Bab 19

56 3 0
                                    


"Hai Nadia. Long time no see"

Huh! Stranger. I guess. Sebab aku tak pernah tengok muka dia. Tapi asal dia tau nama aku? Pastu cakap dah lama tak jumpa. Gila ke apo??

"Err sorry. Tapi aku kenal kau ke? Siyes aku tak pernah nampak kau. And maybe kau tak pernah pun muncul dalam hidup aku" sumpah aku tak kenal kau la sial! Haha cakap dalam hati je

"Really? Kau takkan dah lupa kan aku? I am your friend. Old friend. Maybe."

"Halah kau ni cakap je la nama kau. Kan senang!" Kan dah kne marah dengan aku.

"Okey relax girl, aku Izz la.. kau tak ingat ke? Izz Nazimi. Takkan dah lupa kot? Ye aku tau la aku makin hensem kan? Tapi takkan kau tak dapat cam?"

"Izz Nazimi? Err jap jap.. no way! Kau Iji ke? Iji yang pakai spec tu? Wei dia nerd kot. Kau ni bukan nerd. Kau hipster terlebih doh. Siyes ah?" Sumpah aku tak caye tu Iji. Dia banyak berubah. Makin bergaya,makin tinggi,makin poyo pon ye.

"Ye la aku Iji! Kau ni memang cepat lupa kawan kan? Haishh ape je la kau makan. Semut ae? By the way aku just nak cakap kita satu kumpulan. Nice too meet you again Iya. I miss you so much damn." Ayat last tu dia bisik kat aku. Kau pikir ni movie bisik pada langit ke apa main bisik-bisik bagai.

"What?? Iji kau ni Iji?? Pehh lain gila kau. Hipster habis doh. Seluar bukan main ketat. Nama je budak sekolah agama. Okey gurau. Dah lama kita tak jumpa kan? Last bila ehh form 1 kan? " aku just abaikan ayat last dia.

"Yes. Okey la nanti kita borak lagi. I need to go. Bye"

"Waalaikumsalam" saja nak bagi dia sentap. Tapi dia buat buduh je. Okay bangang bukan?

Semua aktiviti bersama grup dari sekolah agama Kluang tak ada masalah. Okey je. Banyak story jugak aku cerita dekat Iji. Sebenarnya kitorang ni kawan masa kecik-kecik dulu. Setaman. Sampai la darjah enam.Dia pindah. Masa form 1 penah jumpa sekali je. And tu la kali terakhir kitorang berjumpa. Memang memasing hilang dari radar gila lepas perjumpaan terakhir tu.

"Okey malam ni saya nak awak buat some aktiviti sikit. Tapi tak ikut kumpulan. Saya akan panggil ikut list nama yang suka hati atok saya buat ni dan awak kena berjalan berdua dengan partner awak. Korang hanya dibekalkan lampu suluh. Makanan,air ke teddy bear apa jadah semua tu tak ada aeh disediakan. So, saya akan panggil sekarang"
Sorang abang fasilator bercakap dengan kitorang nak tanak je. Bak kata dia suka hati atok dia je.

Aku just dengar nama yang dia panggil. Sampai je nama aku...

"Nur Nadia Azzahra dan Heffny Ammar"

Oh gosh!! Yes with Eff! Tak ada la awkward sangat nanti.
Aku terus bangun bila nampak Eff bangun. Ramai mata-mata perempuan pandang dia. Ye la hensem kan. Jadah dia.

"Weih tak sangka kita segrup" ucap aku excited.

"Hahah kan.. tapi aku macam tak berapa sedap hati la" Eff buat muka tak sedap hati dia tu.

"Ish kau ni. Insya allah tak ada apa-apa la. Think positive okay?"

Krikk krikk. Tak ada sahutan. Dipalau. Huh!

Giliran aku dengan Eff tiba. Kitorang akan berjalan di tengah hutan ni. Jaraknya dalam 500 meter. Gilakan? Memalam buta nak berjalan bagai. Dah la kat hutan. Kalau kat Paris ke London ke tak paa la jugak. Ape lahh fasilator zaman sekarang ni.

