Epilog + IL - 55

904 86 53
                                    

Author's POV

Mata dibuka perlahan-lahan. Sinar cahaya menyilaukan matanya.

" a-aku dekat syurga dah ke ?"

Suyeon melilaukan matanya ke sekeliling dalam keadaan masih terbaring.

Tiba-tiba matanya berhenti pada seseorang yang berdiri memegang kuali leper ditepinya.

" syurga kepala hotak kau, ni neraka. Cepat bangun lah ! Matahari dah tegak atas kepala—"

Puan Han mengangkat kuali lepernya tinggi mencucuk langit.

" eomma ?!"

Suyeon terus terduduk. Baru dia sedar , dia berada diatas katil dalam biliknya sendiri.

" adik kau dah sarapan kat bawah , kau masih tak mandi lagi ? Apa nak jadi kau ni!"

" e-eomma hidup lagi ? Bukan eomma dah mati sebab kanser ke ??"

Mata Puan Han membulat. Lantas telinga Suyeon ditarik keatas.

" kanser apanya! Aku sihat walafiat kau nak mematikan aku pula ya! gila dah kau ni"

" a-ani eomma— a-au!"

Sebaik Puan Han melepaskan telinga Suyeon , gadis itu berlari laju turun ke tingkat bawah.

Dengan baju tidur segala , dia menuju ke meja makan. Disitu Suyeol sedang elok bersarapan.

" noona ?? Kenapa tak mandi lagi ? Lambat nanti nak pergi sekolah "

Suyeon terus menghampiri adiknya lalu muka Suyeol menjadi mangsa lenyekan.

" Suyeol ? Kau bukan dah jadi doktor ke? Kenapa.. kenapa kau pakai baju sekolah ni ? Apa ni?"

" apa noona mengarut— asjslakahlalaal"

Tiba-tiba satu suara kedengaran dari dapur.

" Suyeol , nanti masukkan tteokbokki dalam kereta appa ya,"

Suyeon berhenti melenyek muka adiknya lalu mengalihkan pandangan ke dapur.

" appa ?? Kejap— tteokbokki?!"

Tuan Han berhenti berjalan memandang anak perempuannya. "Suyeon-ah, kenapa muka kamu macam baru nampak hantu?"

Ayah Suyeon meletakkan sebekas tteokbokki diatas meja.

" dan lagi satu. Yang kamu terkejut sangat ni kenapa ? Macam tak tahu pulak appa jual tteokbokki tepi jalan—"

" MWO ?!"

***

" Apa dah jadi sebenarnya? Takkan lah aku mimpi ? Tak ! Mustahil, mimpi apa panjang macam tu ?"

Suyeon berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah. M&M Highschool.

" noona dah sewel lepas dia dapat tahu dia kena pindah sekolah lain. Siap cakap Suyeol jadi doktor.. eh tu ok lagi. Tapi noona jadi CEO? Pft— Mahunya bankrupt syarikat"

Kata-kata Suyeol terngiang dalam kepalanya. Apa yang sekolah baru ?

M&M.. sekolah baru ?

Sekolah dihadapannya memang sama 100% seperti yang dia ingat.

" Jungkook.. jangan kata dia lupa juga? Aku kena cari Jungkook,"

Sedang ligat Suyeon berfikir , suara teriakan kedengaran menyakitkan telinganya.

" AAAA TAEHYUNG-AH!"

[C] International Liar's | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now