IL - 20

693 90 0
                                    


Suyeon's POV

Aku melangkah masuk ke dalam satu kelas tempat kelab aku berkumpul. Kelab Teater. Sebenarnya aku tak nak pun kelab ni. Tapi disebabkan hanya kelab ni je yang ada kosong , aku terpaksa lah masuk.

" Eo ?? Suyeon kan ? Duduk sini ". Seorang pelajar perempuan senyum dan menepuk tempat duduknya disebelahnya.

Aku balas senyumannya dan duduk di kerusi yang dia suruh.

" Gomawo— em.. maaflah. Tapi kita kenal ke ? ". Soalku dan dia tergelak kecil.

" Tak. Tapi aku kenal kau. Kau kan dah popular sejak kes Rina tampar kau hari tu ".

Aku hanya 'oh' kan saja. Hm , tak boleh ke aku jadi popular dengan perkara yang baik sikit.

" By the way, nama aku Minjae. Kang Minjae. 5A1". Dia hulurkan tangan dan aku menyambut salamnya.

" Han Suyeon , 5A3 ".

Cukup dengan perkenalan ringkas , pengerusi kelab sudah berada di depan untuk mulakan perbincangan.

Aku perhatikan tingkah laku Minjae yang rajin mencatat setiap benda penting pengerusi kelab nyatakan. Patut lah dapat duduk kelas pertama. Hm

" Saya dan naib pengerusi sudah buat keputusan untuk adakan persembahan buat hari kantin nanti. Ada bantahan ? ".

Semua senyap termasuk Minjae dan aku. Tak berani mahu membantah. Pengerusi kelab teater iaitu Jongin atau orang lebih selesa panggil dia Kai.

Mukanya sentiasa ketat buatkan orang takut nak lawan apa yang dia cakap.

" Baiklah. Kalau macam tu saya nak bahagikan awak semua kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang buat persembahan paling baik dan menarik akan dapat hadiah—".

Tanpa membantah , kami bersetuju lagi. Aktiviti seterusnya kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Satu kumpulan ada 6 orang. Dan ya, aku sekumpulan dengan Minjae.

" So mari kita suai kenal dulu. Hai , nama saya Kang Minjae. 5A1 ". Kata Minjae memulakan perbualan.

" Kim Soomin , 5A2 "

" Annyeong ! Jung Suji , 4A3 "

" oh nae , Kang Daniel imnida. 5A1 "

Aku nampak budak perempuan dah mula senyum-senyum malu. Oh aku syak lelaki ni dak popular.

" Yow, Jung Sena , 5A2 ". Perempuan yang duduk disebelah aku ini nampak agak.. boyish....?

" Um Han Suyeon. 5A3 ". Sebut aku perlahan. Mujur diorang dengar.

" Jadi , kita hanya ada seorang saja junior dalam ni. Sekarang kita akan buat sesi pemilihan ketua. Ada cadangan?? ". Minjae angkat kening.

" Kau je lah jadi ". Sena bersuara malas.

Yang lain mengangguk setuju.

" Ok , kalau macam tu benda ni dah selesai ! Mari kita ke perbincangan utama. Persembahan apa yang korang nak buat? Hm hm?? "

Kami semua terdiam. Otak langsung tepu tiada idea.

" Kemon gais. Bagi lah cadangan ". Desak Minjae.

" Err.. apa kata kita buat drama..? ". Cadang Soomin.

" Drama yang macam mana tu ?? ".

" No way , kalau drama cinta-cinta aku out ". Sena angkat kedua tangan paras dada. Nampak sangat dia benci cinta-cinta semua tu. Terasa aku disini.

" Ohh bagus cadangan kau , kita buat drama cinta. Jangan risau , kita letak position kau bahagian lain— ".

Sena putar mata ke atas.

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now