Eff pegang lampu suluh. Aku pegang tali beg dia. Haishh dia paksa aku pegang. Takot aku hilang katanya.

"Nadia.. abang fasilator tu kata ikut tali merah kan?"

"Haah asal?kau ada jumpa tali lain selain warna merah ke?"

"Tak belum lagi. Asal kau nak ke jumpa yang bukan-bukan?"

"Ish mana ada. Weih lama lagi ke nak sampai? Aku tengok dah 20 minit kita jalan. Abang fasilator tu kata tak sampai 20 minit dah sampai"

"Sabo lerr.. dari tadi aku cuba cari tali warna merah. Tapi tak ada doh."

"Ish kau ni! Meh la bagi aku lampu sukuh tu. Biar aku cari. Lambat la kau ni!" Aku merampas lampu dari tangan Eff.

"Weih aku nampak ada tali warna putih doh. Kat pokok tu ha. Nampak tak?"

"Mana?ohh kat pokok tu ke? Egh jap kita kena cari warna merah la. Bukan putih"

"Oh ye ke. Dah tu tali putih tu tali apa aeh?" Aku tanpa pikir sampai hangus pon pegi la halakan lampu tu ikut tali tu. Nak tengok punca tali kat mana. Tapi apa yang aku nampak memang mintak aku lari dari situ. Guess what? Pontianak mana entah tengah bertenggek atas pokok uhh. Aku pandng Eff. Dia buat muka selamba.

"Stupid. Aku dah cakap kan aku tak sedap hati dari tadi? Kau pon satu. Pi suluh lampu tu buat apa?Sekarang ni kita jalan je. Kau kalau tak kuat nak pandang tutup mata. Pegang hujung baju aku ni. Jangan lupa baca ayat kursi. Kalau ada apa-apa kau buat dunno je. Ingat tu" panjang berjela Eff pesan kat aku. Aku iye kan aja. Dah tak sanggup nak hadap.

Kitorang mula jalan. Eff kat depan aku ni aku rasa dia tak tau nak ke mana. Tapi ikut firasat je katanya. Sekali sekala tu aku bukak la mata. Ade la juga nampak benda-benda tu. Aku kuatkan genggaman aku kat hujung baju Eff. Siyes meremang doh. Tak cukup dia muncul, dia buat bunyi pulokk. Ketawa menangis apa semua tu keluar.

Tiba-tiba Eff berhenti. Begitu juga aku. Aku cuba buka mata tapi sebelum aku buka Eff dah cakap dengan aku jangan buka. Tapi aku ni degil macam begedil tu. Aku bukak juga mata aku. And apa yang aku nampak memang creepy. Ada sorang budak perempuan dengan patung serupa chucky pon ada tengah tunjuk satu arah.Aku pon tak tau arah tu nak pergi ke mana. Rambut budak tu panjang bukan main. Kalau ada gunting dah lama aku gunting rambut dia. Menyemak je sampai muka pon tak nampak. Baju pulak ade tompokan darah. Kotor gila. Tak basuh setaun ke dik? Nak akak basuhkan? Okey dalam hati je aku berani tanya.

"Eff kita nak buat apa ni?"

"Aku rasa kita ikut je arah yang budak ni tunjuk. Aku rasa budak ni cuba nak tolong kita."ujar Eff dengan yakin tahap gaban.

"Siyes ah wei? Kalau tu perangkap dia macam mana?"

"Kita tawakal je la. Aku pon tak tau nak ke mana. Kalau kita terus jalan aku rasa akan ke sungai. Sebab aku dapat dengar aliran sungai kat sana" ye tidak budak ni. Aku tak dengar apa-apa pon.

"Ha ye la ye la. Jom la wei"

"Nadia aku nak kau buat dunno je tau pas ni. Sebab kat sini banyak sangat benda tu. Tempat ni memang keras. Kita just teruskan jalan okay?"

"Okay"









Waiting You Where stories live. Discover now