"Apa yang sebenarnya berlaku antara ayah engkau dengan Iman?" soal Aiman ingin mengetahui perkara sebenar.
"Sebenarnya..."
_______________________________________________________________________________
Ayah aku, Deva, ayah Iman, Nordin dan juga ayah Heykal, Malik merupakan business partner bagi sebuah syarikat ternama iaitu Logistic Sdn Bhd. Selepas kematian pengurus syarikat tersebut, ayah aku telah mengambil alih tempatnya. Secara kebetulannya, sebelum pengurus itu meninggal dunia, ayah akulah yang berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.
Selepas ayah aku menjadi pengurus syarikat tersebut, Malik pula mengambil alih tempat ayah aku yang sebelumnya iaitu sebagai pembantu peribadi pengurus. Nordin pula hanya kekal dengan jawatan yang sama iaitu sebagai setiausaha syarikat. Hubungan antara mereka bertiga tidaklah begitu rapat seperti sebelumnya. Pada suatu hari, ayah aku mendapat jemputan untuk menghadiri meeting dekat Amerika Syarikat. Meeting tersebut hanya melibatkan pengurus-pengurus syarikat yang terkenal sahaja.
Pada masa itu, ayah aku memberikan amanah kepada Nordin untuk menjaga syarikatnya. Ayah aku juga menjadikannya sebagai pengurus syarikat sementara sehingga lah dia tiba ke Malaysia semula. Selepas dua minggu di Amerika, ayah aku pulang ke Malaysia semula. Masa itu lah, ayah aku mendapati yang hampir 100% daripada duit syarikatnya telah dibawa lari oleh Nordin. Oleh sebab itu, ayah aku naik bengang dan upah orang bawahannya untuk cari Nordin sampai dapat. Malangnya, ayah aku mendapat berita yang Nordin telah pun meninggal dunia dalam satu kemalangan. Jadi kesemua duit syarikat, ayah aku juga yang kena bayar semula. Dia terpaksa mengambil loan dan mengikat perutnya yang lapar selama beberapa bulan.
Selepas membayar kesemuanya, ayah aku bercadang untuk membunuh kedua-dua anak Nordin. Tetapi Malik menasihatkan ayah aku supaya menjadikan kedua-kedua anak Nordin itu sebagai hamba engkau apabila mereka dah besar kelak. Jadi ayah aku pun setuju dan mula menggunakan taktik kawannya itu dengan mengupah kedua-dua anak Nordin itu untuk membunuh orang.
_____________________________________________________________________________
"Setakat ini dah berapa orang dah mereka berdua bunuh? Macam mana ayah engkau tahu semua duit syarikat nya dibawa lari oleh Nordin dan macam mana dia tahu yang Nordin mempunyai dua orang anak?" tanya Aiman ingin mengetahui dengan lebih teliti. Jantungnya mula berdegup dengan kencang.
"Dah tiga orang mereka bunuh. Ayah aku tahu semua perkara ini melalui pembantu peribadinya iaitu ayah Heykal. Pembantu peribadi ayah aku tu memang banyak membantu dalam hal kecurian ini" sambung Raj lagi sambil meneguk minumannya.
"Lepastu apa yang si Iman buat sampai ayah engkau kena tangkap masuk penjara?" tanya Aiman lagi.
"Ayah aku mengupah dia dan adiknya Lydia untuk bunuh Haikal, Heykal dan juga Jasmine. At last ayah aku plan untuk bunuh mereka berdua itu selepas semua pembunuhan beres. Malangnya Iman terlepas dan orang lain pulak yang ditembak. Pada masa adiknya dan orang lain itu ditembak, Iman ada di sana. Dia mencatat semua detail tentang kejadian yang berlaku dan akhirnya melaporkan kepada pihak polis." sambung Raj lagi.
"Kenapa ayah engkau suruh Iman dan Lydia bunuh Haikal, Heykal dan Jasmine?"
"Ayah aku mendapati yang Malik telah menipunya. Sebenarnya Lydia bukan anak Nordin. Jadi, ayah aku suruh Iman dan Lydia bunuh ketiga-tiga anaknya itu. Haikal dan Heykal merupakan anak bagi isteri pertama Malik manakala Jasmine pula anak isteri kedua Malik." jawab Raj lagi.
"Engkau tahu tak kenapa aku beritahu semua ini kat engkau?" tanya Raj tiba-tiba.
"Kenapa?" jantung Aiman kembali berdegup kencang.
"Aku dah jumpa kedua-dua anak Nordin." senyum Raj lalu memasukkan tangan kanannya ke dalam beg sekolahnya dan mengeluarkan sepucuk pistol GLOCK 19 yang berwarna hitam.
YOU ARE READING
JANGAN*
Mystery / ThrillerMengisahkan cerita seorang pelajar perempuan yang ingin membalas dendam seorang pelajar lelaki atas kematian adik saudaranya, Maya. Rancangan demi rancangan mula dibuat olehnya tetapi semuanya gagal. Tibalah suatu hari di mana pelajar lelaki tersebu...