Bab 38

31 1 0
                                    

"So..macam mana? Cerita lah" memang aku tak reti nak menyabor. Yelah. Dua bulan koma. Banyak aku ketinggalan.

"Okey. Aku akan bagitau kau semua kejadian yang berlaku masa kau koma selama dua bulan tu." Hani sempat menyedut minuman yang terhidang di hadapannya sebelum bercerita. Dia punya nikmat uhh jangan cakaplah, macam orang lari daripada kena kejar dengan babi hutan. Terhegeh-hegeh. Sempat pulak tu suap mee goreng special tiga sudu. Kalau satu tak po ler. Ni tiga wei! Tiga!

"Woi cepatlah! Kau ni! Agak ah nak practice jadi duta makanan pon! Melantak je tapi keding jugak. Kaki tu dah macam kayu aku tengok"

"Chill...relax derr. Cadbury kan ada? Want some? Hah?"
Dengan kening yang terangkat-angkat ala-ala Ziana Zain, dia menunjukkan coklat cadbury yang baru diambil daripada beg spongebobnya.

Lupa pulak nak bagitahu, Hani memang minat spongebob. Eh tak. Dia kata dia baru minat spongebob. Katanya nak buat hobi baru. Okay lah tu daripada hobi lama dia iaitu merebus bunga dan melalut.

"Cepatlah cakap! Tak pasal-pasal otak aku dah sampai planet pluto tau layan kau!" Melayan Hani ni sampai fikiran aku boleh melencong ketempat lain jadinya.

"Ha?? Otak kau dah ke planet pluto? Macam mana kau masih hidup pulak ni?" Aish budak ni! Nak je aku lempang dia masuk jamban. Senang hidup aku.

"Kau ni! Otak tu cuba kembangkan sikit! Ayat tu macam hiperbola la. Ayat yang melampau-lampau uhh. Yang gaya bahasa tu. Tu lah kau...dari taun lepas aku cakap. Jangan usya cikgu Muzain tu masa mengajar. Bm pt3 kau B kan? Ha padah!" Stress aku bercakap dengan Hani ni. Taulah cikgu bm kita taun lepas hensem. Tak best pandang sekali je. Kena pandang banyak kali.

"Hiper...hiperbola? Yang mana eh? Gaya bahasa? Macam pernah dengar. Tapi kat mana?" Ini lah. Inilah dinamakan bengong abadi. Sampai mati pon aku rasa dia tak kan ingat.

"Ish kau ni..jap aku google. Ha! Tengok ni!"

 Ha! Tengok ni!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lah...binatang ni ke? Asal tak cakap awal-awal. Kau ni ahh...patutlah macam kenal je bunyi binatang uh"

Satu je aku nak buat sebenarnya.

Boleh tak aku lempang dia?

"Dah la! Malas aku nak layan kau lebih-lebih. Better kau cerita semua benda SEKARANG!" Kalau tak disuruh budak ni, tak adanya nak bercerita. Melalut 24 hours.

"Macam nilah..ceritanya.. sememangnya..sungguh..sungguhlah panjang bak gunung kinabalu sabah.."

"Dey punjababi! Gunung tinggi la dey! Bukan panjang hanots! Sekarang ni..kau cerita dekat aku betul-betul. Sebelum aku..bakar patung spongebob kau! Kau paham tak!" Dah serupa psiko aku ni ha. Nasib laa suara aku tak kuat sangat. Geram betul aku dengan pompuan sekor ni! Rasa nak cincang lepastu bagi rabbit makan.

Waiting You Where stories live. Discover now