IL - 28

671 76 2
                                    

Author's POV

" Kak... Ooo kak ". Suyeol menggoncang tubuh Suyeon yang tidur di sisi katilnya. Suyeon mencelikkan mata , walaupun agak mengantuk namun digagahkan juga memandang Suyeol dengan mata yang sepet.

" Hm.. apa ? ".

Suyeol melirikkan matanya pada hujung katil , tempat Jungkook berdiri dengan tangan tersemat kemas dalam poket seluar. Matanya memerhati saja gerak geri Suyeon.

" Eomma dah sedar , akak tak nak pergi tengok ? "

" Ah jinjja ?? B-bila , kenapa tak bagitahu awal-awal "

" Dalam dua jam lepas , tapi waktu tu Yeol tak nak kejutkan akak. Pergilah tengok sekarang "

Haih budak Suyeol ni. Nak marah pun memang dah tak guna.

" Okay ke duduk sorang-sorang ni ? ". Soal Suyeon yang sudah bangun untuk keluar dari situ.

Suyeol sekadar mengangguk dengan senyuman di bibir menandakan dia tidak apa-apa.

" Jangan lama-lama tau "

" Yaa ". Akhirnya Suyeon keluar dari situ diikuti Jungkook.

" Awak tahu wad eomma dekat mana ? ". Soal Suyeon sambil matanya meliar ke arah wad-wad persendirian yang ada.

" Tahu , ". Tanpa banyak bicara Suyeon hanya mengikut langkah Jungkook. Entah kenapa mood lelaki itu nampak kurang baik pula.

Ada apa-apa berlaku ke ?

" Eommmaaaaa !! ". Terjah masuk saja , Suyeon terus berlari bagai anak ayam pergi ke arah Puan Han yang sedang termenung jauh.

" Huhu eomma , ". Badan Puan Han terus dipeluk dengan tangisan dimata.

" Eomma dah okay ke ?? ". Pelukan dilepaskan seraya matanya memandang tepat wajah ibu kandungnya itu.

Dengan senyuman nipis Puan Han mengangguk perlahan.

" Kenapa menangis ? Cengengnya "

Suyeon memasamkan muka. Dah macam katak buatkan Puan Han tergelak kecil. Seronok menyakat anak perempuannya itu.

" Cengeng ar , eomma macam ni. Sape tak sedih pastu eomma perli-perli pulak hm "

" Eomma accident je , hidup lagi ni. Bukannya—"

" Eommaaaaaa ee tak suka la cakap benda-benda macam ni "

Sekali lagi Puan Han tertawa. Jungkook hanya menggeleng.

" Apa tengok-tengok ". Geram saja Suyeon pandang Jungkook. Jungkook mengangkat kening. Eh pulak , dia tengok pun salah ke.

" Suyeol mana ? "

" Em dalam wad dia. Lusa dia dah boleh keluar. Eomma ?? "

Puan Han tersenyum janggal. Matanya melirik Jungkook seketika. Jungkook yang faham terus ambil langkah keluar dari wad itu meninggalkan mereka berdua.

" Eomma mungkin duduk sini lama sikit sebab nak buat terapi. Biasalah , orang tua kan. Takut ada benda-benda lain pulak jadi dalam badan ni "

" Alohh habistu siapa nak jaga kitorang ni ". Sekali lagi mulutnya dicebikkan. Puan Han mencapai tangan Suyeon.

" Suyeon.."

Suyeon mengerutkan dahinya , dia perasan yang eommanya seperti mahu katakan sesuatu.

" Mulai minggu depan , kamu tinggal dengan appa kamu "

***

Suyeon's POV

" Haih benci benci benci ". Aku merungut sendirian seraya menggaru rambut yang tidak gatal.

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now