DIARI MERAH

115 23 3
                                    

"Apa yang adik merepek ni. Plan adik?" Aiman mula hairan.

"Iya bang. Sebenarnya adik buat plan semua ni bukan kerana disuruh tetapi terpaksa. Masa tu adik takde jalan lain dah, jadi adik terpaksa buat macam tu."

"Apa yang adik buat sebenarnya?"

"Sebenarnya....."

___________________________________________________________________________

Selepas adik bunuh Jasmine, adik menelefon Farhan untuk mengutip mayat kekasihnya itu manakala Lydia pula menelefon boss mengenai Anip yang telah pengsan dipukul itu. Selepas itu, Lydia meminta diri untuk balik ke rumahnya kerana ada hal. Masa itu, adik ada nampak sebuah diari berwarna merah di bawah sebatang pokok redang.

Jadi adik kutip diari tersebut dan membelek setiap muka surat diari tersebut satu per satu. Masa membelek, adik ada nampak nama Lydia tercatat pada muka hadapan. Jadi adik pun bercadang untuk membawa balik diari merah tersebut ke rumah so pada keesokan hari adik boleh memulangkannya kepada Lydia. Sebelum memulangkan diari tersebut, adik bercadang untuk membaca isi-isi diari tersebut. Masa itulah adik mendapat tahu latar belakang sebenar Lydia. Sebenarnya bang, si Lydia tu adalah kakak Maya dan dia ingin membalas dendam kita berdua bagi belah adiknya.

____________________________________________________________________

"Kakak Maya? Apa kena mengena kita berdua dengan Maya sampaikan kakaknya ingin membalas dendam kita berdua?" 

"Entahlah bang. Tapi adik ada baca satu isi dalam diari tersebut yang mengatakan bahawa Maya telah bunuh diri 4 tahun lepas. Sebab dia bunuh diri, adik tak tahu lagi kerana Lydia tak tulis pasal tu."

"Dah lah biarkan pasal tu. Sambung plan adik." arah Aiman.

_______________________________________________________________________________

Selepas adik mengetahui rancangan si Lydia tu, adik mula memikirkan cara untuk menghalangnya. Jadi, adik pun bercadang untuk menelefon boss dan memberitahunya yang adik dan Lydia ingin menjumpa dengannya  petang esok pada pukul 4 bagi sedikit perbincangan. Selepas beberapa minit kemudian, adik menelefon kembali boss tetapi kali ini dengan menggunakan suara yang garau. 

"Hello, ini boss Iman ke?"

"Yea. Engkau siapa guna telefon Iman."

"Saya ni kawan dia, Anip. Sebenarnya Iman dan Lydia nak jumpa boss bukan untuk tujuan berbincang boss tetapi dengan niat yang jahat. Kalau boleh lebih baik boss berhati-hati." jawab Iman pendek lalu mematikan talian nya.

"Hello. Hello. Hello. Kenapa tak jawab ni. Hishhh!" keluh David kesal.

"Anip? Bukan dia yang kena pukul sampai pengsan tu ke?" akhirnya David dapat meneka siapa Anip. 

Selepas plan pertama berjaya, adik pun teruskan dengan plan kedua iaitu  dengan tulis surat kepada adik sendiri. Lepas tu adik pun berlakon seperti tidak tahu apa-apa di hadapan Lydia. Mujurlah Lydia tidak mengesyaki adik dan yang paling beruntung adalah Lydia terlupa akan diari merahnya itu. 

Petang itu adik buat-buat lambat ke stesen bas kerana adik tahu yang sudah pasti boss akan merancang untuk membuat sesuatu terhadap kami berdua. Sebelum ke sana, adik sempat mengajak Farhan sekali tetapi dengan cara tidak langsung. Masa adik tiba di stesen bas tu, Farhan dah ada dah kat sana. Selepas itulah, kereta hitam boss muncul dan boss menembak mereka berdua itu. Adik rasa boss ingat yang Farhan itu adalah Iman.

"Wow, hebat jugak adik abang ni." senyum Aiman sambil berpelukan dengan adiknya itu.

_______________________________________________________________________________

"Sir, setelah membuat investigation, kami mendapat laporan bahawa jenis pistol yang digunakan oleh mangsa adalah sama dengan jenis pistol yang digunakan oleh David. Laporan seterusnya mengatakan bahawa jenis pistol sebegini hanya boleh didapati dari luar negara sahaja." terang Koperal Izzaq kepada Inspektor Fahmi.

"Bagaimana pulak dengan pembunuh? Dapat klu tak?"

"Dapat sir. Kita berjaya mendapatkan cap jari pembunuh tersebut pada bahagian peluru pistol."

"Bagus! Cari pembunuh tersebut sampai dapat."



JANGAN*Where stories live. Discover now