Izz p.o.vHulalala. Im here.
Harini semacam biasa kitorang akan bangun,solat,melantak,
bersenam and ada la beberapa aktiviti sebelum makan tengah hari.
Actually semalam tu kita lupakan jela aeh? Malu lah. Huhu. Lepas dah habis buat aktiviti berkumpulan, fasilator cakap ada pertandingan memasak. Setiap kumpulan perlu decide satu menu makan tengah hari."Wei,nak masak apa ni?" Luqman memulakan perbicaraan kitorang pagi ni.
"Mee goreng nak?" Aku bagi cadangan.
"Ni makan tengah hari wei" Ema mempersoalkan cadangan aku. Okay apa mee goreng. Bila-bila masa pon boleh makan kan?
"Eh jap jap! Kat sini siapa je pandai masak?" Ain pulak bertanya. Kau perempuan kau tak reti masak ke? Haishh nak je aku cakap. Tapi takut dia mengamok pulok.
"Korang perempuan tak kan tak reti masak?" Terharu aku bila Eff sependapat dengan aku. Haha.
"Entah. Apa guna jadi perempuan?" Fahim pulak mengapi-apikan keadaan.
"Huh! Koramg ingat jadi perempuan ni nak memasak je ke? Ain tanya sebab manatau dalam kalangan korang ni ada yang dua alam. Senang laa ada orang nak membantu kan?" Kali ni Bedah pula melawan.
"Woii! Korang ni jangan jadi budak-budak boleh tak? Nak gaduh pulak. Kita nak decide menu apa nak masak. Bukan perang mulut." Nadia dah mula marah. Seriously aku tengok diorang terdiam. Takut ke?
Krikk krikk krikk
"Kalau tak nak masak mee goreng, korang nak masak apa?" Hani cuba memulakan perbicaraan yang kedua.
"Mushroom soup dengan roti" Zati pulak beri cadangan.
"Bahan-bahannya ada ke?" Aku pulak yang bersuara
"Kau ni Izz. Kan fasilator tu kata kita kena pilih menu pastu bagitau dia,then senaraikan bahan-bahan sebab nanti diorang nak belikan. Tu lahh berangan je masa diorang bagi arahan tadi." Luqman marah aku.
"Tapi kan...roti? Kenyang ke?" Ain mempersoalkan roti tu. Tapi memang betul gak. Roti je? Mana kenyang wei.
"Dah tu?? Nasi? Nasi apa? Nasi berlauk? Sape je pandai masak lauk tu semua?"-Bedah
"Sedap juga tu. Lagi pon makanan tengah hari kan? Haa sesuai la" Aeh aeh banyak cantik kau Luq, dah la susah nak masak lauk tu semua.
"Aku pandai laa jugak masak kari ayam dengan masak lemak cili api. Korang? Ada siapa lagi pandai masak?" Kali ni Nadia menawarkan diri. Err macam menawarkan diri nak memasak.
"Aku tak pandai masak ayam apa semua tu, tapi tumis sayur reti la" kalini Bedah pulak. Haa bagusla tu seimbang sikit makanan ada sayur.
"Yang lain? Korang pandai masak?" Nadia bertanya.
"Nope" ujar Ain selamba. Dia memang. Nak masuk dapur? Buat air pon letak garam. Aku tau sebab budak-budak ni cerita masa diorang kena masak untuk PBS haritu.
Aku tengok yang lain pon geleng-geleng. Aku pon join. Best la jugak.
"So? Nak masak apa? Setuju tak masak makanan berlauk tu?" Eff pulak bersuara.
"Oke cam ni la.. kita undi. Siapa nak makan kari ayam dengan masak lemak cili api." Bernas kan cadangan aku?
Semua pon angguk je.
