Bab 34

38 2 0
                                    


Nadia P.O.V

Sekarang dah bulan 10. Pt3 haritu Alhamdulillah okay je aku jawab. Even kena selesaikan masalah makcik Zainab pasal pintu dia.

So,seperti yang dirancang. Mission akan dimulakan harini! Zikgay pon sebenarnya dah setuju nak hantar Amsyar balik kampung. Nasib baik dia tak join sekaki. Kalau tak susah la nak korek rahsia dia ni. Aku,Eff dan Hani just naik grab nak ke rumah Nenek. Tak lupa...aku rindu Arash! Hahaha.

Dalam tiga jam perjalanan, kitorang tiba di Kampung Belahan Kain. Finally!! Tak sabar nak acah jadi Detective Conan.

Usai turun daripada kereta, kitorang terus berjumpa dengan Nenek. Lepas makan,borak-borak dan berehat, petang tu tiba-tiba Nenek ajak aku pergi rumah Nek Tam, nenek Amsyar. Like seriously? Boek doh! Ingat nak ajak Nenek pergi sana. Last last dia ajak aku! Aku pon apa lagi, ajak la Eff dan Hani. Acah nak melawat kampung. Haha.

Jalan punya jalan. Jumpa jambatan. Aek? Kena lalu jambatan ni ke? Aduyaii..

"Nek..kena lalu jambatan ni ke nak ke rumah Nek Tam tu?" Takut jugak aku ni..kang tetiba muncul jembalang. Tak ke bahaya tu.

"Ye la! Kamu nak lalu mana lagi? Rumah Nek Tam tu dekat belakang surau tu je. Dah jom cepat..nanti kuih kasturi ni sejuk. Dah tak sedap" Adeh!! Dia pikir kuih kasturi dia pulak!

"Nad..tempat ni keras ke?" Eff yang datang dari mana tiba-tiba kat sebelah aku.

"Macam tu lah kot. Sepupu aku pernah cerita jugak..yang macam ada penunggu kat sini" seram duhh nak cakap!

"Ohh..no wonder la aku nampak sorang perempuan dekat sebelah Hani. Aku ingat tu sepupu kau." What?? Sebelah Hani? Maksudnya dekat depan aku ke? Sebab nenek dah maju ke depan. Hani pulak kat belakang nenek. Aku pulak kat belakang Hani.(pandai-pandailah susun)

"Ka..kau tak halang dia daripada dekat dengan Hani?" Aduhai! Teruk lah dapat member tak berhijab matanya ni. Seram!

"Buat apa? Dia jalan sebelah Hani je. Kalau dia tak kacau, kita tak payah la kacau dia. Kang mengamuk kita yang susah tau!" Gila punya Eff! At least cakap laa kat Hani. Biar dia jauhlan diri dari benda tu.

Akhirnya...kitorang tiba di rumah Nenek Amsyar. Aku nampak Nenek Amsyar dan Amsyar tengah duduk dekat pondok kecil depan rumah tu. Tengah minum petang rasanya.

"Asalamualaikum, Tam. Minum petang ke?" Nenek yang mendahului kitorang memberi salam.

"Waalaikumsalam, tak lah.. tengah gosok baju ni haa" pehh pandai jugak nenek ni nak melawak.

"Heeh kau ni! Ha..ni aku bawak kuih kasturi. Lepastu ni haa..cucu aku dengan kawan dia. Salam ni nenek" nenek menyuruh aku bersalaman dengan Nek Tam.

"Lahh..dah besar cucu kau ye!  Cantik pulak tu. Putih.."  Nek Tam menepuk-nepuk bahu Hani sambil memuji.Nek Tam ni puji aku ke Hani?

"Ehh..ni bukan cucu aku..ni ha cucu aku! Nadia namanya. Yang kau dok puji tu kawan dia, Hani" hahaha. Nenek dah tergelak je. Ye lah aku tau aku tak selawa Hani. Hani pulak dah malu. Hurm. Lumrah wei. Lumrah.

"Lah yeke?? Maaf lah ye nak" aishh..senyum jela yang ku mampu.

Nenek dan Nek Tam rancak berborak tentang gosip dan isu semasa di kampung. Kalahkan YB tau tak? Sampai Najib dengan Rosmah pon di masukkannya. Dari tadi, Eff sibuk melayan Amsyar. Tiba-tiba Hani menghantar signal yang menunjukkan 'bila-kau-nak-tanya-

Oh ye! Aku lupa nak tanya nenek pasal Zikri!! So, mohon muka aku kebal untuk bertanya. Bismillah...

"Nek Tam..emm sorry menyampuk. Nadia nak tanya boleh tak?" Dengan lemah lembut dan sopan santunnya aku bertanya.

Waiting You Where stories live. Discover now