IL - 11

819 96 0
                                    


Author's POV

Suyeon melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Han masih memasak di dapur. Dia ambil keputusan untuk naik terus ke biliknya.

Pintu bilik ditutup rapat lalu kaki diatur pada katil. Beg diletakkan disisi seraya dia labuhkan punggung ke atas katil empuknya.

Cermin dihadapannya ditatap. Peristiwa yang berlaku di sekolah tadi menerjah fikirannya.

Dimana Rina melepaskan rasa cemburunya pada dia. Cemburu kerana Taehyung.

" Susah betul hidup dalam sekolah ber'kingquennka'. Rasa hormat pada guru singgah pada diorang. Tch- "

Pipi kiri kanannya dibelek. Terdapat sedikit luka dan kesan lebam ditepi bibirnya. Tapi rasa sakit pada pipinya masih terasa walaupun berkurangan.

Begitu teruknya tempias cemburu si Rina.

Ubat sapu dalam poket blazernya dikeluarkan bersama sticky note yang diberi Taehyung. Penutup dibuka dan ubat disapu ditempat yang dia rasa sakit.

Usai sahaja , ubat itu disimpan dalam laci kecilnya. Sticky note itu dilekatkan pada papan kayu disebelah cermin bersama stick notenya yang lain.

" Shh , pipi kau sakit kan ? Biar tapak tangan aku yang sembuhkan. Confirm esok dah tak sakit lagi ! "

Pipinya ditekup lembut.

" Percaya aku Suyeon.. "

Tanpa sedar , bibirnya mengukir senyuman tipis. Cermin ditatap semula. Kejap-

Dia senyum ?

Pap!!

" Akh ! ". Suyeon terus mengusap pipinya bila dia tertampar diri sendiri bagi menyedarkan dia ke alam nyata.

" Duh kak. Kau dah kenapa? senyum sorang-sorang , pahtu tampor diri ? Nyesal hidup ke nak bunuh diri ? ". Suyeol tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu.

" Yahh ! Siapa bagi kebenaran kau masuk bilik aku ?! ". Marah Suyeon.

" Uuu chill kak. Aku tak jejak setapak lagi. Nampak ni , kaki aku kat luar je ni ha-". Suyeol menunjuk pada kakinya.

" Haishh ! Apa-apa lah ! Kau nak apa ?? "

" Omma suruh turun makan. Kau tak makan tengahari lagi an ? Tapi kena mandi dulu la. Kau busuk. Tata~ ". Suyeol terus pergi bila nampak Suyeon nak naik angin.

" Macam lah dia wangi sangat lepas balik sekolah. Melekat dengan pompuan bukan bau perfume. Tapi bau jamban ".

***

" Muka tu kenapa Yeon ? ". Soal Puan Han memecahkan sunyi meja makan mereka.

" Kenapa apa ? ". Soal Suyeon semula memandang Puan Han.

" Tepi bibir tu pecah , ada lebam... Yeon bergaduh eh kat sekolah ?? "

Suyeon membulatkan matanya.
Dia?
Gaduh?
Bila?!

" Aniya ! Mana ada Yeon gaduh ! Yeon baru je masuk , tak akan nak buat hal pulak ! "

" Habistu kenapa ? "

" Er.. er... "

" Dia kena buli. Rina tampar dia-". Sampuk Suyeol tiba-tiba. Suyeon terus memandang Suyeol memberi isyarat jangan masuk campur.

" Ye ke ? Kenapa tak bagitahu omma ? Kuat sangat ke dia tampar ? Dah report kat cikgu ? Dah sapu ubat ? Kenapa dia tampar Yeon ? Yeon tampar dia balik ke ? "

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now