Dan keputusannya kitorang akan masak ayam masak cili api dengan sayur tumis. Air pulak jus oren. Haa pepandai laa nak memerah oren tu.Pertandingan memasak dah bermula. Aku cuma tolong buat air je. Aku nampak Nadia yang jadi chef harini. Nadia dari dulu memang suka memasak. Aeh tak. Dia kena paksa dulu. Pastu baru suka sikit. Haishh. Tengah masak pon cute. Aceceh. Ehh bukan Nadia ehh tapi lauk tu. Oke merepek. Malu lahh.
Tengah sibuk mengusya Nadia soh aku tolong dia potong kentang. Aku pon dengan muka redha pergi. Masa nak potong kentang terakhir tu, boleh pulak jari aku terluka. Aku pandang Nadia. Dia buat dunno je. Well cerita aku bukan macam drama, ada perempuan tolong balutkan luka bagai. Aku? Kena buat sendiri laa.
Aku amik first aid dari bilik kesihatan. Aku bersihkan dulu luka dengan air lepastu sapu ubat. Then balut. Oke tu hanya dalam otak aku. Aku bekum buat lagi. Aku baru je nak bangun lepastu ada suara garau mana entah soh aku duduk. Rupanya Eff. Oh dia.
"Meh aku tolong kau. Aku ni pbsm yang berjaya tau". Pikir lawak ah? Aku just senyum. Nak jaga hati.
"Thanks tolong" aku acah-acah nangis..hahaha
"Most welcome."
Lepas dah bakut membalut tu Eff ajak aku berborak kejap. Entah angin apa nak berborak dengan aku bagai.
"Kau.. suka Nadia ke?" Oh mak kau! Soalan tu jugak ke kau nak tanya aku? Tak ada soalan lain? Aku solat ke tak? Tak ada?
"Err asal kau tanya cem tu?" Pleaselah. Aku tak nak jawap soalan ni.
"Cuz..aku rasa kau suka dia. Betul tak? Dari percakapan kau aku tau. Actually kau nak confess kat dia semalam?" Like seriously?? Macam mana dia tau? Ergh. Pelik lah Eff ni.
"Haha dari percakapan? Selalunya dari pandangan mata" tu je aku daoat balas.
"Jawap la apa aku tanya tadi. Malu ke? Tak yah la nak malu dengan aku. Saiz boxer kau pon aku dah tau kot" haishh jujurnya mamat ni.
"Ishh pervert! Haishh ye laa aku mengaku aku suka dia. Dah lama dah. Dari darjah enam. Tapi aku tak berani nak confess. Aku malu. Even korang tengok aku macam tembok. Tapi..bab-bab cinta cintun ni aku low sikit" ye tu semua betul.
"Haha. You are so funny. Aku pon bukan nak bagi kau nasihat pasal cinta ke apa.Im zero about love. Aku just nak pastikan andaian aku ni betul or tak. Kau..nak confess kat dia ke?"
"Confess? Maybe. Tapi aku tak de la ajak couple ke apa. Aku pon tak suka couple ni. Just nak tenangkan hati aku je. Dah penat simpan rasa suka diam-diam. Nak je aku lempang. Tapi tak leh, tu hati aku. Haha" aku try buat lawak guys.
"Ehh kau. Main lempang-lempang pulak. By the way gud luck laa kalau nak confess tu. Jom kita gi sana. Diorang dah selesai masak kang naya. Tak pasal-pasal kita jadi lauk."
"Hahaha. Okey jom"
Pertandingan memasak berakhir.
Kitorang makan.
Juri makan.
Semua makan.
And seriously, Nadia masak sedap jugak. Boleh laa jadi bakal isteri aku. Haha
Kidding guys. Kidding.*******
Chapter ni hambar ken?
Hope korang dapat vote jugak cerita ni❤
YOU ARE READING
Waiting You
Random"Aku nak jumpa saka tu" Ehh tiber Eff ni. "Boley je tapi tula aku lupa nak mintak number kat Angsana tu..takut punya pasal der" "Haishh kau ni nak kata bodoh tak, bebal lagi la mintak simpang la. Si Angsana tu saka. Saka mana ada phone gila!!" Eff s...