Bab 33

28 1 0
                                    


Someone P.O.V

"Asal kau bodoh sangat ha? Susah sangat ke nak hapuskan diorang? Kau lupa ke apa yang bapak diorang dah buat dekat tuan kau dulu? Kali ni apa yang menghalang kau?" Huh! Tak guna! Suruh hapuskan budak kecik dua ekor tu pon tak boleh!

"Maaf tuan..tapi..Angsana.. dia halang saya daripada hapuskan budak-budak tu! Kuasa dia..lagi hebat dari saya! Saya tak boleh kalahkan dia."

"Huh! Angsana lagi ke? Sudah! Nanti aku kuatkan kuasa kau. Lebih kuat daripada Angsana tu. Tapi..setakat ni aku tak jamin kau akan lagi kuat daripada Pak Ustaz kat luar sana. Tah apa diorang baca. Yang pasti dengan budak tu kau tak kalahkan?" Dah berapa kali aku buat upacara tambahkan kuasa kau! Tu pon tak boleh harap! Nasib baik kau dah kalis ayat kursi.

"Ye! Saya masih boleh lawan budak takguna tu. Tuan mesti cepat! Takut diorang terlepas!"

"Aku tau lah apa yang aku buat..kau pergi makan santapan kau tu. Mesti lapar kan? Ingat..lepas ni, kerja kuat sikit! Jangan sampai aku turun padang."  Dah la aku tengah sibuk! Nak bagi dia makan lagi.. kalau tak disebabkan aku nak balas dendam,tak adanya aku nak bela kau la Satria..!

"Baik tuan.."

"Oh mak kau! Kau nih! Nak bertukar jadi penanggal tu bagi la clue sikit! Kan aku dah terkejut!" Haish..tiba-tiba bertukar jadi hodoh lepastu lalu depan aku. Apa kebende lah!..

**************

Eff P.O.V

Tepat pukul 11 malam, kitorang tiba di Hospital. Amsyar sekarang tengah dirawat. Nasib baiklah tak kuat hentakan kepala dia tu.

"Eff..kau dah telefon mak bapak Amsyar?" Dengan wajah risau Hani menyoal.

"Dah..maybe lambat kot" Aku dah telefon masa perjalanan nak ke Hospital lagi.

"Wei...korang tak terfikir balik ke apa yang Satria Kepumpum dengan Angsana cakapkan tadi?...aku..aku rasa nak tanya abah aku la. And..macam mana kita nak cakap dekat papa Amsyar pasal semua ni? Rasa tak logik dohh cakap ada saka yang buat macam ni.." Nadia yang tengah bersandar di dinding bertanya.

"Aku rasa better kita cakap je benda yang betul. Diorang nak percaya atau tak tu lantak la. Yang penting kita jujur even benda tu macam merepek. But still boleh jadi kan? And Nad..kalau kau nak tanya bapak kau, take it slowly..okay?" Haish..masalah doh! Bila nak bulan 10 ni.

Selang beberapa minit,ibu bapa Amsyar tiba. Mereka terlebih dahulu melawat Amsyar. Menurut doktor, tiada kecederaan parah di kepala Amsyar. Hanya cedera ringan. Fuh! Sebaik.

"Nak..anak ni yang keluar dengan anak pakcik ke?"soal ayah Amsyar. Mengikut pandangan mata aku, ayah dia still hensem. Ye lah..tengok ler anak dia si Amsyar uh. Sampai si Nadia ter'crush' kat dia bagai.

"Ye saya pakcik,nama saya Heffny Ammar" sejurus itu aku memberikan senyum manis dan sopan.

"Oh..em..sebenarnya pakcik nak tanya, kenapa Amsyar boleh jadi macam ni ye?" Sudah ku pasti dengan soalan ini.

Maka,bermulalah penceritaan aku. Setiap butir bicara aku seperti rakaman kejadian  di rumah hantu tadi. Okey over pulok!
Nadia dan Hani yang berada di sebelah aku pon mengangguk-angguk bersetuju dengan cerita aku.
Mak tiri Amsyar pon sama.

