"Izz!!!"
Air mata aku mengalir dengan laju. Tak!! Jangan tinggalkan Nad. Please.
Liya menikam Izz dengan penuh kepuasan.
Dia memberikan dua tikaman kepada Izz. Aku menghentikan perbuatan dia dengan menolak dia sekuat hati aku. Sehingga dia jatuh kesakitan."Izz.. Izz jangan tinggalkan Nad. Nad sayang Izz. Izz please Izz.. Kuatkan diri Izz. Kita baru jadi kekasih selama lapan hari. Izz tak kesiankan Nad ke? Izz bangun. Izz" aku menangis sepuasnya. Aku takut. Aku tak nak kehilangan Izz.
"Iya...Izz pon.. Sa.. Sayang iya. Izz tu.. Tunggu iya.. Kat syu.. Syurga. "
"Izz.. Jangan. Izz"
Aku menggenggam erat baju yang dipakai oleh Izz. Aku menangis sepuasnya.Aku sempat menyuruh dia melafazkan dua kalimah syahadah sebelum meninggalkan aku. Izz. Saya sayang awak.
"Izz!!! "Aku meraung kesedihan. Kenapa? Di saat aku bahagia dia perlu tinggalkan aku? Ya Allah kuatkan aku.
"Ya allah! Nad! Izz! "
Eff tiba bersama beberapa anggota polis untuk menangkap Liya.
Aku tidak menghiraukan mereka. Aku hanya memandang Izz yang telah pergi meninggalkan aku. Aku kena kuat. Kena redha.
----------------------------------------------------------
Sebulan kemudian
Aku meratapi kubur arwah dengan kesedihan. Dia seorang yang baik. Penyayang. Sabar. Walaupun dia agak sewel, tetapi perangai dia yang sewel dan gila-gila tu lah yang menggembirakan aku.
Sungguh aku rindu dia. Dah sebulan dia tinggalkan aku. Dia berkorban nyawa untuk aku. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Ya allah. Makbulkanlah.----------------------------------------------------------
"Kau okey Nad? " Eff yang datang melawat aku harini bersama Hani. Nasib baiklah Hani ada. Dialah tempat aku mengadu. Eff juga telah membantu aku dalam kes pembunuhan Izz dan keganasan Liya terhadap aku.
Liya telah disahkan meghidap penyakit mental. Sejak dari tingktan 5. Aku tak sangka kawan baik aku dulu, jadi pemusnah kebahagiaan aku sekarang. Aku tak taulah kenapa dia boleh jadi macam tu. Sebab cinta? Mungkin. Cinta yang terhalang.
"Nad.. Aku harap kau kuat hadapi semua ni. Kitorang akan sentiasa ada untuk kau. Sorry sebab aku tak de masa kau susah senang. Aku tak tau pulak Liya datang cari kau lagi. Aku harap kau sabar ye" Hani rasa bersalah terhadap aku. Tapi.. Dia tidak salah apapun dalam hal ini.
"Sokey Hani.. Kau tak salah apa-apa pon. Lagipun kau kat sana study, bukan berfoya-foya macam Eff ni"
"Eh.. Aku pulak! Aku ni baik auu.. Budiman pulak tu" ujar Eff. Acah je mamat ni.
Maka, bergelak ketawalah kami bertiga. Macam dahulu. Banyak perkara yang aku lalui bersama diorang. Susah senang bersama. Aku sayang dengan friendship ni. Dioranglah pendorong kekuatan aku. Bagi aku semangat. Saat dua insan yang aku sayangi pergi tinggalkan aku. Tak termasuk Amsyar okay!!! Hanya abah dan Izz. Izz...
Sudah pukul 5 petang. Hani dan Eff juga mahu pulang ke rumah masing-masing. Tetapi.. Sebelum Eff meninggalkan aku, dia ada memberikan sebuah kotak kepada aku.
