Bab 30

34 1 0
                                    


Raya kedua

Nadia P.O.V

Harini pagi-pagi buta Arash kejutkan aku dengan Maya sebab katanya nak bawak kitorang tawaf satu kampung beraya. Lebih kurang satu kampung jugakla. Si Arash ni tinggal kat kampung jer. Dia anak mak ngah aku. Mak ngah aku dah bercerai dengan laki dia then dia balik kampung tinggal dekat rumah nenek aku. So, Arash dengan adik dia Arish tinggal dan bersekolah dekat kampung ni.

Yang pergi beraya harini aku,Arash,Maya,Arish,dan Biya. Semua perempuan kecuali Arash. Mula-mula Jebon kata nak join. Tapi mak dia kata tak boleh. Sebab dia dah besar plus dia kena study for spm. Ha lantak mu ler asalkan aku dapat beraya. Hoho.

Kitorang mula bergerak dari pukul 12 tengah hari. Selesai je sarapan,memasing bedezup nak get out dari rumah nenek. Dok umah pon buat apa je? Kitorang yang budak-budak ni selalunya dipalaukan oleh orang tua. So,ajak puak sekaum buat hal sendiri je la. Mula-mula ingat nak jalan kaki tapi sebabkan ada motor, bawak jela. Nenek ada satu motor. Mak ngah pulak ada dua sebab lagi satu motor Arash. Arash naik sendiri. Naik motor dia la. Aku bonceng Arish naik motor Mak ngah and Maya dengan Biya.

Jalan punya jalan dah nak dekat pukul 5. So kitorang decide nak berhenti beraya and solat asar dekat surau kampung. Masa nak pergi ke surau tu,kitorang kena lalu satu jambatan ni lepastu terus jumpa surau. Dari dulu lagi aku dengar orang kata jambatan ni berpuaka. Entah sebab apa pon aku tak tau.

Masa aku nak naik jambatan tu, agak susah sebab tinggi sikit jambatannya. Sampai aku suruh Arish turun. Last last aku tuntun je motor tu. Arish pulak dah maju kedepan tinggalkan aku. Peh sampai aty! Bila aku lalu je jambatan tu aku rasa lain macam. Tak tau apa perasaan tu. Aku pandang sekeliling. Tak ada apa pon. Aku teruskan jalan and fikir benda positif je. Tapi bila aku nak gerakkan kaki aku balik,ada mende kat depan aku. Jarak dia dalam dua meter. Like seriously, kat sini pon kau nak muncul?

Aku cuba buat dunno benda tu. Aku cuba kuatkan hati aku. Mulalah aku baca ayat kursi dan mohon pada allah tak ade apa-apa yang jadi.
Dah lah kene seret motor ni sekali. Kalau tak dah lama aku lari. Aku tak sempat nak tengok dia dengan detail. Yang aku nampak just rambut panjang. Heh! Asik hantu je rambut panjang. Tak pernah aku jumpa hantu lelaki yang hensem ke apa. 

Hati aku berdebar-debar hanya Allah je yang tau. Huh dah nak sampai ke surau tu Nadia! Sikit je lagi. Aku yakinkan diri aku yang aku akan sampai dengan selamat. Ini bukan bumilah kalau tiada cabaran. Bende tu boleh pulak bertenggek dekat motor yang aku seret ni. Ehh tuntun. Macam mana aku tau? Berat bhaii. Lepastu dari cermin sisi aku nampak macam ada bulu-bulu rambut. Pehhh apa seh nak main tumpang-tumpang bagai! Fikir aku grab or teksi ke?

Ya Allah kuatkan lah hamba mu ni! Serious aku rasa lemah sangat. Rasa nak pitam pon ada. Tapi aku tak boleh takut bende ni lebih dari Allah. So,aku cuba kuatkan diri aku. First, memang berat gila bhaii aku nak bawak motor ni. Tapi lepas aku baca ayat kursi dan surah yang lain,makin lama bende tu hilang. Nasib baik mu tak degil macam Satria Kepumpum tu!

Fuh selamat! Alhamdulillah.
Satu ujian selesai.
Harap tak ada lagi lah. Cukuplah aku penat ni.

Dan alhamdulillah perjalanan aku selamat je. Arash terus panggil nama aku bila nampak aku baru sampai.

"Lama gila kau nak sampai! Aku sampai sempat buat solat hajat tau!" Lambat sangat ke? Alah berapa minit je nak buat solat hajat tu.

"Hehe. Sorry la. Tadi..emm tak pe la" aku rasa kisah tadi tu tak penting untuk diceritakan dekat Arash. Takut bende tu muncul tiba-tiba pulak.

"Ye ke? Or.. kau kena kacau?" Serentak tu aku bulatkan mata aku. Terkezut weih! Betul apa yang Arash cakap ni.

"Acaner kau tau Ash?"

"Aku nampak la tadi sengal! Kau ni takut sangat nak share dengan aku pasai pa? Aku pon lupa nak cakap yang jambatakn tu keras. Sorry lah Nad." Ash tiba-tiba buat muka sedih. Drama king betul.

