IL - 05

868 99 5
                                    

Author's POV

Semua pelajar M&M High School memenuhi ruang dataran. Ada yang berborak, makan, sakat menyakat, tak lupa yang siap sedia stretching untuk acara nanti.

Tiga orang anak M&M Highschool yang menjadi pujaan ramai duduk dibahagian tepi dataran. Seperti biasa , berborak perkara yang tidak berfaedah.

Dua orang pelajar yang baru sampai menarik perhatian mereka bertiga.

" Y-yooni..". Tergagap-gagap Jimin menutur nama Yooni yang lengkap berpakaian sukan. Disebelahnya pula Suyeon.

" Kook , baru aku ingat nak tanya kau. Budak sebelah Yooni tu ke yang tarik beg kau ritu ?". Soal Jimin sambil menyenggol lengan Jungkook.

Jungkook angguk. Matanya melirik pada Suyeon. Bibirnya tersenyum sinis. Mesti perempuan tu tak kenal dia siapa lagi pada waktu itu. Ikut suka hati je tarik beg dia.

" Apa kata kau try dia? ". Cadang Jimin.

Jungkook mengangkat kening memandang Jimin.

" Dia ? Oh please , no. Dia bukan taste aku-". Jawab Jungkook menggeleng.

" Alah aku bukan suruh kau jatuh cinta dengan dia pun. Just try macam kau buat kat perempuan lain. Bila dah ngam kau tinggal lah dia. Ye dok? " Sekali lagi Jimin menghasut.

Taehyung diam memandang Suyeon dari jauh. Badannya disandar pada dinding.

Tiba-tiba sahaja Suyeon terlanggar seseorang dan makanan orang itu jatuh. Perempuan yang dilanggarnya itu marah. Marah sangat.

Taehyung kenal perempuan tu.

Sangat kenal.

Park Rina.

Siapa sahaja tak kenal. Park Rina , si queenka tak bertamadun M&M Highschool. Perangainya yang gedik dan berlagak kalah datin itu buat semua orang kurang selesa dengan dia.

Termasuk Taehyung.

Lagi-lagi bila perempuan itu mahu memikat dia dengan kecantikan yang dia ada. Taehyung meluat.

Tertunduk-tunduk Suyeon meminta maaf. Rina menolak bahu Suyeon sehingga dia terdorong ke belakang.

Yooni cuba untuk lepaskan marah pada Rina tapi Suyeon menghalang. Duit dari poketnya dikeluarkan lalu dihulurkan pada Rina dengan ucapan maaf yang tak lekang dari bibir.

Senyuman sinis terbit di bibir Rina saat duit itu dicapai. Di depan matanya sahaja duit kertas itu dikoyak sehingga jadi cebisan kecil lalu dilemparkan pada Suyeon dengan kasar.

Dahi Suyeon ditunjal , cepat sahaja ditepis Yooni.

Taehyung mahu bangun tapi lihat sahaja Yooni yang sudah menampar Rina menghentikan perbuatannya.

" siapa kau ha nak tunjal kawan aku ! Suka hati kau je nak pegang dia dengan tangan jijik kau ! Jangan ingat bila kau dah kaya sangat kau nak tunjuk bagus kat sini ! Aku boleh je suruh bapak aku buang kau dari sekolah ni kalau aku nak ! ". Tengking Yooni.

Ya, pengetua sekolah itu merupakan bapa Yooni sendiri. Keluarga Min.

Min&Min = M&M

Unik sekali nama sekolah itu.

" Yooni, dah lah. Aku dah minta maaf dah pun. Jom lah pergi. Aku tak nak keruhkan keadaan-". Pujuk Suyeon disebelah.

Haih apalah nasibnya sampai terlanggar orang. Orang kaya pula tu.

" Panas je aku rasa ni. Panas neraka bila dekat dengan pompuan ni. Sekali lagi kau cuba nak tindas orang ikut suka hati kau , jangan ingat aku akan duduk diam !". Ugut Yooni sebelum mereka beredar pergi.

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now