"Ni arwah yang bagi. Dia memang amanatkan supaya aku bagi kat kau sebulan selepas dia pergi. Dia lah yang panggil aku untuk bantu dia. Kalau kau nak tau lebih lanjut, kau bukalah kotak ni. Nad, aku harap kau tabah okay? "
Aku hanya mengangguk. Terkejut. Apa yang Izz berikan kepada aku dalam kotak ni?
--------------------------------------------------------
Kehadapan Nur Nadia Azzahra, here i am. Your beloved friends. Or boyfriend? Haha. Izz cuma nak ucapkan terima kasih kat Iya. Sebab Iya sudi terima Izz yang gila-gila ni. Izz sebenarnya dah lama suka Iya. Since form 1. And.. Tak sangka kita bertemu kembali masa tingkatan tiga kan? Izz ingat Izz dah tak kan jumpa Iya lagi lepas kat kem haritu. Tapi jodoh kita still ada. Kita jumpa kat universiti ni. Sebabkan Iya broken dengan Amsyar, Izz sembuhkan luka Iya. Walaupun Iya tak berapa suka dengan Izz, Izz cuba yang terbaik nak bahagiakan Iya.Izz ingat Iya akan tolak cinta Izz masa Izz confese. Rupanya tak. Thanks terima Izz. Izz ikhlas cintakan Iya. Memang Izz ikut Iya masa Iya pergi beli barang haritu. Sebab Izz tak sedap hati. Izz minta tolong Eff standby and bawak polis pergi hotel tu. Izz sanggup tau ponteng class Madam Suzan. Haha. Iya, kalau Iya dapat surat ni bermakna Izz dah tak ada kan? Izz dah tinggalkan Iya. Izz nak Iya move on. Nak Iya cari pengganti Izz. Stop waiting me. Cuz it will hurt you so much. Please. Cari pengganti Izz. Kalau itu yang terbaik untuk Iya. Iya doakan Izz masuk syurga ye. Sayang awak.
By, IZZ NAZIMI
Ya allah.. Gugur air mata aku baca surat ni. Kenapa Izz nak suruh Iya cari pengganti? Izz, sejak Amsyar tinggalkan Iya, Iya pernah cakap kat diri Iya yang Iya taknak sukakan lelaki lagi. Biarlah jadi andartu sekali pon. Tapi bila Izz confese, Iya rasa teruja sangat. Iya rasa Izz yang terbaik buat Iya. Iya taknak cari pengganti Izz. Iya akan tunggu Izz kat syurga nanti. Izz tunggu Iya ye?
Aku kemudiannya melihat sebuah kotak kecil yang ada di dalam kotak pemberian Izz. Aku membuka kotak itu. Ianya seperti kotak bungkusan cincin. Ye. Sememangnya cincin. Di situ ada sticky note yang bertulis
'For you, my heart'
Heart? Seriously? Kenapa heart? Oh.. Jantung. Pengarang jantung hati eh?
Aku menyarungkan cincin di jari manisku. Sesuai sangat. Simple and sweet.
Di kotak pemberian Izz juga ada gambar-gambar semasa aku bersamanya. Dan gambar semasa di tingkatan tiga. Kelakar sangat. Aku rindu saat itu semua. Rindu.Izz, macam yang saya cakap..
Saya akan tunggu awak...
Memang kita tiada jodoh di sini..
Tapi insya allah di sana nanti awaklah jodoh saya..
Saya bukan tak boleh terima takdir..
Tapi saya cuma nak awak..
Saya nak awak jadi kekasih saya..
Saya nak jadi tulang rusuk kiri awak..
Forever...-TAMAT-
YOU ARE READING
Waiting You
Random"Aku nak jumpa saka tu" Ehh tiber Eff ni. "Boley je tapi tula aku lupa nak mintak number kat Angsana tu..takut punya pasal der" "Haishh kau ni nak kata bodoh tak, bebal lagi la mintak simpang la. Si Angsana tu saka. Saka mana ada phone gila!!" Eff s...