''Lelaki'' jawab Heykal pendek.
''Apa lelaki!! Kalau suara itu kepunyaan lelaki, kenapa engkau marah Jasmine?'' Anip cuba mempertahankan Jasmine.
''Tapi, suara yang aku dengar disebalik semak-samun tu suara perempuan lah'' jawab Heykal sayu.
''Dah lah tu. Engkau balik dulu lah. Jangan fikir banyak sangat.'' kata Anip lalu menyambung rondaannya semula.
__________________________________________________________________________
''Dah lah tu sayang, jom kita balik. Semua orang sedang tengok kita lah'' kata Farhan lalu menghidupkan enjin motornya. Jasmine pun akur akan perintah boyfriend nya lalu membonceng motor Farhan.
''Apa masalah engkau dengan budak tadi tu'' tanya Farhan yang kekeliruan.
''Entahlah, sebenarnya nama dia tu Heykal. Dia ada lagi satu kembar iaitu Haikal. Aku kawan dengan mereka berdua tu dari kecil lagi. Dulu mereka berdua sama tuisyen dengan aku. Masa itulah aku berkenalan dengan mereka berdua tu. Tapi entahlah, tiba-tiba dia cakap aku bunuh adik dia, si Haikal tu.'' kata Jasmine lalu kembali menangis semula.
''Cukup lah tu. Asyik menangis je. Dia salah orang lah tu. Cubalah berfikiran positif sikit'' Farhan cuba untuk memberikan kata-kata semangat kepada Jasmine.
Selepas beberapa minit, Jasmine tiba di rumahnya.
''Jumpa esok. Bye.'' Farhan mengucapkan salam lalu meninggalkan Jasmine.
''Alamak, lupa pulak nak tanya siapa tu Iman!!'' keluh Farhan bersendirian.
Selepas sampai ke rumah, Farhan segera melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
''Ibu,dah masak ke belum?'' jerit Farhan yang kebetulannya sangat lapar.
''Dah. Tunggu sekejap. Adik engkau ni sedang makan ni. Nanti selepas dia makan, engkau makanlah'' jawab aunty Lily dengan marah.
''Kenapa mak sayang sangat anak orang lain? Dia tu tumpang kat rumah ni kerana sekolah dia tu dekat dari sini. Nanti kalau dia dah habis sekolah, mak ingat dia akan datang jaga mak ke? Tak mungkin mak!!'' tegas Farhan yang tidak tahan dengan telatah ibunya yang manjakan anak orang lain.
''Farhan jaga sikit mulut kau tu. Adik kau ni tumpang kat sini dah lebih 2 tahun, ada dia kacau hidup kau. Takde kan. Ibu tak keluarkan sekeping sen pun kat dia tu. Semua keperluan dan kebajikan adik kau semuanya ibu dia membiayai.'' aunty Lily yang tidak tahan akan karenah anaknya itu berterus-terang tentang Iman kepadanya.
Farhan yang tidak dapat membuat apa-apa, hanya mendiamkan dirinya sambil menonton televisyen.
''Dah lah si Iman tu pun aku tak tahu, sekarang gaduh pulak dengan budak ni. Hissshhh'' rungut Farhan bersendirian.
Selepas Farhan menghabiskan makanannya, dia menuju ke bilik Iman.
''Ehheemmm'' Farhan cuba berdehem untuk memanggil Iman kerana dia tidak tahu namanya.
Iman yang dari tadi khusyuk membuat kerja rumah, terkejut apabila melihat Farhan berdiri betul-betul di hadapan biliknya.
''Kenapa abang?'' tanya Iman sopan.
''Dekat sekolah engkau, ada tak sesiapa namanya Iman?''
Dahi Iman mula berkerut. Titisan peluh mula membasahi dahinya. Banyak persoalan mula berlegar-legar dalam benak pemikirannya.
''Kenapa dia nak cari aku? Sebab apa? Untuk apa?''
''Kalau aku tanya tu jawablah'' kali ni Farhan menjerit.
''Errrr, tak tahu bang. Tapi kenapa abang nak tahu dia tu siapa?'' Iman memberanikan dirinya.
''Tu engkau tak perlu tahu. Kalau aku tanya, jawab je. Jangan banyak soal!! Faham tak?'' tengking Farhan semula.
''Errr, sorry bang''
_______________________________________________________________________________
''Aik, sampul surat apa pulak ni atas meja aku ni?'' Jasmine yang tidak sabar untuk melihat isi surat tersebut, segera membuka sampul surat tersebut.
Hi Jasmine,
Maafkan aku pasal hal semalam. Aku tersalah orang sebenarnya. Aku sebenarnya takde niat pun nak lempang kau. Disebabkan gangguan perasaan, aku terambil tindakan yang salah. Kalau boleh, aku nak jumpa kau kat stesen bas di hadapan sekolah tu nanti selepas habis waktu persekolahan. Aku nak beritahu kau hal sebenar yang berlaku.
Daripada Heykal.
''Dah buat salah, sekarang nak minta maaf pulak'' Jasmine bercakap bersendirian.
_______________________________________________________________________________
''Iman, haritu engkau pergi mana masa kita buat study group tu'' tanya Anip sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.
''Kan aku dah cakap kat engkau yang aku sakit perut. So, aku pergi lah tandas kat tingkat bawah tu. Lepastu aku ingat nak sambung balik study group tapi perut aku berbunyi lagi. So aku takde pilihan lain, jadi aku terus balik rumah. Sorry lah tak bagi tahu engkau dan Jasmine. Tapi apasal engkau tanya pasal hal tu harini? Semalam tak tanya pun?'' Iman mula berasa pelik.
Anip mula menceritakan tentang hal-hal yang berlaku satu demi satu dengan penuh teliti.
''Masa engkau keluar dari sekolah tu, ada tak engkau nampak sesiapa kat stesen bas hadapan sekolah tu? tanya Anip tiba-tiba.
''Yea!'' jawab Iman pendek.
''Siapa'' tanya Anip dengan pantas.
''Haikal dan Lydia''
______________________________________________________________________________
''Unknown number!!!'' Farhan mula pelik.
''Hello, siapa dalam talian tu'' tanya Farhan sopan.
''Engkau tak perlu tahu siapa aku. Datang kutip mayat kekasih engkau kat stesen bas hadapan sekolah ni''
YOU ARE READING
JANGAN*
Mystery / ThrillerMengisahkan cerita seorang pelajar perempuan yang ingin membalas dendam seorang pelajar lelaki atas kematian adik saudaranya, Maya. Rancangan demi rancangan mula dibuat olehnya tetapi semuanya gagal. Tibalah suatu hari di mana pelajar lelaki tersebu...