? Apa salah aku ?? Kau masih tak selesa pasal panjang bulu hidung aku ke ?—"

" Egh geuman— awak boleh tak jangan ganggu saya ? ". Suyeon menghentikan langkahnya seraya wajah lelaki itu ditatap geram.

Fuhhh rasa nak carik-carik je muka !

Hyunjin mengangkat kening hairan.

" Ganggu kau ? Mana ada aku ganggu kau "

" Habistu hampir setiap hari awak melekat dengan saya , tak nama ganggu ke tu ? "

" Ohhh itu kan namanya misi memikat hati kau. Sebab tu aku melekat dengan kau !"

" Ish apa-apa lah ! Dah mulai sekarang berhenti ikut saya, tegur saya , and everything yang melibatkan kita berdua ! "

Hyunjin tertawa kecil seraya kepala digeleng perlahan.

" Kenapa gelak ? Saya serius ni ! "

" Ya ya aku tau kau serius. Aku gelak sebab cara kau cakap tu macam kita ni pasangan kekasih yang nak break tau. And then muka kau tu takleh blah—"

" Kenapa dengan muka saya ?! "

" Tak , muka kau comel bila marah "

Suyeon mendiamkan dirinya. Muka dia comel waktu marah ? Lawak apakah. Tidak berkata apa-apa Suyeon kembali melangkah laju.

Hyunjin pula belum sempat nak ikut sudah ada seseorang yang mengetuk kepalanya dari belakang.

" Ayark ! Sakit ! ". Kepalanya digosok perlahan.

" Ha padan muka. Menggatal lagi dengan anak dara orang ". Seongwoo memulas botol yang digunakan untuk ketuk kepala Hyunjin tadi lalu dimasukkan dalam tong sampah.

" Sakit la bodo ! Ee kau ni macam ah tak pernah menggatal dengan anak dara orang ! "

" Memang tak pernah pun "

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now