"Seriously kau sambung belajar kat negara orang?? Kenapa??" Nak menangis Nadia apabila Hani menelefonnya dan memberikan berita buruk.
"Hmm..my family dah aturkan semuanya lah dear. Aku sebagai anak yang baik mesti mentaati mereka. Kan?" Hani yang sibuk mengemas bajunya asyik terhenti apabila menjawab soalan Nadia.
"Huh. Okay lah kalau macam tu. Berapa tahun?Bila gerak?"
"Don't cry lohh..emm,just 4 years. And aku gerak..esok?" Hani meperlahankan suaranya apabila menuturkan perkataan 'esok'
"What?? Kau nak tinggalkan aku esok,and harini baru kau nak bagitau?! Asal tak bagitau aku seminggu atau sebulan sebelum pergi ha?? Kenapa mesti sehari sebelum? Kau memang nak tinggalkan aku kan? Sampai hati kau Hani!!" Muka Nadia sudah merah akibat menahan amarah yang diberikan oleh Hani. 'Kuajak hang' bisik hati Nadia.
"Sorry derr..macam tak biasa dengan family aku. Always last minute. Holiday last minute,beli baju raya last minute,sambut hari jadi last minute...." tak sempat Hani menghabiskan ayatnya,Nadia mencelah.
"Study pon last minute..kan? Huh..kau ni bagi aku dosa untuk harini tau! Dah berapa kali aku mengeluh. Stop bagi alasan lagi. Aku paham. Kita pun dah besar. Tapi..just one thing. Aku nak kau jaga diri kat sana,jangan lupa solat,jangan terpengaruh dengan orang putih atau hitam macam bangla kat sana,jangan tertangkap cintan dengan mamat kat sana,jangan lupa wish besday aku every year,jangan pendam perasaan kau kalau terluka cuz you have me. And most important is...jangan lupakan aku as your bestie ever. Understand??" Panjang lebar Nadia memberikan pesanan untuk Hani. Risau dengan sahabatnya barangkali.
"Whoaa..whoaa! Relax girl! Kau ni over pulak. Mak aku pon tak macam kau! Okay derr..aku promise akan buat apa yang kau cakap tu. Don't worry, raya nanti aku akan balik Malaysia. So..jangan lupa esok pukul 8 aku ambik kau then kita sama-sama gerak gi KLIA"
"Naik apa?" Soal Nadia polos.
"Kereta lah ngong! Nanti Eff bawak kereta. Family aku pon bawak kereta gak. Nanti aku naik lah dengan korang pi sana"
"Ohh gitu. Okay lah. Jumpa esok. Bye!"
"Ehhh dah letak dah? Ish perempuan ni" Omel Hani sendiri.
*************************
KLIA
"Ingat! Jangan lupakan aku! Ingat semua pesanan aku tau! Jangan nakal-nakal kat sana" Nadia hampir menitiskan air mata kerana tidak sanggup berpisah dengan Hani.
"Alah kau ni! Drama pulak. Aku ingat lah semua pesanan kau. Ni ha! Eff...jaga Nadia bila aku tak de tau. Kau pon Nadia jaga Eff ni."
"Ehh apsal pulak aku kena jaga minah ni?" Jawab Eff tanda protes.
"Entah. Asal aku pon kena jaga Eff? Dia dah nak mampus ke?" Kata-kata Nadia menyebabkan Hani ketawa terbahak-bahak manakala Eff menghadiahkan Nadia jelingan maut.
"Kau ni Nad! Bukan cem tu la. Aku just nak korang take care each other. Yelah..nanti bila aku dah tak ada kat sini, aku dah tak leh nak jaga korang,tolong korang bila korang sakit atau ditimpa musibah. Lagipun kita kan bestie. Kenalah tolong each other kan?? Ha! Lagi satu Nad, jaga Eff ni supaya dia tak jadi playboy" Ayat Hani yang terakhir itu mencetuskan api kemarahan Eff.
"Aipp aipp captain!" Balas Nadia kemudiannya diakhiri dengan ketawa.
"Dah la. Tak pasal-pasal flight kau terlepas kang! Gi sana." Eff yang daripada tadi tidak senang duduk dengan perangai mereka berdua menyuruh Hani bergerak meninggalkan mereka.
"Iyelah! Bye korang!"
