MIMPI

185 23 2
                                    

Krikk!! Krikk!!

"Bunyi apa pulak tu" Anip menoleh ke belakang.

Prangg!!

Pukulan Lydia dengan menggunakan sebatang kayu tepat mengenai kepala Anip. Anip mula berasa pening lalu pengsan. Lydia mula menyambung tugasnya kembali.

''Iman, kita ada masalah lah?'' kata Lydia lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah Anip yang sudah pengsan.

"Macam mana dia boleh ada kat sini? Siapa panggil dia? Dia ada nampak tak kita berdua tadi?" tanya Iman dengan panik.

"Mana aku tahu. Tadi masa aku baring kat sana tu, aku nampak ada orang baring kat hadapan aku tapi kat sebelah sana. So aku ingat dia dah tahu rancangan kita berdua jadi aku pukul lah dia tu." jawab Lydia terus-terang.

"So macam mana sekarang ni?" tanya Iman lagi.

"Aku tak pasti. Aku rasa kita kena beritahu boss kita terlebih dahulu." Lydia cuba memberi cadangan kepada Iman.

"Betul jugak cadangan engkau tu. Engkau cuba contact boss dulu. Aku kena uruskan mayat si Jasmine tu" jawab Iman lalu mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor telefon Farhan.

"Hello boss, kita ada masalah ni?'' Lydia memulakan perbualan dengan boss nya melalui telefonnya.

"Masalah apa pulak dengan korang ni? Nak duit extra ke?" jawab boss nya dengan selamba.

"Bukan tu boss. Tadi masa saya record video pembunuhan tu, ada seorang lelaki baring kat belakang stesen bas sambil memerhatikan stesen bas tu bossSo saya pukul dia boss. Sekarang dia dah pengsan. Jadi apa nak buat dengan dia boss." tanya Lydia semula.

"Dia baring kat belakang stesen bas je kan. Bukan boleh nampak pun apa yang berlaku kat dalam stesen bas tu. Engkau ni banyak soal lah. Biar jelah dia tu pengsan kat sana. Korang selesaikan tugas korang dan balik rumah. Jangan hiraukan dia tu." jawab boss nya lalu mematikan talian.

______________________________________________________________________________

"Siapa pulak yang menjerit ni?" Anip mula sedar daripada pengsannya lalu menggosok kedua-dua belah matanya. Anip merangkak ke tepi stesen bas untuk melihat siapa yang menjerit tu.

"Tu Farhan kan. Kenapa dengan dia tu?" Anip bersoal kepada dirinya sendiri.

"Kenapa pulak aku baring kat semak-samun ni? Bukan sekarang aku sepatutnya berada kat rumah ke?" bisik Anip bersendirian.

Anip yang terkena pukulan yang kuat pada kepalanya, terlupa akan kejadian yang berlaku 5 minit sebelumnya itu.

_____________________________________________________________________________

"Adik nak pergi mana tu lewat malam sebegini?" soal Aiman apabila melihat Iman menyarungkan sweater  hitamnya.

"Mana ada pergi mana-mana abang." jawab Iman pendek.

"Lepastu, kenapa sarungkan sweater hitam tu?" soal Aiman lagi.

"Ooooo pasal sweater hitam ni. Adik sebenarnya nak pergi jumpa kawan adik kat taman belakang rumah tu." jawab Iman sopan.

"Pelik lah perangai adik aku ni selepas kematian mama." bisik hati kecil Aiman.

Selepas Iman keluar daripada rumah, Aiman secara diam-diam mengekorinya.

"Kemana pulak adik aku nak pergi malam-malam begini? Sejak bila pulak dia ada kawan kat area ni?" pelbagai persoalan mula muncul di minda Aiman.

Selepas sampai ke taman, Iman mula menyeberang jalan raya besar untuk menghampiri sebuah pondok usang yang kecil. Dari jauh kelihatan beberapa orang lelaki sedang menunggunya di sana.

"Siapa pulak mereka semua tu? Macam mana pulak adik aku boleh kenal mereka semua tu?" Aiman mula curiga dengan perangai adiknya.

Pon!!! Pon!!! Pon!!!

"Awas adik, kereta tuuu!!!!" jerit Aiman lalu berlari ke arah adiknya untuk memberikan isyarat kepadanya.

Raj menolak badan Aiman berkali-kali.

"Weh bangunlah. Dari tadi asyik tidur je. Cikgu dah masuk lah." kata Raj lalu bangun untuk mengucap salam kepada cikgu yang baru memasuki kelasnya.

_____________________________________________________________________________

"Mak cik, mana abang Farhan?" tanya Iman macam tidak tahu apa-apa.

"Entahlah. Tadi dia keluar bawa motor entah ke mana. Mak cik tanya dia tapi dia suruh mak cik jangan sibuk." jawab aunty Lily dengan sedih.

"Janganlah sedih mak cik. Abang Farhan tu marah kadang-kala je" Iman cuba memberikan nasihat kepada aunty Lily. Walaupun nasihat tu tidak ikhlas daripada hatinya itu tapi Iman cuba untuk menyembunyikan identiti sebenar dirinya itu.

_____________________________________________________________________________

"Aku kena bunuh si Iman tu secepat mungkin. Kalau tak, habis musnah semua rancangan aku nanti. Aku plan lebih daripada 4 tahun dah. Takkan nak lepaskan dia tu macam tu je." Lydia  bermonolog dalaman lalu mencatat sesuatu dalam diarinya itu.




JANGAN*Where stories live. Discover now