"Sokey. Aku nak solat dulu. Lepasni kita ke rumah Tok Wan and balik teruskan?" Rumah last untuk kitorang beraya harini.

"Haah. Sebelum pukul tujuh insya allah sampai rumah nenek" aku hanya mengangguk.

Selesai solat, aku teringatkan jambatan tadi. Aku macam pernah nampak jambatan tu. Bukan kat realiti. Sebab jambatan tu kat kampung aku kot! Macam pernah nampak dalam mimpi. Tapi mimpi yang mana eh? Mimpi aku tengah berjimba dengan Hafiz kat jambatan sebelum kem tu ke? Yang drama hindustan tu? Ehh macam lain je.

Penat aku berfikir,aku pasrah dan redha. Kitorang mula on the way nak pergi beraya rumah Tok Wan. Kali ni, Ash tawarkan diri nak jalan paling belakang. Disebabkan aku kurang mahir selok belok kampung, Maya mengetuai perjalanan kitorang. Peh macam nak ke Siam. Padahal rumah Tok Wan je.

Masa tengah naik jambatan tu aku dengar macam ada orang panggil nama bapak aku. Like seriously? Aku selalu tengok kat movie panggil nama mangsa tu. Tapi kali ni bende tu panggil nama bapak aku pulak. Peh main kasar nampak? Nama bapak pon jadi eh! Tak semena aku terberhenti kat tengah-tengah jambatan. Arash yang pelik tengok aku pulak berhentikan motor dia kat sebelah motor aku.

"Buat tak tau je pasal apa yang kau dengar atau nampak. Jambatan ni memang keras pon. Dah cepat jalan. Aku kat belakang kau" Oh my Arash! Why so sweet ha? Aku hanya mengangguk dan senyum. Arish kat belakang aku ni bukan tau mende. Yelah budak 10 tahun jer.

Perjalanan aku diteruskan sampailah tiba di destinasi.
Arash sempat cakap kat aku yang dia nak bercerita pasal jambatan tu kat aku bila sampai rumah nenek semula.

Seperti yang dijanjikan petang tadi, Arash mengumpulkan puak kitorang iaitu sepupu alam persekolahan. No wonder la akak dengan abang aku tak ada dalam puak ni kan? Sebab diorang budak Universiti. Ha! Jap lagi Jebon pon akan diusir. Haha.

Lepas Arash bercerita dekat semua sepupu aku pasal ada bende bertenggek kat motor Mak ngah, dia terus sambung cerita pasal jambatan tu. Dia bukan lah pro sangat pasal bab tu. Tapi dia just penah dengar dari budak sekolah dia dan orang-orang tua kat kampung ni. Biasalah kampung kan? Anak orang masuk Universiti pon boleh kecoh sampai ke kampung sebelah kot! Ehehe gurau. Tapi boleh jadi.

Oke. Pasal jambatan tu.
Aku just sampaikan je eh apa yang Arash cakap tu?

Arash cakap, jambatan tu dah lama dibina. Tapi tak la lama nak mampus. Dalam tahun 90-an atau tepat 2000 macam tu. So, jambatan ni pada mulanya memang susah gila nak mampos kukuh. Apatah yang susah sangat pon tak tau. Padahal tanah dia okay je. Banyak juga kontraktor yang cuba nak kukuhkan balik jambatan tu. Tapi semuanya gagal. Sampai suatu hari, ada seorang kontraktor ni dia dapat kukuhkan jambatan tu. Semua orang kampung gembira sebab jambatan tu memang penting. Nak hubungkan ke pekan dan surau.

Tapi,lama kelamaan jambatan tu makin digeruni. Bukan sebab ada monster ke apa. Tapi. Ada penunggu dekat situ. Hampir setiap hari penduduk kampung kena ganggu. Puas ustaz kat kampung ni azan,baca ayat al-quran dan macam-macam lah untuk buang penunggu tu. Tapi gagal. Lama kelamaan penduduk kampung dah lali dengan gangguan dia.

Mungkin disebabkan dia tidak dilayan, penunggu tu macam hilang dari radar. Tup tup dapat aduan dari kampung sebelah. Katanya ada hantu setiap malam ketuk pintu rumah penduduk kampung. Haish! Kurang kasih sayang betul hantu ni.

Sampailah awal tahun ni, hantu tu muncul balik. Tau rupanya jalan balik. Ingat macam kacang lupakan kulit dah. Dia mulalah kacau orang. Tapi orang pon sekarang malas nak layan dia. Dah bertaun kot dia kacau orang. Hantu tu cuma kacau je. Tak ada pula nak merasuk bagai. Alhamdulillah lerr tak ada kes macam tu lagi.

So, sampai sekarang tak tau apa puncanya bende tu muncul. Tapi ramai orang buat spekulasi yang kontraktor tu macam guna penanggal nak kukuhkan jambatan tu. Tapi tak tau lah kan. Just mitos orang dulu. Tapi boleh jadi. Manusia kan? Syirik,khurafat,munafik tu bila-bila boleh dibuatnya.

And yes! Sekarang baru aku ingat jambatan tu aku pernah nampak dekat mana!

Jambatan tu

Jambatan dekat mimpi ngeri aku!

Waiting You Where stories live. Discover now