"Macam tu ke nak? Astaghfirullah.." Mak tiri Amsyar seperti terkejut dengan penceritaan aku ni.

"Pak cik rasa tak perlu lah kita besar-besarkan hal ini..lagipun kita tidak tahu kenapa dia buat macam tu. Anak ni semua nak balik naik apa ye?"

"Err.. ibu saya yang akan ambil kitorang pak cik." Ujar Nadia. Memang ibu Nadia yang menawarkan diri mengambil dan menghantar kitorang pulang. Sebab ibu dia pulang lewat dari tempat kerja. Kerja jauh la katakan.

"Oh begitu..kalau macam tu,pakcik dengan makcik nak turun bawah sekejap ye. Kamu semua balik lah. Dah lewat sangat ni"

Kitorang hanya mengangguk.

.
.
.

Smk Budiman

Harini hari isnin. Semalam Nadia whatsapp aku and dia kata dia ada plan pasal kes dia dengan Amsyar.
Maka pada waktu rehat,kitorang mulalah bercerita...

"Apa plan boek kau tu Nad?" Aku memulakan perbicaraan.

"Aku ada plan ni. Aku ingat lepas pt3 kita pergi kampung aku. Dengan Amsyar. Alah yang plan degan Zikgay tak jadi uh. Lepastu kita try lah korek rahsia pasal Zikgay tu." Bersungguh-sungguh Nadia memeberikan ideanya.

"Kita nak korek dari siapa?" Kali ni Hani pulak bertanya.

"Alah sape-sape je. Yang ada kaitan dengan Zikgay tu. Nanti kita tanya lah Amsyar siapa ahli keluarga diorang yang ada kat kampung tu"

"Tapi kalau diorang tak nak bercerita? Macam mana?" Kali ni aku pulak keluarkan pendapat. Tak kan la senang-senang ahli keluarga diorang nak bercerita pasal Zikgay kan?

"Hm...tu aku..tak sure pulak. Ha!! Aku tahu!!" Oh mak kau! Nadia ni nak menjerit pon agak lerr.

"Aku akan tanya nenek aku. Sebab,masa raya haritu..Family Amsyar datang beraya umah nenek aku. So,mesti lah nenek aku kenal family diorang kan?" Terangkat-angkat kening Nadia selepas bercerita.

"Haah lah! Kita boleh la pancing nenek kau dengan nenek Amsyar ceritakan pasal Zikgay." Hani dengan terujanya bercakap.

"Hmm..ada gunanya jugak. So,kita nak tanya pasal tu je ke? Pasal Zikgay je? Or pasal Satria Kepumpum? Tapi tu nenek tau ke? Aduh pening ahh" aku yang keluarkan soalan,aku yang pening.

"Okay..cem ni. Kita tanya dulu  pasal Zikgay. Pasal latar belakang dia. Lepastu, kalau nenek Amsyar tak nak jawab,kita cerita jela apa yang selama ni berlaku. Bawak Amsyar sekali. Baru dia percaya kan? Lepas dah dapat info semua...aku akan tanya bapak aku pulak. Manatau ada rahsia selama ni yang dia belum bagitau" panjang berjela  Nadia memberitahu rancangan dia.

"Then?..." Hani yang masih blur menyoal.

"Lepastu.. kita cuba la settle kan. Dah dapat tau apa rahsia dan kenapa Satria Kepumpum kacau aku, baru kita boleh selesaikan masalah ni." Aku dan Hani mengangguk-angguk. Betul jugak uhh. Kita mesti kena tau punca dia. Baru boleh selesaikan masalahnya.

"Bagus jugak otak kau ni Nad..so, untuk dua bulan ni kita lek lek lu.. focus on pt3. Lepastu baru kita start kita punya mission. Okay?" Ha macam mission impossible pulak aku rasa.

"Okay!"

......................

Waiting You Where stories live. Discover now