KEMALANGAN

354 37 2
                                    

 Encik Nordin dan isterinya, Puan Hamidah segera bergegas ke hospital. Kereta Proton Preve yang baru dibeli oleh Encik Nordin segera dipandu dengan pantasnya. Isterinya yang duduk di bahagian belakang kereta mengerang kesakitan sambil memegang perutnya yang saiznya bersamaan  dengan lima biji bola baling.

''Abang cepat lah, Midah tak boleh tahan ni'' jerit Puan Hamidah yang tidak dapat menahan kesakitannya.

Dahi Encik Nordin berkerut, tetapi dia tetap meneruskan perjalanannya.'' Sabar yeh sayang dah nak sampai ni. Lagi seminit je lagi'' kata Encik Nordin memberi kata-kata semangat.

 Encik Nordin yang panik segera menekan pedal minyak lalu accelerate ke hadapan. Kelajuan keretanya meningkat dari 80km/h kepada 120km/h. Nasib mereka amat malang apabila kereta yang dipandu hilang kawalan lalu merempuh divider jalan raya. Bahagian hadapan keretanya  teruk diremuk dan cerminnya pula hancur berderai.

Di dalam kereta pula, serpihan cermin yang pecah mengenai kedua-dua mata Encik Nordin, darah pula mula mengalir dengan derasnya. Kakinya pula tersangkut pada bumper dan isi-isi betisnya mula kelihatan. Walaupun rasa jijik, Encik Nordin berusaha untuk mengeluarkan kakinya daripada ruang di antara bumper keretanya. Isterinya pula menjerit menahan kesakitan yang tidak begitu parah pada dahinya sambil memegang perutnya.

 Pada masa yang sama, seorang pemandu Grab melalui jalan tersebut. Dia terdengar bunyi jeritan seorang perempuan. Dengan secepat yang mungkin dia menghampiri kereta tersebut dan berjaya mengeluarkan Puan Hamidah daripada perut kereta tersebut. Malangnya, suaminya tidak dapat diselamatkan kerana suaminya kehilangan banyak darah serta sudah tidak lagi bernyawa.

Walaupun Puan Hamidah agak keberatan untuk meninggalkan suaminya di dalam kereta tetapi dia tidak mempunyai cara yang lain. Puan Hamidah perlu segera ke hospital bagi deliver bayinya.

''Encik boleh tolong saya hantar kat hospital tak''

''Boleh puan, darah pada dahi puan mula bertambah banyak. Kita perlu segera ke hospital. Pasal suami puan, nanti saya call polis bagi tahu. Jangan risau!''

________________________________________________________________________________

Di hospital, Puan Hamidah berjaya melahirkan dua orang cahaya mata. Kedua-dua cahaya matanya mempunyai muka yang lebih kurang sama boleh dikatakan sebagai kembar seiras.

''Wow comelnya bayi aku ni, nak bagi nama apa yeh'' Hamidah bermonolog dalaman.

''Engkau yang besar ini Aiman dan engkau yang kecik ini Iman''

''Kalau aku tidak menyuruh suamiku memandu kereta dengan cepat tadi, sudah pasti dia juga dapat menumpang kegembiraan yang sedang aku lalui sekarang ini'' keluh Hamidah.

________________________________________________________________________________

''Koperal Raziq, tolong saya postmortem  mayat ini. Nanti kalau ada apa-apa yang tidak kena tolong datang inform saya di pejabat'' arah Inspektor Mahmud.

''Baik Tuan''

''Jangan ada satu benda pun miss daripada disiasat''

''Baik Tuan''

  

JANGAN*Where stories live. Discover now