ENGKAU?

167 24 3
                                    

"Iman aku rasa Heykal dah pindah sekolah lah. Dah lama tak jumpa dia kat sekolah." Anip tiba-tiba bersuara.

"Engkau ni sayang sangat dia tu. Dia bukan sayang engkau pun. Kalau dia sayang engkau, confirm dia dah bagi tahu mana dia pergi kan." Iman cuba mengalihkan perhatian Anip terhadap Heykal.

"Tapi.. Aku rasa macam tak betul lah. Selalunya, Heykal seorang je yang selalu datang ke sekolah. Kehadirannya selalu 100%."

"Biarlah dia tu. Engkau ni fokus lah sikit pasal pelajaran engkau. Lagi dua bulan je dah nak PT3. Engkau ingat si Heykal tu akan datang jawab untuk engkau ke?" kali ini suara Iman tegas.

"Kenapa dengan dia ni? Selalunya ok  je kan." rungut Anip dengan nada yang perlahan.

"Macam mana dengan Jasmine sekarang? Engkau cakap dia kena lempang hari tu dengan Heykal. Tak nampak pun kelibat si Jasmine tu sekarang." tanya Iman sambil membelek buku teksnya.

"Manalah aku tahu, hari tu aku ada nampak dia. Masa tu dia kelam-kabut sangat. Aku tanya dia kenapa. Lepas tu dia jawab nak pergi stesen bas jumpa Heykal. Selepas hari tu, aku dah tak jumpa dah dengan si Jasmine tu." jawab Anip panjang lebar.

"So  Anip tak nampak lah yang aku bunuh si Jasmine tu. Nasib baik" lega hati Iman selepas mendengar penjelasan daripada Anip.

"Anip, sebenarnya Heykal dan Jasmine dah mati lah. Aku yang bunuh mereka berdua tu. Hahaha." gelak Iman dalam hatinya sambil melihat Anip yang tidak tahu apa-apa.

_____________________________________________________________________________

"Kenapa dengan engkau ni Aiman? Selalunya aktif je dalam kelas. Kenapa tiba-tiba tidur?" tanya Raj sambil menggoyang-goyang kerusi kayunya.

"Penatlah, dah lah cuaca pun sejuk. Mestilah mood untuk tidur on " jawab Aiman sambil menguap panjang.

"Aku ada satu benda nak cerita kat kau ni. Tapi engkau ni asyik menguap je. Nah, makan chew gum ni! Confirm rasa tidur engkau hilang." kata Raj lalu menghulurkan chew gum kepada Aiman.

"Apa yang engkau nak cerita kat aku ni?" tanya Aiman sambil mengunyah chew gum yang diberikan oleh Raj.

"Pengawas yang hari tu nampak kita berdua hisap rokok kat belakang bangunan sekolah tu dah kena dipindahkan sekolah." jawab Raj tenang.

"Macam mana pulak pengawas tu boleh dipindahkan sekolah? Dia tu mana ada masalah disiplin kat sekolah ni." Aiman mula keliru.

"Semua tu plan aku. Selepas dia nampak kita berdua kat belakang bangunan sekolah tu, aku dah tahu dah yang dia akan report kat cikgu disiplin. So, aku selongkar kelas dia masa rehat dan letak beberapa puntung rokok dalam beg nya." jawab Raj dengan bangganya.

"Macam mana pulak cikgu tangkap dia? Bukan engkau letak dalam beg dia ke?" tanya Aiman sekali lagi.

"Pengawas tu bodoh sikit. Dia tu pergi jumpa cikgu disiplin dan cakap yang ada orang bawa rokok ke sekolah. Lepas tu dia tanya permission daripada cikgu disiplin untuk buat spotcheck. Last-last masa spotcheck kelas dia, dia yang kena tangkap." jawab Raj panjang lebar.

_____________________________________________________________________________

"Weh Lydia, aku rasa ada orang lain yang tahu semua plan kita lah" kata Iman lalu menghulurkan sampul surat yang diterimanya kepada Lydia.

"Sampul apa pulak ni?" Lydia segera membukanya.

Hi Iman & Lydia,

   Pada pukul 4 petang ni aku nak jumpa korang berdua kat stesen bas hadapan sekolah tu. Aku ada satu benda penting nak bincang dengan korang berdua. Jangan pulak tak datang yeh. Kemungkinan tinggi petang ini petang terakhir bagi korang berdua.

                                                                                                                        Daripada: _ _ _ _ _

"Siapa bagi engkau surat ni?" tanya Lydia panik.

"Mana aku tahu. Masa aku masuk kelas, dah memang ada kat bawah meja aku." jawab Iman terus-terang.

"So macam mana sekarang ni?" tanya Lydia lagi.

"Kita pergi jelah petang ni. Tak perlu takut lah Lydia, kan aku ada." jawab Iman tenang.

"Aku tengok surat tu macam surat ugut bunuh je. Kat bawah tu dia ada bagi 5 garis kosong. So nama dia pun mesti hanya 5 huruf je." Lydia mula berfikir dalam-dalam.

"Engkau ni banyak tengok filem lah. Dah lah jom balik."

____________________________________________________________________________

Jam menunjukkan tepat pukul 4 petang. Masa untuk berjumpa dengan orang 5 huruf sudah tiba. Iman cepat-cepat bersiap sedia dan menyarungkan sweater hitamnya.

"Mak cik, Iman nak keluar jumpa kawan sekejap." 

"Baik nak, jaga diri baik-baik ye?"

Secara kebetulan, pada masa tu Farhan sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Iman? Macam pernah dengar je nama tu." Farhan mula mengingati semula kejadian yang menimpa kekasihnya.

Farhan menekan pedal minyak motornya lalu memecut ke arah stesen bas. 

"Jasmine apa yang berlaku? Siapa buat macam ni kat kau sayang?" tanya Farhan sambil menangis.

"Budak yang pakai sweater hitam tu." jawab Jasmine dengan suara yang gagap.

"Siapa budak tu?" mata Farhan mula menjadi merah dan dia mula menjerit.

"Iman" jawab Jasmine pendek lalu menghembuskan nafas terakhirnya.


JANGAN*Where stories live. Discover now