[Playlist - Psycho , Red Velvet]
Author's POV
" Huh , kalau boleh aku nak cancel kan meeting tu.". Suyeon memegang kepalanya sambil tangan sebelah lagi memandu kereta.
Jeon Jungkook , 23 years old
CEO of Jeon's Company." Dah dapat pangkat CEO waktu muda. Aku pula ? Hanya anak kepada Head of Department dekat Australia. Balik sini dengan kerjaya yang tak tetap.."
"Suyeon tolong lah appa ya? Kamulah satu-satunya manusia yang boleh appa percaya untuk uruskan syarikat dekat korea tu. Sekejapppp je. Appa janji bila appa dah settlekan kerja dekat sini, kat sana appa akan lantik CEO baru"
" dan meeting pertama aku dekat sini berkaitan dengan manusia terakhir aku nak jumpa dekat dunia ni,"
Turun dari keretanya , dia disambut dengan Alex dan beberapa bodyguard disisi. Mereka memang dah tawarkan untuk bawa Suyeon ke situ tapi dia menolak.
" Selamat datang,"
Suyeon tersenyum kecil pada penyambut tetamu disitu.
" Alex , er. Boleh tak suruh bodyguard semua ni tunggu dekat luar je. Saya pergi dengan awak je.."
" Baik Cik Han "
Alex dan Suyeon melangkah masuk ke dalam lif selepas memaksa bodyguard tadi tunggu diluar. Suyeon menekup mukanya sambil mengeluh.
Ni semua kerja appa dia. Suruh bodyguard ikut dia ke sana sini. Dia sendiri tak selesa.
" Kita dah sampai Cik Han. Saya akan tunggu diluar. Cik Han bersemangat lah ya, hwaiting..!"
Suyeon mengeluh. Dia kena teruskan benda ni. " Terima kasih Alex,"
Kakinya mengatur langkah masuk kedalam bilik mesyuarat itu. Nampaknya dia orang terakhir sampai.
Beberapa kali dia menunduk hormat pada manusia didalam bilik itu sebelum mengambil tempat duduk.
Suyeon menggigit bibir.
Kebanyakan mereka dah tua-tua , janggal pulak dibuatnya. Lagipun semua muka memang serius habis. Tak berani dia nak tegur.
Dia harap Alex datang selamatkan dia sekarang.
Cik Han boleh !
Dia tak boleh..
Pintu bilik mesyuarat sekali lagi terbuka. Kali ini semua orang bangun , jadi nak tak nak dia bangun juga.
Kerusi tu selesa sangat. Dia rasa nak duduk buat selama-lamanya.
" Selamat pagi Encik Jeon,"
Suyeon melirik dimuka pintu , dimana seorang jejaka masuk diiringi seorang perempuan dibelakangnya.
Semua menunduk hormat ke arahnya. Teragak-agak Suyeon menunduk , bunyi tapak kasut bergema diruang mesyuarat.
Lelaki itu jalan melepasinya dengan riak yang dingin diwajah.
Suyeon memejam mata seketika lalu membukanya , nafas berat dihela. Sebaik CEO muda itu duduk baru mereka dibenarkan duduk semula.
Sempat lagi CEO itu menanggalkan kotnya.
Mesyuarat dimulakan. Tiada apa yang menarik selain perempuan itu yang banyak bercakap bagi pihak dia.
Pembantu peribadi dia mungkin.
Suyeon fokus dengan dokumen didalam tangannya. Tapi masih tak boleh nak tipu , dia rasa tak selesa. Fikiran dia terganggu.
Dia je ke yang rasa CEO tu tengah perhati gerak geri dia?
YOU ARE READING
[C] International Liar's | Jeon Jungkook
Fanfic"Kenapa kau percaya aku ?" "Sebab awak seorang manusia juga dan layak dapat kepercayaan dari orang lain" "Tapi awak sendiri yang hancurkannya" ______________________________ A/N: no strong feelings. just enjoy this boring fanfiction. thank you High...