Selepas Hani bersalam-salaman dengan keluarganya, Hani terus bergerak meninggalkan mereka.Dalam beberapa minit, semua ahli keluarga Hani,kecuali Eff mengatur diri untuk pulang ke rumah.
"Dah! Jom balik. Or..kau nak jalan-jalan kat KL dengan aku?" Soal Eff kepada Nadia yang masih mengenangkan Hani.
"Huh? Jalan ke mana?" Balas Nadia dengan muka kehairanan.
"This is Kuala Lumpur dear. Mana-mana je la. Kan banyak tempat boleh lepak kat sini. Petang nanti kita balik lah. Don't worry pasal ibu kau,aku dah bagitau dia kita balik lambat sikit" selepas menuturkan cadangannya, Eff berjalan perlahan meninggalkan Nadia yang terpinga-pinga.
"Kau..kau call ibu aku ke Eff? Serious? Bapak gentle kau! Okay lah kalau kau cakap cem tu. Harini kita date berdua je" Nadia yang tadinya ditinggalkan Eff, kini berada di sebelah Eff.
"Date?" Soal Eff agak terkejut. Walaupun dia mengharapkan sebegitu.
"Date as a friend loh! Lepak sesama...kau ni! Jangan kuno sangat. Istilah 'date' tu pon boleh digunakan untuk kawan-kawan tau" Balas Nadia dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
"Oh yeke.." Eff membalas pernyataan Nadia dengan suara yang perlahan. Hanya dia sahaja yang boleh mendengarnya.
Sedang Nadia dan Eff berjalan meninggalkan bangunan KLIA ini, pandangan Nadia teralih kepada susuk tubuh seseorang yang dia pernah kenali. Mula-mula,Nadia kurang pasti dengan apa yang dilihatnya,tetapi lama-kelamaan Nadia pasti dialah orang yang Nadia kenali. Tanpa memberitahu Eff kemana dia hendak pergi, Nadia memulakan perjalanannya ke arah orang yang dikenalinya itu.
'Itu dia ke? Ya allah! Tu memang dia' getus hati Nadia.
"Am...amsyar?" Kata Nadia kepada seorang lelaki yang dikenalinya. Kini, Amsyar telak bercermin mata dan dirinya lebih tinggi berbanding dahulu.
"Em..yes I am. Cik ni siapa ye?" Balas Amsyar dengan sopan santun.
"Amsyar awak tak ingat saya ke? Saya Nadia lah..awak tak.." Nadia tidak menghabiskan ayatnya tetapi dia memukul dahinya kerana dia terlupa akan sesuatu perkara.
"Err..Cik? Okay?" Amsyar berasa risau dengan keadaan wanita di hadapannya itu. Dia juga berasa pelik dengan kehadiran wanita itu.
"Erm..tak ada apalah. Saya..saya nak number phone awak boleh?"
"Sorry. Tapi saya tak bercakap dengan stranger. Emm tak. Maksud saya, saya tak akan bagi number phone saya kat stranger macam awak" Amsyar berasa amat pelik dengan wanita dihadapannya. Mana tidak, tiba-tiba memanggil namanya dan meminta nombor telefonnya. Sudah lah dia tidak kenal wanita ini.
"Tapi awak baru cakap dengan saya. Lagi satu,kita ni kenal each other. Nama awak Ahmad Fawwaz Amsyar dan awak 18 tahun kan? See? Saya kenal awak!" Nadia tidak berputus asa ingin mendapatkan nombor telefon Amsyar.
"Sorry. Maybe awak salah orang. Saya..saya pergi dulu. Assalamualaikum" Amsyar terus meninggalkan Nadia yang masih terpinga-pinga. Mungkin tidak dapat menerima jawapan Amsyar tadi.
"Nadia!! Kau pergi mana ha? Puas aku cari tau! Kalau hilang macam mana? Kau ni bukannya kecik lagi dah besar pon!" Eff yang baru menjumpai rakannya itu amat geram dengan perangai Nadia. Menghilang secara tiba-tiba.
"Amsyar.."
YOU ARE READING
Waiting You
Random"Aku nak jumpa saka tu" Ehh tiber Eff ni. "Boley je tapi tula aku lupa nak mintak number kat Angsana tu..takut punya pasal der" "Haishh kau ni nak kata bodoh tak, bebal lagi la mintak simpang la. Si Angsana tu saka. Saka mana ada phone gila!!" Eff s...