Eff P.O.V
Selepas kejadian semalam,aku dan Nadia ditempatkan di hospital. Aku sesak nafas yang amat. Badan aku pulak sakit-sakit. Ada yang lebam. Semuanya angkara si Satria setan tu! Nadia pula cedera ringan. Tapi luka kat muka dia agak dalam. Aku ingat nak melawat dia,tapi terbalik pula. Dia yang melawat aku. Pity of her. Muka dia kena cakar kot. Dengan saka jahanam pulak tu. Nasib baik ada dua garis je. Cakaran tu pulak dari dagu sampai ke pipi belah kanan. Nasib dah berbalut.
"Kau..okey?" Nadia memulakan perbicaraan kitorang yang agak janggal ni.
"Hehe. Okay je. Kau tu ha! Muka dah macam beruk dah" Tak. Aku tak okay sangat. Badan aku sakit lagi. Tapi tak kan aku nak cakap aku sakit gila namatey kan? Hehe.
"Sure? Hmm.. by the way Eff, thanks sebab ada dengan aku susah senang, thanks sebab ada dengan aku masa aku perlukan bantuan,thanks sebab sudi jadi kawan aku even perangai kau macam setan. Thanks juga sebab protect aku dari Syaitoon Jahanam tu. Thanks sebab..." Tak sempat Nadia habiskan ayat dia, aku memotong. Thats my habits.
"Sampai bila daaa... thanks2. Yeye aku tau aku ni macam superhero kau kan? Dah la hensem,beriman,berani, pandai..haha. Tapi,kau tak yah lah nak terhutang budi sangat. Kita kan kawan? Apa guna aku jadi kawan kau? Even dulu kita macam biawak dengan itik. Aku ikhlas lah nak tolong kau." Memang aku ni nampak macam mamat poyo yang sombong, tapi actually aku ni penyayang plus prihatin tau. Untung bakal bini aku nanti.
"He'eleh mu ni! Perah santan je lebih. Kau..bila boleh keluar dari hospital?"
"Hmm.. doktor kata dalam sehari dua juga. Ye lah badan aku masih tak berapa okay lagi. Tapi aku yang kuat lagikan hensem ni, tak rasa sakit pon! Okay je" hahah dengan bangga plus angkuhnya aku berkata.
"Ha.. bagus lah! Aman hidup aku. Kalau boleh masuk ke kubur pon okay. Biar dosa kau tak bertambah bila hidup." Kata-kata Nadia diakhiri senyuman sinis.
"Cehh kau! Aku mati betul-betul kang menangis melalak! Muka jadi badut! Jangan menyesal dah ler.." hehehe.
"Dah la. Makin gila aku layan kau! Aku nak balik dulu. Hani kata dia on the way. Esok aku datang lagi ehh sayang! Hahaha. Bye!" Perkataan 'sayang' tu sahaja ditekankan. Heh!nak mengusik aku ler tu.
"Ha! Tau pon kau gila. Pergilah sana. Tak datang balik pon tak apa" macam merajuk je aku nih. Haish!
"Halah lek ahh! Sensetif pulok mu nih! Pregnant ke? Hahah" lawak buduh apa yang dia cuba sampaikan ni?
Aku hanya diam tanda protes.
Nadia terus keluar selepas memberikan salam kepada aku. Aku? Jawab dengan nada perlahan je. Aduh! Bosannya kat hospital ni! "(***************************
Keesokan harinya
"Eff! Asalamualaikum!" Suara Nadia yang ceria mematikan lamunan aku. Adalah juga aku peneman hari ni.
"Waalaikumsalam"
"Hani mana? Kau dah makan? Boring doh kau tak ada!" Ha memacam eh kau! Kata semalam soh aku masuk kubur bagai. Sekarang kau pulak yang over.
"Heh.. Hani? Dia ada latihan badminton ler. Kau lupa ke? Aku belum makan kagi.. lapar ler." Saat itu juga aku membuat muka comel kalahkan anak kucing supaya Nadia simpati dan belikan aku makanan. Makanan kat hospital tak sedap langsung! Rasa macam makan ubat!
"Lapar? Kau bela saka ke apa? Kat hospital kan ada makanan? Ni..yang aku buat muka macam anjing tercekik tulang ni pasai paa?" Pehh.. anjing tercekik tulang dia panggil aku? Kurang comel kah aku yini?
"Ishh kau nih! Belikan makanan weih! Aku lapar gila ni. Makanan kat sini tak sedap lah. Please!" Haa..jarang aku merayu mintak tolong bagai nih. Ego aku tinggi jugak tau!
"Hm..yelah! Aku belikan. Aku harap bila kau dah makan ni cepatlah sembuh ye!" Nadia terus keluar dari wad aku.
Aku hanya menghantar dia dengan pandangan mata..
:
:
:"Tingkayu belikan.. sayang kau!" Hohoho. Aku memang macam ni. Orang nampak aku macam sombong,belagak, poyo dan seangkatan dengannya. Tapi, hanya orang yang rapat dengan aku je tau perangai sebenar aku.
"Heh! Sayang konon! Melayang lah kau sana. Aku pelik ahh tengok kau. Memang perangai kau macam ni ehh bila sakit? Menggedik menggatal? Nak bersayang-sayang bagai" Oppss! Aku gedik sangat ke?
"Halah kau ni pon. Aku memang macam ni lah. Dengan orang yang aku rapat aku memang akan jadi macam ni. Penyayang. Hoho. Lagipon, aku kat sini tak ada siapa nak lawat. Mama dengan papa aku pon baru datang sekali. Kau dah dua kali." Rasa sebak juga bila mama dengan papa tinggalkan aku even masuk hospital. Aku ni dah la anak tunggal. Sibuk memanjang je mereka tu.
"Hohoho..dua kali aku datang pon nak kira bagai. So,kau ni kurang kasih sayang dan perhatian lah ni? Okay..aku faham!" Kurang kasih sayang? Hehe.. itulah sebenarnya yang aku nak cakap. Tapi malu.
"Kau..lama kat sini?" Pleaselah lama sikit. Aku lonely gila kot. Ada phone pon tak best dah. Nurse lawa-lawa pon tak guna. Garang mak aihh.
"Insya allah kalau tak ada apa-apa aku sampai petang. Nanti abah aku ambil. Lagipon aku kat rumah pon tinggal sorang-sorang. Bosan gila. Nak study memang tak lah" ujar Nadia dengan nada yang agak sadis jugak.
"Haha. Nampaknya kita ni memang telah diatur untuk bersama. Ceh ceh ayat aku macam kat drama tak? By the way thanks sudi lawat and teman aku. Thanks a lot bro. Aeh sis." Pada masa itu juga Nadia macam nak nangis. Aeh pompuan ni. Drama je lebih.
"Ish kau ni! Buat air mata aku jadi murah untuk hari ni tau! Aku pon macam kau. Ikhlas. Ikhlas jadi kawan kau. Dunia akhirat. Hehe. Sweet tak?" Sempat Nadia memberikan kenyitan mata kuasa dua dekat aku.
Baru nak membalas nurse muka kerek datang. Aishh! Kacau saja ler.
YOU ARE READING
Waiting You
Random"Aku nak jumpa saka tu" Ehh tiber Eff ni. "Boley je tapi tula aku lupa nak mintak number kat Angsana tu..takut punya pasal der" "Haishh kau ni nak kata bodoh tak, bebal lagi la mintak simpang la. Si Angsana tu saka. Saka mana ada phone gila!!" Eff s...