Author's POV
Suyeon memejam matanya rapat. Tangannya saling menggenggam satu sama lain.
" Kak...". Suyeol duduk lalu memeluk tubuh kakaknya yang menggigil.
" Akak tak tahu nak buat apa lagi Suyeol. Macam mana kalau omma tinggalkan kita ? Akak tak boleh. Akak banyak buat salah dekat omma. Akak—"
" Shhhh..". Suyeol menenangkannya lagi.
Sebagai lelaki didalam keluarganya dia kena kuat. Tidak boleh tunjuk lemah didepan kakaknya. Kalau dulu Suyeon sudah kuat untuknya , kali ini giliran dia pula.
" Kita tak tahu lagi apa akan jadi. Kita doakan je omma selamat ya "
Suyeon masih lagi tersedu-sedan menangis. Entah kenapa kepalanya asyik berfikir yang buruk-buruk. Tapi yang buruk itulah yang selalu jadi.
Pintu bilik pembedahan terbuka. Suyeon terus berdiri , manakala Suyeol mencapai tongkatnya untuk melakukan perkara yang sama.
" Doktor , macam mana dengan omma saya..?"
Doktor itu menanggalkan mask pembedahan dimukanya. Dia mengeluh.
" Saya minta maaf. Saya dah cuba buat yang terbaik untuk selamatkan pesakit. Tapi..."
Suyeon menekup mulutnya. Dia menggeleng laju.
" Ibu cik menghidapi kanser hati dan waktu kami buat pembedahan dia sudah berada di tahap 4. Kami rahsiakan atas permintaan pesakit. Saya minta maaf—"
***
Omma , Suyeon minta maaf. Tak dapat jadi anak yang baik untuk omma selama ni. Yeon memang tak gunakan , omma?
Kenapa omma pergi saat Suyeon perlukan omma? Omma je lah tempat Yeon luahkan perasaan Yeon. Yeon tak boleh hidup tanpa omma.
Yeon dah tinggalkan catur untuk fokus dekat pembelajaran. Tapi Yeon tetap tak dihargai. Omma je yang selalu nampak usaha Yeon dekat mana.
Omma , Yeon sayangkan omma sangat-sangat. Suatu hari nanti kita jumpa lagi ya. Yeon nak peluk omma lama-lama. Omma lah satu-satunya ibu Yeon sampai bila-bila.
Suyeon melihat gambar Puan Han buat kali terakhir. Wajah yang tersenyum , yang selalu bising dipagi hari untuk kejutkan dia.
Dan kini paginya dimulai dengan kesunyian buat selamanya.
Suyeon berdiri lalu keluar dari situ dengan lemah. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Tidak memakai kasutnya , dia berlari pergi.
Suyeol pula baru hendak mengejar tetapi ditahan Encik Han. " Biarkan dia. Bagi dia masa nak terima semua ni,"
Walaupun jelas risau dengan keadaan Suyeon tetapi dua beranak itu terpaksa membiarkan.
Manakala dari jauh terdapat seseorang yang memerhati. Berpakaian menutup satu badannya , tetapi masih dapat dicam melalui matanya.
Jeon Jungkook.
Dengan berhati-hati dia mengambil kasut gadis itu lalu mengekori jejaknya.
***
" Omma.. hiks ". Kakinya diseret melalui laluan pejalan kaki itu.
Tidak dihiraukan kenderaan-kenderaan yang sibuk lalu lalang di atas jalan raya. Malam memang sejuk , tapi apa yang dia sedang rasa adalah kesedihan.
" Semua salah Yeon. Yeon memang bodoh—". Air mata mengalir laju. Teresak-esak dia menangis.
Kakinya berjalan tanpa hala tuju. Malah tapak kakinya sudah cedera tapi dia biarkan.
YOU ARE READING
[C] International Liar's | Jeon Jungkook
Fanfiction"Kenapa kau percaya aku ?" "Sebab awak seorang manusia juga dan layak dapat kepercayaan dari orang lain" "Tapi awak sendiri yang hancurkannya" ______________________________ A/N: no strong feelings. just enjoy this boring fanfiction. thank you High...